Alhamdulillah, perancangan untuk photoshoot anniversary akhirnya tercapai juga. Ikutkan perancangan yang awal dulu, nak buat majlis kecil-kecilan. Majlis macam majlis resepsi, tetapi oleh sebab pandemic Covid19, maka kami buat secra sederhana sahaja dengan hanya melakukan photoshoot bersama keluarga.
Photoshoot tema kerjaya dan sekolah :
Bagi tema kali ini, tanpa perlu menyewa apa-apa kelengkapan lain, maka kami suami isteri sepakat untuk photoshoot tema kerjaya dan hanya dengan berbaju sekolah sahaja. Jadi kami hanya perlu sediakan bajet untuk jurufoto dan belon sahaja.
Untuk belon helium , UN tempah di kedai belakang The Store, Perlis – Kedai Belon Helium Perlis. Kos belon UN ambil ini pun hanya berharga RM47.00 sahaja. Jadi tak terlalu mahal dan juga tidak lah terlalu simple. Serius UN yang paling excited, sebab disebalik semua ini memang perancangan UN sejak dahulu kerana sejarah hitam 11 tahun lepas, cewah! Hahahah
Waktu Photoshoot :
Kami memilih untuk photoshoot pada waktu pagi, lagi pula waktu seawal jam 10-11pagi , mood anak-anak pun masih baik dan terawal pada kebiasaan hari, jika dibandingkan dengan waktu petang. Petang lagi panas, dan anak-anak pun biasanya dah kepenatan.
Suasana ketika sessi photoshoot ini, Alhamdulillah berjalan lancar. Anak-anak juga beri kerjasama yang baik, mungkin sebab ada belon dan juga suasana pokok-pokok redup juga di kawasan photoshoot ini. Mula-mula kami nak photoshoot di Santuary Timah Tasuh, memandangkan orang agak ramai, itu yang akhirnya kami bertukar ke Tasik Melati, Perlis. Ini juga mengimbau kenangan ketika kami melakukan photoshoot ketika majlis resepsi kami 11 tahun yang lepas.
Photoshoot anniversary akhirnya tercapai juga-
Jurufoto pilihan UN :
UN pilih jurufoto cilik ini sebab memang suka dengan hasil kerjanya yang terdahulu. UN pun suka follow ig dia, dan memang berkenan sangat dengan gambar-gambar yangs elalu dia ambil. Memang tunggu masa je nak hire dia. Jadi, kali ini memang cuba aturkan yang terbaik dan doa supaya Allah swt mudahkan urusan kami sekeluarga. Bukan mudah nak setting masa ni, kami dari Lembah Klang, jurufoto pula di Alor Setar, jadi kami kena setting betul-betul hari dan masa. Oleh kerana kebetulan Kama (Jurufoto), nak balik kampung, jadi kami setting untuk abadikan kenangan ini pada 6 Disember 2020 pada hari Ahad.
Overall, UN sangat berpuas hati dengan sessi yang berlangsung selama sejam ini. Semua nya berjalan lancar dan apabila dapat gambar daripada jurufoto pun happy je rasanya. Dan tujuan kami photoshoot ini pun bukan nak jadikan posting kami viral, tapi untuk kenangan kami sekeluarga. Tidak diduga ramai juga yang suka apabila ada beberapa keping gambar UN kongsikan di facebook dan instagram. Syukur.
Terima kasih mak :
Terima kasih mak atas segala jasa dan pengorbanan. Sedih tiada lagi ayah untuk saksikan kejayaan anak mu ini. Semoga arwah ayah tenang di sana. Kami doakan ayah sentiasa. Sekarang masih ada mak untuk kami mohon restu dan doa.
Semoga apa yang kami lakukan juga sebahagian daripada asbab dan menjadi inspirasi untuk orang lain sentiasa semarakkan cinta dan kenangan mereka. Kami yakin dan percaya, apa yang kami lakukan ini bukan sahaja beri semangat kepada kami sekeluarga tetapi untuk orang lain juga untuk terus bersemangat dalam sentiasa menyemai cinta dan kasih sayang bersama pasangan dan juga anak-anak. InsyaAllah.
Happy anniversary UN.. sweet je gambar family.
thanks dear.. terima kasih atas ucapan yang tidak terhingga juga
memang cantik2 gambar nya tema pun best,framekan kat rumah cunnnnn…
bestnya.. lama gila x buat photoshoot fmly. last masa ariq 3tahun kot tempah2 photographer ni. tunggu 12 tahun la hahahaha
amin.. un doakan yur dreams come true
Cantik semua gambar. Semoga bahagia selalu disamping keluarga tercinta.
TERIMA KASIH. Doakan kami sekeluarga bahagia dan berjaya kecapi kenikmatan hidup yang sementara dengan izin allah swt.