BEST KE SWORD BARREL POLIS?

BEST KE SWORD BARREL POLIS?

Ummi pernah luahkan bab SWORD BARREL POLIS atau  jalan bawah pedang ini. Ini entri sebelumnya ADAT PERKAHWINAN PEGAWAI POLIS . Bagi Ummi ini hanyalah adat satu badan beruniform. Kalau nak tahu halal haram hukum , baca kat entry pertama okay. Cuma ramai orang tanya best ker berarak bawah pedang ini? Jawapan Ummi : 

“Berarak bawah pedang  atau pun sword barrel seorang pegawai polis ini hanyalah bagi mereka yang layak dan ianya rezeki. Satu rezeki sebab dapat kerja sebagai pegawai . Kedua, mungkin berkahwin dengan pegawai dan ke tiga hanya pegawai sahaja layak. Kalau lah seorang anggota polis masa berkahwin masih lagi anggota, maka mana ada nak berarak bawah pedang sebab tak layak. Jadi, takkan semata-mata nak kahwin bawah pedang nak kahwin kali ke-2? Hahaha yang lelaki suka la tu!!! “

Rezeki masing-masing. Ummi dengan suami sebab kedua-dua pegawai polis, maka kami  dua-dua layak. So, sebab masa kahwin dulu Mr Suami dah pakai baju Nombor 1, jadi Ummi sendiri pilih untuk pakai baju putih sahaja. Kalau dua-dua baju nombor 1 tak cantik pula. 

Masa Ummi dulu, tahun 2009 kami hanya buat kat Perlis sahaja sword barrel sebab masa kat sebelah suami, adik nya berkahwin dengan anggota, Jadi tak nak lah tenggelam dengan adat perkahwinan pegawai, nanti orang tak tengok depa pula..hahaha semua tengok kami nanti maka risau pengantin sana tak manis..kahkaakahh.. gelak jahat., Sebab hanya pegawai sahaja layak. Bila fikirkan balik, baik buat asing-asing. Tapi sebab adik beradik kan.. so tak perlah jaga air muka depa juga. Takkan kami lalu bawah pedang , pasangan satu lagi lalu tepi pedang. 🙂

Berapa ramai ahli sword barrel ? Sebenarnya berapa ramai yang kita dapat kumpulkan, dalam 6 orang atau 8 dah kira okay sebenarnya. Sebab masing-masing dah kerja akalu yer pun nak mengharapkan kawan-kawan. So, ajak yang mana dapat bantu sahaja. Taknak lah sampai menyusahkan kawan-kawan kita pula kan. 

PERASAAN LALU BAWAH PEDANG?

Satu bab gementar baru akad nikah tak habis lagi. Ni nak bersanding pula.. tapi kan, nak cerita masa lalu tu..memang rasa gemuruh lain macam. Bukan istilah nak di hormati, tapi macam dikatakan tadi A.D.A.T. Memang best masa upacara diadakan. Teringat masa potong kek, masa ini pun syahdu juga. Masa silang pedang… hishhh tak dapat nak gambarkan. Cuma Ummi ada 1 wish. Untuk aniversary ke-10 Ummi nak lalu bawah pedang bagi kali ke-2 dengan Mr Suami sebagai acara 1o tahun kami. Nak catat sejarah dan anak-anak sebagai saksi Ummi. Dah masuk dalam 101 IMPIAN tau. Walaupun pelik dan kata orang membazir, tapi demi satu kepuasan. Ada rahsia lagi di sebalik wish list ini..Biarlah ku simpan dulu. 

GALLERY GAMBAR PERKAHWINAN UMMI : 

PERKAHWINAN GRAND
KETIKA SWORD BARREL POLIS PERKAHWINAN UMMI 2009

2 3 4

 

 

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge