https://umminani.com/2016/05/meraikan-ibu-bahagia-itu-kekal-selamanya/

Last weekends, kami ambil keputusan untuk balik JB jumpa mak abah. Which is – MIL dan FIL UN. Kami stay in V8 Hotel JB. Luarnya best, tapi tak best tu sebab bilik yang diberikan sangat terkurung. Memang lah harga promosi, orang tak ramai pun, rasanya ada 2/3 orang je, dan kami 1 family. Tapi bilik kami tak der pemandangan langsung. Mujurlah tingkap boleh buka. Kalau tak rimas owhh..

Hotel lawa, cuma bilik kami dapat tak berapa memenuhi hasrat hati.

V8 Hotel JB – bilik so-so sahaja

Kanan kami tu block/dinding. Kecewa sikitlah 🙂

Bilik harga RM130.00 exc taxes dan lain-lain. Dan bilik sedikit berdebu dan karpet tak berapa bersih. Lain-lain okay, je termasuklah lokasi V8 Hotel dll ni. Kolam mandi tutup sebab masih PKPB.

Lokasi kedai makan – Restoren Ateh Corner Skudai, Johor Bahru

Kami sebenarnya tak tahu sangat bab makanan ni. Jadi kami google , maka restoran ini yang macam menarik perhatian kami area Skudai. Lain-lain lokasi macam jauh nak pergi.

Makanan kegemaran UN – Sotong kangkung, ada disini. 1 pinggan RM9.00 dan banyak kuantitinya didalam ni. Rasa not bad, boleh makan, cuma sotong macam keras sikit.

Roti John 1 set RM6.00 berbaloi dan sedap. Ada mee bandung , tapi sebabkan warna kurang menyerlah jadi slow sikit nak makan. Lambat selera datang. ABC pula too much color, tapi layan je la. but not to repeat la. Lain-lain makanan nampak sedap, dan boleh try pada masa akan datang.

Tempat selesa dan luas.

Hadiahkan mak, telekung Siti Khadijah

Sebenarnya, kami niat nak beli meja makan baru gantikan yang lama di rumah mereka. tapi abah kata dah ada. Jadi untuk abah kami belikan tshirt untuk kegunaan harian. Untuk mak, UN belikan telekung Siti Khadijah. Walaupun dah pernah beli, beli je lagi, boleh ganti yang lama, mungkin dah tak elok dan kusam.

Kami pergi benar-benar melawat, tak dapat masuk rumah sebab ada yang pakai gelang. Risau untuk close contact, jadi berjumpa dan berjarak, tanpa bersalaman.

Semoga mak dan abah happy.

Itulah perjalanan kami dan sebelum balik seperti biasa kami makan di Kampung Pasir, Nasi Kerabu Kak Yah. Lokasi wajib kami sarapan pagi di JB. Ada masa terluang kesana lagi, insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *