Ridel Boutique Hotel

Membelek-belek semula google photos ini, tengok kembalimemori kami sekeluarga pergi bercuti ke Kelantan bulan Januari 2020. Sekejap sahaja masa berlalu, selepas itu kita semua dah berhadapan dengan pandemic Covid-19. Allah..sungguh rindu nak travel bersama keluarga. Kalau pergi ke Kelantan, suka sangat dengan makanan dan juga suasana disana. Memang rindu sangat. Dan kali ini selain makanan, UN nak share hotel- Ridel Boutique Hotel yang korang boleh menginap yang paling mudah kalau korang nak bercuti dan nak shopping area Wakaf Che Yeh.

 Tapi sebelum itu, masa kami pergi hari tu kami melalui jalan agak mencabar, cewah bukan apa sebab nak memburu Masjid Beijing Kelantan. Maka kami pun ke Rantau Panjang dahulu dan menikmati suasana disana.

MASJID BEIJING

Teruskan perjalanan ke Kota Bharu -Lunch di Nasi Ulam Cikgu

Percutian kami diteruskan ke Pantai Cahaya Bulan dan Kota Bharu. Seronok berjalan dan menikmati suasana tepi pantai. Saja dalam intenary memang nak ke Pantai Cahaya Bulan, sebab last pergi masa sekolah dahulu.

Kami pun tidak ketinggalan untuk cuba makanan yang enak disini dengan singgah makan Nasi Ulam Cikgu .. fuh menarik.

First time nak makan disini, huhuu tak reti nak layan diri ambil budu dan mempelam. Ikut je apa orang buat, walhal 1st time tak reti apapun. Adoi la, tapi ikan keli sini memang best, tak cukup tau seekor, kami tambah lagi  makan pula dengan ayam percik dan singgang ikan tongkol. Fuh!

Pasar Siti Khadijah

Ridel Boutique Hotel - Pasar Siti Khadijah
Ridel Boutique Hotel pasar keropok leko

Bila dah kesini, wajib singgah ke Pasar Siti Khadijah. Macam-macam berkenan nak rasa dan nak try. Adoi..korang jangan ikut perangai UN , memang bercuti tambahkan berat badan tau! Tapi kalau tak try nanti menyesal.

Ridel Boutique Hotel pasar

Kat sini mereka masih banyak menjual makanan tradisi. Seronok sangat tengok masing-masing berniaga. Dan perut pun teringin nak cuba macam-masa termasuk etok. Yer kot namanya, ala yang siput tu.

Warung Acu Tera Sotong Celup Tepung

Ini pun lokasi menarik untuk singgah, korang pasti akan terkenang dengan menu dan cara masakan ikan, sotong dan udang goreng disini.

Ridel Boutique Hotel SOTONG GOTENG TEPUNG
Ridel Boutique Hotel - kedai makan pilihan

Wakaf Che Yeh

Ha..sini syurga pakaian dan juga syurga tudung. Boleh beli tudung bawal dengan harga yang murah dan boleh dapat 3 helai dalam RM100.00 dengan kualiti yang sangat berbaloi. Pastikan poket tebal kalau memang niat nak shopping. Batik pun lawa-lawa disini.

Ridel Boutique Hotel WAKAF CHE YEH
Ridel Boutique Hotel PASAR CHE YEH

Hotel : Ridel Boutique Hotel, Kelantan

Okay, sebab UN dah kongsikan banyak yang menarik di Kelantan ini, jadi UN nak share juga kalau korang nak cari lokasi hotel yang betul-betul dekat dengan Wakaf Che Yeh, korang boleh booking Ridel Boutique Hotel, Kelantan. Betul-betul lokasinya sangat easy access dan tak perlu nak drive kereta atau susah payah nak mencari parking. Hotel berada betul-betul di Kawasan Wakaf ini dan parking pun paling murah dalam RM2.00 semalaman. Berbaloi.

Ridel Boutique Hotel

Ridel Boutique Hotel ; pilihan bilik yang ada

Standard Twin RM120.00
Ridel Boutique Hotel
Deluxe Triple rm150.00
Ridel Boutique Hotel
Family Room RM190.00
Ridel Boutique Hotel
Deluxe Queen RM140.00
Ridel Boutique Hotel
Ridel Boutique Hotel

Kalau macam UN yang travel dengan family, korang boleh la ambil bilik FAMILY Room. Bilik ini besar, bersih dan memang sesuai untuk mereka yang kaki travel dengan keluarga. Sebab kan dekat , mudah access, jadi senang nak shopping. Kalau anak-anak tak nak ikut mama depa shopping, boleh tinggalkan sekejap di bilik. Kita pun yakin sebab tak jauh nak tinggalkan mereka, apa-apa anak-anak nak boleh berlari balik bilik.

Ini pilihan yang korang ada:

Standard Double / RM120.00

Deluxe Queen / RM140.00

Deluxe Triple / RM150.00

Family Room / RM190.00

Okay kan UN share Warung Acu Tera Sotong Celup Tepung tu, ha..kami sebenarnya pergi makan kat sini selepas maghrib tau, sempat bergerak dari Wakaf Che Yeh kesana, dan lepas makan boleh balik shoppin glagi. Memang sini strategik untuk kemana-mana.

Ini antara lokasi yang korang boleh melawat jika ke Kelantan:

1. Pasar Besar Siti Khadijah (5.8KM)

2. Pantai Cahaya Bulan (15.3KM)

3. Menara Rehal (5.7KM)

4. Masjid Muhammadi (6.3KM)

5. Masjid Kampung Laut (9.7KM)

6. Masjid Sultan Ismail Petra (7.3KM)

7. Istana Balai Besar (5.7KM)

8. Kelantan River Cruise (12.4KM)

9. Bazaar Tok Guru (5.1KM)

Kami memang pergi tempat-tempat ini, serius korang akan enjoy punya kalau bercuti di Kelantan. Semua dekat je, boleh ulang alik p sana sini dengan mudah dan anak-anak pun tak sempat nak meragam pun.

Owh ya, kalau nak kesana boleh booking di Booking.com atau UN prefer juga hubungi hotel terus. Mereka akan layan kita sebaik-baik layanan kepada tetamu. Adat dan budaya Kelantan memang lemah lembut dan penuh budi bahasa, korang pula nanti yang akan rasa tak puas bercuti disini.

Ridel Boutique Hotel - KEDAI MAKAN YANG DEKAT

Ingatkan kami plan nak Kembali kesana dalam masa terdekat , dan ikut perancangan bulan Januari atau awal Februari, selepas Un tamat pengajian. Rindu dengan makanan disana. Sungguh, adoi, craving sungguh nak makan masakan Kelantan. Dan yang buat Un rindu juga adalah bahulu Kelantan. UN suka yang bahulu dekat Melor ini. Area depan masjid, uiii lembut sungguh.

bahulu kelantan pans-panas
bahulu kelantan viral

Okaylah kalau korang nak jalan-jalan Kelantan juga, boleh la singgah dan menginap di Ridel Boutique Hotel. Pasti tidak mengecewakan. Okay, sama-sama kita doakan yang pandemic Covid 19 ini akan berakhir dengan  selamat untuk semua dan kita dapat Kembali ke normal kehidupan. Selain itu dapat baiki semula sosial, ekonomi dan juga apa sahaja yang telah terganggu akibat Covid-19 ini. Sama-samam kita doakan kebaikan untuk semua, dan jika pandemic ini berakhir, dapatlah kita pun keluar dan bercuti dan menikmati alam ciptaan Allah swt bersama keluarga, setelah lama terkurung. Insyaallah.

Untuk maklumat lanjut hotel yang UN rekemen – Boleh ke fb: Ridel Boutique Hotel

Alamat :
Pt 760, Blok H, Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh 15100 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia


09-7434888 / 019-9320773

9 thoughts on “Ridel Boutique Hotel; Rindunya bercuti ke Kelantan”
    1. ya betul u, nant try la singgah sekali ke kelantan. Un suka sebab makanan sedap2 belaka haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *