Bismillahirrahmanirrahim.. Sebenarnya hidup kita lebih bahagia bila kita membahagiakan orang lain. Percayalah rezeki kita datang dalam pelbagai bentuk. Dan dalam hidup ini pun, nak bahagiakan keluarga mudah je terutamanya, tidak perlukan kos yang tinggi. Kos bahagiakan orang sekeliling kita murah, tapi apa pun perlu rendahkan ego. Maka, kesannya bahagia yang kita akan rasa.

Kos bahagiakan orang sekeliling tidak mahal, cuma samada kita ego atau mahu rendahkan ego.Bukan nilai ringgit penentu, tapi keikhlasan. Percayalah, dengan sekecil-kecil perkara boleh buatkan orang sekeliling kita bangun daripada kesakitan dan kesusahan. Perkhidmatan delivery ada dimana sahaja, sekarang zaman teknologi , mudah dan cepat. Syukur.
Actually Abang Long (Abang pertama UN), kena api last week :
Cerita daripada fb Abg Long :

Alhamdulillah. Ujian dariNya. Hanya sedikit yang cedera.Mulanya panaskan enjin motosikal yg dah lama tak dihidupkan hampir 2 bulan lebih. Ada terjadi pembakaran tidak elok. Minyak terlalu lama. Maka kosongkan tangki.Buang minyak dilonggokkan sampah. Selepas beberapa ketika, terlintas nak bakar sampah.
Terus vapour yg berada sekeliling kawasan itu terbakar bila ada percikan api. Sempat larikan keluar dr kawasan api.Dengan sedikit ilmu yg dipelajari terus sejukkan kaki dengan aliran air. Setelah hampir 20 minit, letakkan burn dressing dan terus ke klinik kesihatan kerana tak tahan rasa sakit.Sampai bahagian kecemasan staf sana kata alhamdulillah sebab dah buat apa yg patut.
Gelembung pun x banyak terjadi cuma kemerahan. Burn dressing depa biarkan sebab aku dah letak awal, depa cuma sapu SSD Cream. Doktor kata nasib baik bomba yg kena tahu cara larikan diri dan buat rawatan kecemasan. 2 hari lepas kes sama tp kerana kurang ilmu perawatan ia agak teruk.Esok kena pergi klinik semula untuk dressing. Hopefully tak bertambah teruk.Sebelum balik doktor bagi sejarum.
Balik rumah hanya Allah yg tahu betapa sakitnya. Skala sakit 10/10. Paksa diri bagi terlelap. Untuk kurangkan perasaan tahan sakit. Setelah 2jam lebih baru terasa kurang.Walaupun kita selalu pesan pada orang tapi bila sampai masanya ia tidak dapat dielakkan.#moral belajarlah ilmu perawatan kecemasan walaupun sikit.Sehebat mana setinggi mana ilmu pun jika Allah nak uji ia akan berlaku.
Bahagiakan orang sekeliling kita…






Hubungan kita dengan adik beradik sangat berharga. Masa kecil semua baik dan bekerjasama, tapi bila masing-masing dah berkeluarga kadang ada yang semakin jauh, kerana kesibukkan tugas dan lain-lainnya.

Jadi , ada antara kita yang ada “lebih” boleh beri lebih. At least tanya khabar pun dah memadai sebenarnya. Itu yang buatkan hati yang keras boleh jadi selembut sutera. Baiki hubungan dengan Allah swt, dan manusia sekelilingnya akan sayang kita. InsyaAllah.
Semoga baik-baik aje semuanya
amin..semoga kita semua dimurahlkan rezeki , InsyaAllah