Rendahkan ego, hulurkan tangan… jaga silaturrahim

Bismillahirrahmanirrahim.. “Sesungguhnya aku share tentang isu ini untuk sama-sama kita muhasabah dan ambil iktibar. Jauhi aku daripada perasaan riak atau takkabur. Aku tiada apa disisi, HANYA INSAN yang mengharapkan Allah swt yang menentukan rezeki aku dan keluarga.”

Isunya begini – kami suami isteri belikan anak-anak kasut futsall untuk beri mereka rasa selesa dan rasa seronok untuk bermain. Maka, selepas belikan mereka apa yang mereka suka, mereka pun gunakan dengan happy dan seronok.Ya la, kalau kita pun seronok kan dapat barang baru. Cuma selepas beberapa hari.. isunya semalam (24/11/2020), Along balik dengan keadaan sedih, marah kecewa. Macam tu la lebih kurang, sebelum solat, dia menangis memang menangis tahap 3 lah. Ha..betul-betul menangis.

Bila UN bedah siasat, “kenapa Along?”. “Ada kawan mengejek, ada kawan cakap Along berlagak, sepak laju.. mentang-mentang anak polis…bla…blaa…blaa…. ”

Ummi pun nasihat baik-baik, macam mana Bonda Prof Muhaya selalu nasihat. Orang buat kita, kita doakan orang.

Bila Ummi pikir, orang bersikap tak baik kepada kita, sebab dia nak apa yang dia tak ada. Tapi budak-budak itu cara dia lepaskan emosi kepada orang lain. Makanya, Ummi cakap dengan Along, takpa..Ummi nak ajar Along pelajaran…

Maka, selepas bincang baik-baik dengan Along dan Angah, Ummi cakap Ummi nak belanja kawan dia dengan kasut yang sama.

Hulurkan tangan, jaga silaturrahim…

Mula-mula Along cakap la, ” Dah tak payah! Kenapa nak belikan dia kasut… blaa..blaa”.

“Tak pa Along, Along tengok nanti, kita buat baik, kita lagi happy kita lagi rasa seronok.. boleh main sama-sama waktu petang.. lagi best. daripada marah-marah, putus kawan..kita ada, kita bagi. Allah pasti akan bagi kita yang terbaik”.

Rendahkan ego sayang…

Maka, mereka 2 beradik pun setuju bawa kawan-kawan shopping kasut. Dan masa 2 beradik iaitu kawan-kawan ni nak naik kereta, Ummi suruh Along mula-mula hulurkan tangan, bersalaman, biarpun bukan kita salah. Kita rendahkan ego. InsyaAllah Allah lebih sayang.

Maka, bila sampai kedai, kami pun carikan yang mana sesuai dan anak-anak ini berkenan. Belikan seorang kasut futsall dan seorang lagi kasut sukan biasa. Sebab perempuan bukan nak main futsal pun.Ummi terlintas nak belikan tshirt sorang satu sebagai hadiah. Maka, dapatlah seorang satu kasut dan tshirt.

Balik tu, mak anak-anak ni bagitahu, seronok anak-anak ini. Dan Ummi tanya Along, macamana perasaan kongsi rezeki dengan orang lain? Seronok, happy? Rasa bahagia??

Malu-malu dia jawab, yer Ummi..

Untuk anak-anak solehah dan soleh Umminani sendiri, dapat juga rezeki t-shirt yang sama untuk pakai main waktu petang dengan kawan-kawan.
Alhamdulillah , niat yang baik Allah bantu. daripada harg ayang mahal, dapat potongan sehingga 20% dan total yang dibelanja untuk sedekah kami hari ini RM243.40 sahaja. (Ummi catat details untuk rujukan semula pada masa akan datang, jika tuan puan baca dengan hati suci pasti nampak kebaikkan, jika sebaliknya pasti nampak sebaliknya. Allah… )

Pengajarannya, apa orang buat kita, kita jangan balas dengan kejahatan. Orang baling tahi, kita bagi bunga. Orang kata kita yang buruk, kita puji-puji dia dengan kata-kata berhemah. InsyAllah hubungan yang keruh akan jadi baik.

Semoga silaturrahim ini kekal selamanya. InsyAllah. Sama-sama kongsi rezeki. Ummi tak minta balasan apa-apa pun, drp ibu(mak anak-anak ini, juga pengasuh kakak Sarah dan Ben), cuma Ummi cakap doakan kami sekeluarga murah rezeki dan dalam lindungan Allah swt. Amin

Pesanan untuk teladan bersama; kita sebagai mak ayah, anak bergaduh jangan kita tambahkan api. Kita yang cerdik dan dewasa yang perlu mainkan peranan redakan api yang marak dan terbakar, untuk disemai dengan benih kasih sayang. InsyaAllah , dunia akhir zaman akan berjaya lahirkan anak-anak generasi yang sihat mental dan juga sikap keperibadian. InsyaAllah.

4 thoughts on “Rendahkan ego, hulurkan tangan… jaga silaturrahim”

  1. jrg2 ibubapa mcm uminani ni..sbb biasa bila ank mengadu mmg kita akan nasihat tp kdg2 bdk ni jenis ada yg tk melawan , ada yg melawan kn…tp alhamdulillah dpt berkongsi rezeki ye..smoga trus dimurahkan rezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge