Bismillahirrahmanirrahim. Musim PKPB ini adalah kali-keduanya kita terpaksa hadapai saat-saat begini. Normal baharu yang kita perlu lalui bersama dengan keluarga. Penat bermain PS4 dan aktiviti di dalam rumah pada waktu siang atau waktu tengaharinya. Maka, petang hanya ada pilihan untuk beriadah di hadapan rumah bagi nak penuhi masa. Kali ini UN nak share, aktiviti musim PKPB kami sekeluarga.
Aktiviti musim PKPB ; riadah keluarkan peluh
Jemu kan tinggal dirumah, tapi UN kerap kali cakap dengan anak-anak, sekurang-kurangnya kita masih ada peluang bermain dihadapan rumah atau di kem. Kita tak berkumpul dengan orang luar selain daripada keluarga. Syukur, apapun keadaan ini masanya kita bersama-sama hadapi. Tahu mereka pun dah bosan dirumah, pastinya suasana di sekolah lebih menyeronokkan. Tapi pada side yang lain, penat kesekolah, kelas online juga membantu. Selagi kita mahu usaha.
Kami dua-dua frontliners, dan dulu tak banyak masa bersama keluarga. Jika rakan-rakan sibuk dengan kerja semasa PKPB ini, rezeki kami berbeza. UN masih di semester akhir di UMCCED, dan belajar sepenuh masa. Jadi memang ada dirumah. Ayahanda mereka pula, kerja ikut shift atau kerja ikut bulan. Sebulan operasi, lain-lain waktu masih bekerja waktu pejabat. Jadi masa yang ada, kami gunakan untuk bermain dan riadah bersama.
Beli barangan sukan di AL-IKHSAN, Kajang untuk kami penuhi aktiviti musim PKPB
Awal PKPB- memang bosan. Anak-anak minta belikan bola, ya kami belikan. Itupun duit makan mereka semasa sekolah. Jadi beli benda yang bermanfaat untuk mereka pasti tak jadi masalah. Pusing-pusing pun rezeki depa juga.
Ini bola futsall yang beli untuk mereka. Harga RM89.00 juga sebiji.
Minggu ini – bawa mereka untuk beli kasut futsall
Minggu ini kami bawa anak-anak beli kasut futsall. Kasut sukan mereka yang lama, dah teruk. Ada yang koyak dan sebagainya. Along pakai kasut sekolah untuk main bola, seminggu dah mengadu sakit kaki. Bukan tak ada duit, tapi pikir tak ada keperluan, memang tak beli.
Bila anak dah mengadu sakit, kesian la pula. Maka, ajak ayahanda mereka ke Al-ikhsan dan belikan sorang sepasang. Puas mencari-akhirnya masing-masing dapat pilihan yang mereka suka.
Along dan adik dapat Line Seven sama jenis dan sama design- RM69.00 sepasang selepas diskaun. Si Angah, kasut dia sama jenama lain design. dapat murah RM35.00 sepasang daripada harga RM90++, untung kasut Angah. Kakak a.k.a Maisarah dapat kasut running RM119.00 PUMA sepasang. Total RM292.00 untuk 4 beradik. Ini pun gunakan duit belanja untuk bayar VAN SEKOLAH mereka. So, rezeki tu memang hak mereka, pusing-pusing nak simpan pun kalau Allah swt kata dah rezeki mereka, jadi hak mereka juga.
Excited masing-masing dapat kasut pilihan. Alhamdulillah ,dapat bahagiakan anak-anak. Ingat dalam hidup kita, family comes first. Bahagiakan anak-anak, suami dan isteri pasti akan ada rezeki kita pula yang Allah swt akan gantikan dan berikan selepas ini.
Semoga anak-anak Ummi dan Abah jadi anak yang soleh dan solehah. InsyAllah. Ummi dan abah tidaklah kaya raya, tetapi dengan rezeki Allah swt bagi, cukup untuk besarkan kalian. Cuma, sehingga akhir hayat, Ummi doakan kalian anak-anak dan anak-anak rakan-rakan UN jadi anak yang ingat jasa kedua orang tua. InsyaAllah. Alhamdulillah.
Setuju sangat UN, musim PKPB ni dapatlah kita lakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga dengan lebih akrab… sebelum ni ada juga tapi tak macam masa PKPB… ada hikmahnya kan… btw, kami seleuarga pun suka beli keperluan sukan di al-Ikhsan sebab ada pelbagai pilihan…
sama kita, al ikhsan ni barangannya mampu milik. sesuai untuk gaya hidup sederhana mcm UN.
Takde lah boring sangat sebenarnya PKPB ni. Ada banyak lagi aktiviti yang boleh buat sama-sama dengan family.