Kedai AyamasKedai Ayamas - makan bersama kan lagi best.

Haluu haluu tumpang lalu…!! Craving ayam percik.. chili sos Ayamas.. fuhhh semua tu boleh beri kebahagiaan di saat perut menjerit minta bantuan. Kedai Ayamas  kan ada. Ini UN pergi lunch di Kedai Ayamas Cawangan Ampang. Nak kesana mudah je, korang boleh waze atau guna google maps  > Kedai Ayamas Ampang.

KEDAI AYAMAS adalah kedai berkonsep moden yang menjual produk-produk berasaskan ayam dan dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd, anak syarikat KARA Holding Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Johor Corporation.

KEDAI AYAMAS adalah kedai pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar HALAL & TOYIBBA serta produk-produk sejuk beku yang  lain seperti sosej, burger dan nugget dalam suasana yang moden, bersih dan selesa. Mereka juga memperkenalkan  kedai ini dengan tagline “More Than Just Chicken”. KEDAI AYAMAS juga menawarkan pelanggan produk makanan “Ready-To-Eat” seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai serta pelbagai jenis produk-produk berkaitan seperti rempah ratus, sos dan pelbagai jenis minuman.

Kedai Ayamas menekankan 3 aspek utama iaitu 3H iaitu “Healthy, Hygenic and Halal”

Kini terdapat 61 rangkaian KEDAI AYAMAS di seluruh negara yang terdiri daripada 33 kedai yang dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd dan 28 kedai yang dikendalikan oleh Pemegang Lesen melalui Program Perlesenan KEDAI A.

Produk-produk  kami dibekalkan dari kilang yang telah mendapat akreditasi jabatan veterinary dan Kedai A, sentiasa memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat pensijilan Halal JAKIM. Produk kami dijamin halal oleh JAKIM dan mematuhi keperluan badan statutori dan undang-undang Malaysia. Ayam panggang ayamas diperap daripada bahan-bahan segar,berkualiti dan semestinya di jamin HALAL dan TOYIBBA sejak 1988 lagi.

KONSEP KEDAI :

Produk-Produk Sejuk Beku Yang  Lain Seperti Sosej, Burger Dan Nugget Dalam Suasana Yang Moden, Bersih Dan Selesa

Kedai Ayamas - nak balik tu beli lah apa yang patut , barangan sejuk beku disini

KEDAI – menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad. Fokus pada bawa pulang.

KIOS – menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad. Lebih fokus pada bawa pulang.

Kedai Ayamas makan bersama kan lagi best

RESTORAN – menjual makanan yang dimasak dan pilihan menu yang lebih banyak. Tetapi tidak menjual ayam mentah dan makanan sejuk beku. Menyediakan ruang yang luas untuk makan direstoren.

Menu di Kedai ini >

Kedai Ayamas sesuai untuk lunch , hitea dan dinner

Golden- rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu, ada perisa Pepper- diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat.

Manakala, Percik- Dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik.

Kedai Ayamas - ayam percik memang tarikan paling menarik

Ayam panggang dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus dan ayam mentah berkualiti tinggi dan dimasak menggunakan combi-oven yang berkualiti untuk menghasilkan rasa tradisional yang tak jemu untuk dinikmati bersama keluarga. Kualitinya terjamin serta pastinya Halal dan Toyibba

Pelbagai Aneka Pasta Seperti Spaghetti Bolognaise, Carbonara Dan Oglio Olio

Kedai Ayamas ada menu western
Kedai Ayamas

Selain itu juga ada disediakan pelbagai aneka pasta seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak (kids meal), snackers, ayam mentah, produk sejuk beku seperti sausage, nugget dan burger, dan lain lain produk yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga. Snackers korang boleh pilih ada puff ada sosej bun dan lain-lain. Lengkap jika pergi bersama keluarga, pelbagai pilihan ini boleh kena dengan rasa dan tekak ramai orang.

PROMOSI DI KEDAI AYAMAS

Okay sekarang mereka ada buat promosi. Boleh dapatkan harga makanan dengan harga RM10.90 sahaja. “15th and 30th offer” menawarkan harga Ayam Panggang diskaun, promosi “Thursday special” dan promosi sepanjang hari seperti “Set Jimat” yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM10.90 sahaja

Khidmat Penghantaran

Grab Food

Food Panda

Selain KEDAI ini, kami juga terlibat dalam aktiviti perniagaan borong dengan pembekalan ayam segar dan produk sejuk beku HALAL kepada pengedar dan kedai makanan dan minuman lain di seluruh Malaysia.

KEDAI A sememangnya berdaftar dengan KPDNHEP sebagai pemberi Francais di bawah nama KEDAI AYAMAS. Sila hubungi kami ditalian untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan Francais KEDAI A.

I.          Mr Iswazi – +60 19-267 6200

II.         Mr Zulhilmi – +60 13-393 2465

Ikuti mereka di Facebook+ INSTAGRAM & YOUTUBE

FB : Kedai Ayamas – Ayamas Roasters  (link)

Ig : kedai_ayamas

Youtube : Kedai Ayamas Roasters

25 thoughts on “Lunch di Kedai Ayamas Cawangan Ampang ; pilihan UN….”
  1. Favorite kak Nina Ayam Panggang Ayamas!
    Kalau terdesak, atau tetamu tetiba sampai, beli jer Ayamas. Confirm sedap, puashati dan berbaloi-baloi

  2. nyummy sedap kan ayamas…antara golden, black pepper and percik ..iena suka yang percik tu. nampak sedap spagethi tu..iena pergi kat ayamas taman suntek takde menu western.. nanti nak ke Ampang la..nampak sedap pulak 😀

    1. ya ke.. western di apun besy..un pula rasa nak makan laksa..hehehe ada je kan kita ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *