beli barang di Chow Kit

Aktiviti wajib, 3minggu sekali atau sebulan sekali.. cari stok makanan,lepas tu simpan dlm freezer. Selama ini kami guna kaedah ini, masih segar la ikan. Jimat banyak beli barang di Chow Kit ini. Selagi boleh jimat,memang nak jimat..jimat duit,jimat masa..teruk sekali ja. 🤣 tapi bawa semua ini ibarat join mara lasak la….apa kisah kakak dgn abg kan sado😂😂.

beli barang di Chow Kit pelaling lawa sikit RM9 SEKILO
beli barang di Chow Kit ikan parang  ke tenggiri rm24 sekilo
beli barang di Chow Kit - harga 2 buah di chow kit

Beli barang di Chow Kit ini boleh rambang mata, semua nak…

beli barang di Chow Kit
beli barang di Chow Kit

Ini barangan yang dibeli – Stok untuk paling lama sebulan

Ikan pelaling Rm45 – Sekilo RM9
Ikan siakap, 5ekorbawal 2 ekor = Rm94
Sayur Rm10
Buah mata kucing RM30.00 & mangga Rm24 =RM54.00
Naga Rm12
Delima Rm10
Halia Rm3
Kunyit Rm1
Kow teow Rm8
Bawang Rm25
Cili /sayur/terung Rm10.60
Buah plum Rm20 -16biji
Cili kering Rm24 – Ikg
Udang Rm24 -1kg

beli barang di Chow Kit

Ini semua sangku kat bahu sahaja, malas nak bertroli. Sesak nak lintas sana-sini.

Balik rumah ramai boleh tolong angkat barang ;

Kita ni mak ayah personal shopper anak-anak jer..hahaha kadang melawak dengan depa gitulah. “Ummi abah ini kerja lagi banyak, korang duduk rumah tunggu je apa yg di order sampai..Untung banyak, esok besar tak ingat jasa mak ayah lagi tak tahulah macamna! – ayat UN selalu bebel kat depa.

Lepas basuh dan cuci simpan dalam freezer semua ikan-ikan dan lain-lain barangan basah yang dah dicuci. Senang kan.. > Freezer Pintu Depan -Media

Ini keadaan dapur selepas balik dari pasar. Berkecah itu normal, kalau korang boleh kemas setiap benda semolek nya, dapur kemas 24jam..huhu masak ke tak? Ini pun seketika ada plastik semua, tapi lepas kemas tu sikit berkurang la. Rumah ni banyak barang, tak tahu mana nak simpan dah. Kitchen cabinet pun dah penuh..eh.. confuse, macamnalah rumah orang kemas sesuci dapur kat tempat perabot.

Bakar Ikan Pelaling Berempah

Ini acara kami Sabtu lepas, selepas craving gila nak makan ikan bakar berempah resepi mak. So, dalam susah payah nak hidupkan arang, akhirnya berjaya juga. 🙂 Thanks kawan-kawan yang komen di FACEBOOK

Nampak mudah, nak hidupkan arang boleh buat bergaduh tau! hahaha

Resepi bahan rempah untuk sira atas ikan :

4 biji bawang merah.

2 cm halia

3 batang serai

Cili padi 3 biji

Santan secukupnya, garam

Kunyit

Cara-caranya : Blend semua bahan kat atas, dan bila bakar ikan , ambil dan tuang atas ikan.. Siap..korang boleh bau wangi tu, semerbak tau. Memang best. Makan waktu panas-panas.

Tips: Masa nak bakar tu, biar ikan tu macam masak sekali lalu, dan lepas tu baru sira atau tuang dengan perapan atau perencah ini. Baki simpan untuk perap ayam jika nak bakar. Sedap.cubalah.

Okaylah sekian sahaja cerita kami p beli barang di Chow Kit. Korang boleh p sana- Kalau nak banding dengan harga kedai Acheh banyak beza. Sebab tu kami p sini. Jimat banyak dan boleh makan sedap, kalau kedai Acheh pelaling boelh jadi harga berbelas ringgit. : )

2 thoughts on “Beli barang di Chow Kit, wajib sebulan sekali”
  1. Rutin yang menarik. Lama dah tak pergi chowkin. Mungkin pulahan tahun. Kali terakhir ke sana Chow Kit masih mempunyai sisi gelap.

    1. ya. pergi untuk beli barangan untuk seisi keluarga okay. cuma apapun kena berhati2 .. ancaman banyak diluar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *