Asus Vivobook S15 harga di malaysiarpt

Asus Vivobook S15 bukan sahaja excellent daripada segi harga tetapi ianya juga adalah laptop yang sesuai digunakan oleh pelbagai peringkat. Ianya juga dikatakan laptop yang berpatutan dari segi harga untuk kegunaan harian.

Ini gambar dari shopee..boleh je beli dari mana-mana kedia, harga mungkin ada sedikit perbezaan. Kami beli RM3399.00

Kelebihan Asus VivoBook S15

Kelebihan yang utama Un suka adalah kerana design yang sangat stylish, design yang slim lagi menawan dan juga ada pelbagai pilihan warna. Un pilih warna hijau yang dinamakan Gaia Green. Dan 2 unit yang kami beli pun kedua-dua kami pilih warna hijau. Warnanya mewah , bagi kami.

Putih/Silver warna common jadi pilih luar daripada kebiasaan.
Warna Pilihan Gia Green

Lagi pula laptop ini ada value yang sangat menarik untuk kegunaan semasa. Penggunaan bateri pun adalah untuk satu jangka masa yang lama.

Bentuk dan design yang nipis memudahkan untuk dimuatkan dalam apa-apa beg yang digunakan. So, happy la sebab dah la ringan, bentuk pun nipis untuk di muatkan dalam beg. Berbaloi untuk dimiliki dan dibawa kemana sahaja. Screen bagu Asus VivoBook S15 ini adalah 15.6 -inch.

Hadiah 2021 ;

Asus Vivobook S15 harga di malaysia
1 Jan 2021
Asus Vivobook S15  beli di pc image low yatt
3 Jan 2021

UN dapat hadiah laptop ini sempena 2021. Ikutkan dah nak habis belajar, tetapi mungkin sebab minat untuk dalam penulisan dan sebagai support untuk anak-anak juga belajar. Sepanjang tahun 2021 ini, anak-anak pun dah mula tuisyen secara online di Fly High Tuisyen. Jadi kalau dirumah, memang ini adalah kegunaan anak-anak juga bukan UN seorang. Azam beli 2- 1 untuk UN dan 1 untuk kegunaan dia secara personal. Syukur, alhamdulillah.

Headset ini, daripada RM229 jadi RM179. Ada sales di PC Image.

Cadangan kalau korang nak beli laptop, boleh je apa2 laptop yang sesuai dengan bajet. Kalau yang ni pun okay juga, sebab harganya pun affordable dan owhh lagi satu keypad dia pun soft dan lembut sangat. Serius best, smooth dan laju.

Dulu UN ada buat entry, samada kalau WFH nak guna komputer ke laptop kan? Korang pilih je mana-mana sesuai. Antara keduanya, UN masih suka dengan laptop sebab boleh pasang 2 screen. Lebih luas dan untuk digunakan bagi presentation di google meet sangat best. Jika laptop, hanya 1 screen dan limited space untuk orang seperti UN menggunakan ruang seadanya. hahaha i need some space k..gitu.

tQ Dear 🙂

Jadi keduanya komputer atau laptop kedua-dua ada kelebihan masing-masing. Ikut kesesuaian dan penggunaan yang sesuai. Semoga bertahan la laptop untuk kegunaan kami sekeluarga beberapa tahun kedepan. Semoga dengan apa yang ada ini juga memudahkan urusan kelas online anak-anak UN juga sepanjang 2021 ini dan seterusnya. InsyaAllah .

2 thoughts on “Asus VivoBook S15 Review ; hadiah 2021”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *