Sejak pandemik Covid19, ramai antara kita yang kena kerja dari rumah. Dan UN sendiri pun ini adalah sem ke-3 belajar secara online. Dan pastinya belajar secara online sangat selesa dan mudah. Tidak terlalu berkejar dan boleh siapkan pelbagai kerja dalam satu masa. Suka! Dan sejak belajar secara onlie, Un gunakan komputer Un yang beli sejak 2011 lagi. Window pun masih pakai Windows 7. Maka, bila ada kesukaran isu internet, ram dsbnya, lastnya dapat beli yang baru.
Yang lama, sedekah kat pejabat suami, boleh mereka gunakan untuk HRMIS dll. Un lebih memilih komputer daripada laptop. Korang pula pilih komputer ke laptop untuk WFH?
Yang mana lebih murah atau mahal?
Setiap benda ada comparision dan perbezaan kan. Laptop sangat mobile used. Boleh gerak kesana kesini. Tapi UN pula prefer komputer. Sebabnya lebih rasa selesa dan performance pun lain.
Kelebihan gunakan komputer berbanding laptop.
- Tiada risiko bateri habis dan tidak perlu dicharge. On bila mahu menggunakannya. Orang malas charge macam UN lebih sesuai.
2. Lebih selesa sebab boleh pilih screen yang lebih sesuai dengan kegunaan. Yang baru Un beli saiz 23.8″ . Harga pun affordable RM469.00. Plus minus harga dengan di shopee lebih kurang sahaja.
3. Lasak ; untuk kegunaan macam UN jenis lasak sangat sesuai gunakan PC.
Kelemahan guna komputer
- Perlukan ruang yang selesa dan cukup. Meja kena yang sesuai dengan ketinggian dan juga space untuk CPU
- Tidak boleh mobile, bermakna tidak boleh dibawa kesana kemari. Jadi statik
- Agak sukar digerakkan.
- Lain-lain tambah sendiri. 🙂
Kelebihan guna laptop
- Sangat ringan dan mobile. Sesuai untuk kalau nak bawa pergi meting, discussion atau jumpa client.
- Wayar-wayar kurang berselirat kot..eh tak tahu …
- Lain-lain lawa kot, nampak moden. gituuu..
Komputer pilihan UN- Kawin-kawin CPU dengan monitor
Ini cpu UN. Siap install dengan microsoft office. Tak lagi pakai trial.
Beli di Low Yatt kedai PCImage – Level 3 kalau tak silap, tapi betul-betul depan escalator. Salesman – 1844jega, bagus dan sangat membantu.
Balik je malam tu terus pasang. Semua semangat , dan paling teruja sebab screen besar , cerah dan puas la ..itu penting.
Total bayaran : RM2468.00 – monitor RM469.00, CPU RM1999.00 termasuk SSD Card installed dalam CPU.
Akhirnya, inilah set up work from home UN. tak ada lah nak bersiap bagai..cukup sekadar boleh akses komputer dan internet.
Inilah keseluruhan set up wfh. Tak ada nak mewah-mewah. Dan cuma 1 lagi on the nak mencari iaitu, kerusi.
Ini gaming chair, duduk pun selesa. Patutlah disuggestkan untuk guna kerusi macam ni, dah letak dalam list what to buy…eh! hahaha tapi nak kena p try sekali lagi kat kedai ini, nak tengok yang mana best. Sebab yang pro Akracing ini macam power juga.. doa-doakan jadi impian dan dapat bawa balik kerumah sebiji. Amin
Sekian nota UN untuk rujukan masa depan.
kt umh ni dua2 ada…komputer & laptop…laptop lebih mudah kalo nk bw ke mana2
ya betul .. un nnt naik kerja, kalau perlu baru nak cari laptop..kalau tidak selesa dengan pc ini, screen besar. cuma statik, tu je paling tak best.
Yaya ada dua-dua..tapi lagi prefer desktop..lagi selesa dan rasa lagi cepat menaip guna keyboard desktop terutama bila kerja banyak nak taip nombor.
dua-dua sesuai digunakan bergantung kepada keselesaan dan ruang di persekitaran rumah..kalau guna PC boleh set lebih daripada 1 screen..blh buat n tgk dokumen dalam satu2 masa.
ya tn, tq drop komen 🙂