Just before start, ini adalah kali pertama nak ubah suai rumah di ruang tamu selepas 7 tahun disini. Cuma sebelum ni pernah ubah sikit-sikit masukkan wallpaper dsbnya. Sekarang anak-anak dah besar, berani dah nak cantikkan lagi dengan dinding warna cerah. Dan belajar daripada pengalaman lalu, kalau boleh nak yang simple je barangan untuk deco rumah. Kalau yang berat-berat susah nak kemas. Jadi, konsep deco rumah minimalis dengan barangan IKEA.
Kenapa pilih IKEA?
Ikutkan tak berapa nak minat pun barangan IKEA yang dilihat lebih mahal. Tapi ada certain barangan yang agak berkualiti juga untuk digunakan. Jadi pilih-punya pilih dengan sedikit keberanian kami pilih fjallbo sebagai kelengkapan untuk rumah. Tapi nanti ada nak add simple almari untuk deco.
Kami ke IKEA hari Jumaat petang, orang pun tak ramai sebab PKPB lagi. Mudah nak mencari dan nak ambil. Selesa dan masih ada jarak sosial.
Pemasangan sendiri barangan IKEA
Pemasangan barangan DIY ni kena ikut betul-betul arahan yang diberikan. Salah sikit kena buka balik. Hehehe kadang tu pening juga, dah kena buka semula skru. 🙂
Susun dulu check mana yang cukup mana yang ada. Risau ada barang yang mungkin tak cukup sifat. Tapi alhamdulillah untuk barangan yang kami beli semua okay.
Dah siap. Ini sahaja pemandangan setakat ini. Frame gambar belum pasang dan ada certain things lagi belum disiapkan. Bukan apa nak fokus thesis atau kertas kajian ini dulu. Dinding pun ada sikit lagi part tangga belum dapat disiapkan. Ini baru beberapa percent siap, dan pokok-pokok hijau nanti baru nak beli, bila semua dah setle. Cukuplah deco rumah minimalis sahaja dengan barangan IKEA.
Ini nak buat ruang mini untuk baca buku. Cermin tu nanti nak ubah ke tempat yang wall masih warna hijau dalam gambar, dan kat sini nak letak cermin bulat bersama dengan almari pendek. Dah ada idea, masa belum ada nak settlekan semuanya.
Doakan ada nanti ada rezeki masa dan wang ringgit untuk terus bagi rumah dan syurga keluarga kami selesa. Amin
Setuju, barang ikea mahal sikit tapi menang memakai
ya kak. kena pandai pilih barang juga.
mahal sikit takpe kan asalkan boleh pakai lama! sha pun ada angan angan nanti ada rumah nak beli perabot kat ikea heheheh
Semogatercapai impia sha, kak nai dah serik brg berat2 n kalau bergaya sangat pun ssh jaga, dgn anak2 masih kecil, anak dah besar okay.
Ikea senang hampir semua benda ada kat situ.
ya ai, tapi certain things , poket kene tebal