Bismillahirrahmanirrahim. Petang2 ni rasa nak share je kereta apa nak pakai lepas grad dan baru kahwin? Ramai orang pernah buat salah, macam tu juga saya pada awal-awal nak hidup dulu. Dulu sebelum kenal erti hidup, nak semua benda lah. Dan kalau dulu sebelum ada ilmu kewangan yang tak diajar diuniversiti, keluar kerja kereta lambang kejayaan.Rupanya kami salah masuk lorong kepercayaan.
Dulu masa tu kerja kerani sahaja, tahun 2017. Kerja di JKR Penang. Selepas dapat kerja kerani bergaji RM1500.00 pun dah berani beli kereta dengan zero downpayment. Allah , teringat balik zaman tu, betapa aku kerdil dan tak ada ilmu tentang kewangan. Sedih.
2009- Selepas setahun kerja di JKR Penang, 1/9/2008 mula lapor ke PULAPOL KL. Masa tu dalam recruit , tak pakai pun kereta ini. Tahun 2009 keluar recruit berkenalan dengan suami dan kami terus kahwin. Dia pun dah pakai kereta masa tu. Ini kereta suami yang digunakan sejak 2006 macam tu. Jadi nampak tak, masa tu kami pakai 2 kereta tapi macam tak perlu pun kereta tu.
Kereta apa nak pakai Jangan ikut kawan :
7 tahun lepas, anak belum lagi 4 orang. Tapi sedih KESEDARAN tentang kewangan tak ada, jadi ikut je hati. Tidak ada guru nak mengajar, tidak ada kawan yang nak tegur. Ingat, kami dah lalui semua ni. Kawan bukan jaga kewangan kita. Dia bukan jaga akaun bank kita. Satu hari dia belum tentu bersama kita, pilih kawan yang faham dan dia ajak kita kepada kebaikkan.
Kesilapan kami adalah, kawan rekemen beli kereta T. Kami pun macam teruja, woww best ..fuuuuh T la… gituu. Hidup atas rasa bahagia bila orang tengok kita berada. Rupanya silap! Selepas kami lalui semua ni, belajar dan niat untuk kebaikkan, satu persatu guru kewangan muncul dan hadir dalam hidup kami. Sejak tu rasa menyesal pakai kereta mahal kerana kawan. Kerana nak dapatkan kawan dan penghargaan manusia. Silap!
Tak lama kami pakai T ni. Selepas tu, anak semakin ramai, kereta T ni kan dah digunakan di negara asal. Jadi walaupun dia jenama T, kepuasan pakai tidak ada. Sungguh!
Allah tunjuk kami jalan kepayahan rupanya nak beri kami kesedaran.
Selepas kami pakai kereta T biru kat atas tu, kami mula sedar yang semua tu tak ada apa-apa. Tapi dah beli. Oleh kerana kesedaran datang awal, kami mula mencari solusi. Walaupun saban tahun gaji meningkat, tak bermakna kami kena pakai kereta mahal. Jadi atas kesedaran kewangan dan kehidupan, fokus misi dan visi dalam keluarga kami buat pilihan untuk tukarkan T biru kepada kereta comel lagi kecil ini.
Zaman pakai MYVI -zaman pakai Myvi ini, kewangan kami bertambah baik. Dan yang penting jiwa tenang, rasa tenang dan lapang tu kami lalui bersama. Sukar nak jelaskan. Walaupun kami pakai Myvi, tapi rezeki murah. Dengan Myvi boleh kesana sini. Walaupun anak kecil, cukup muat kereta kecil ini dengan keluarga kami. Ingat lagi dengan Myvi ini, kami bawa bibik dan anak-anak pergi berjalandari Utara Perlis, selatan Johor dan sehingga pantai timur, sampai ke Terengganu tau.
Walaupun zaman tu kami tiada apa-apa, tapi kami bahagia. Ada kata-kata buat kami terluka tapi pada masa yang sama penguat semangat kami. “Kak, apa la lekeh pakai kereta kecil. Orang lain pakai kereta besar H…” Fuh ayat tu buat aku sentap. Tapi aku doakan orang tu berjaya dunia dan akhirat. Syukur kerana dia jugalah yang menguatkan semangat kami suami isteri.
Akhirnya pilihan kami setakat ini ;
SEHINGGA lah kami lalui pelbagai cabaran dalam kehidupan. Anak-anak semakin besar. Dan kami pun semakin cuba mendalami ilmu kewangan sebaiknya. Kalau ikutkan boleh pakai H dan T, ikut trend terkini. Tambahan gaya hidup orang muda mesti nampak vouge kan. Tapi kami memilih untuk guna Exora sebagai kenderaan kehidupan kami. Bukan jenama sebenarnya bawa kami kebahagiaan, tapi kesedaran kehidupan dan kewangan. Syukur Allah swt lorongkan kami untuk guna seadanya. Yang penting kami boleh guna kenderaan ini untuk keluarga, melawat mak ayah di kampung dll.
Kereta apa nak pakai lepas grad dan baru kahwin?
Okay back to topik, kereta apa sebenarnya yang boleh pakai selepas grad dan baru kahwin? Gini berapa banyak pun gaji tapi plan kewangan. Penting untuk ada simpanan kewangan bukan bermakna tak perlukan kereta.
Kesedaran tentang kewangan, kalau baru grad cuba buat simpanan untuk bayar muka beli rumah. Percayalah takkan rasa rugi pun. Pertama, jika nak beli rumah, selepas 10 tahun boleh refinance saat tu akan dapat rasa ada duit lebih untuk kegunaan lain. Dengan gaji yang biasa-biasa, tak bermakna kita tak boleh senang. Boleh, tapi penjagaan kewangan mestilah betul. Jangan tetipu dengan kereta mahal, H la T la atau W. Ini untuk mereka yang betul-betul ada lebihan kewangan dan orang business yang beli untuk kurangkan taxation mereka. Kalau kita yang biasa-biasa ni, pakai la sekadarnya. Kerana kalau melabur pada kereta lebih pada nilai sepatutnya, lama kelamaan nilai kereta jatuh, tapi rumah atau emas harganya semakin naik.
Jadi anak muda, adik-adik yang baru grad dan kahwi, belajar simpan dan urus duit.Iangat bukan jenama kereta bawa kita ke syurga tapi bagaimana kita gunakan kereta tersebut dan untuk bahagia sejauh mana lebihan yang ada kita boleh gunakan untuk sedekah dan belanja untuk ummah. Ingat dengan bersedekah dan zakat Allah swt tambahkan lagi rezeki kita. InsyaALLAH.
ELAK daripada nak tunjuk atau bersaing dengan manusia, tapi plan untuk kehidupan kita. Gaji kita rezeki keluarga, ada bahagian yang perlu untuk kita bayar untuk ilmu kita sendiri dan anak-anak. Maka, setiap bajet perlu ada peruntukkan yang berpatutan. InsyaALLAH semakin anak membesar cukup untuk mereka diberikan pendidikan yang baik, makan minum yang baik untuk sihat dan juga ada bajet untuk terus kita bersedekah di jalan Allah swt.
Ingat buat perancangan kewangan di awal tahun ini terutama adik-adik yang baru grad dan dapat kerja. Jangan terlepas bab ini. Kalau silap lama kesannya nak baik. Tapi kalau betul perancangan, manisnya dapat kita rasai, tenang dan semakin kita bahagia dengan apa yang kita miliki. Yakin dan percaya dengan rezeki Allah, buat bajet dan tulis. InsyaALLAH.
Ingat bukan kereta mahal yang bawa kita ke syurga, tetapi bagaimana kita gunakan kereta atau kenderaan yang ada untuk menuju ke syurga yang abdi dan dapat ketenangan hidup yang hakiki. Insyaallah, semoga ada idea kereta apa nak pakai lepas dah dapat kerja dan awal perkahwinan. semoga bermanfaat.
perkongsian yang sangat bagus UN. semoga membuka mata anak2 muda zaman skrg