Assalamualaikum, terima kasih kepada anda yang singgah blog UN . Hari ini Un just nak kongsikan sedikit ilmu yang UN dapat dalam kursus berkaitan. Bab isu pembahagian harta pusaka kecil ini sering ddiperdebatkan. Di Malaysia ada 2 kaedah berbeza antara orang Islam dan orang bukan Islam. Dalam pembahagian harta pusaka ini kena ada matlamat tertentu, sebab perwarisan dan kena tahu apa yang menghalang daripada melakukan pewarisan harta.
Peranan Ilmu Faraid
Dalam kita nak serahkan atau wariskan harta , yang utama adalah kenal pasti siapa waris yang berhak menerima harta peninggalan tersebut. Bila dah kenal pasti waris yang berhak, seterusnya mestilah jelas hak atau bahagian yang akan di perolehi oleh setiap waris yang ditinggalkan. Pengiraan hisab ini pula menggunakan kaedah matematik harian yang digunakan.
Sebab perwarisan harta?
Hanya mereka yang layak sahaja dapat menjadi pewaris kepada harta yang ditinggalkan. Dan dalam isu ini, seseorang itu mestilah Islam, nasab atau keturunan, ada ikatan perkahwinan dan wala’ atau perhambaan.
Apakah halangan dalam pewarisan harta?
Jika ada perbezaan agama antara Islam dan Bukan Islam ini adalah ditegah. Anak yang tidak sah taraf juga tidak berhak menerima harta seorang bapa yang telah berzina dengan ibunya. Dan jika seorang ayah me’lian atau mengaku melalui sumpah yang anak yang dikandung isteri bukan anaknya , maka anak atau bapa tidak boleh mewarisi harta antara satu sama lain. Bagi hamba pula, hanya tuan sahaja yang boleh mewarisi dari hambanya.
Rujukan tentang faraid : Surah Ayat 7 Surah An-Nisaa’
Kaedah tentang pembahagian harta pusaka orang Islam – Surah An-Nisaa’ ayat 12 dan 176
Harta Pusaka – Kaedah pembahagian lain yang boleh dipakai dalam pewarisan harta
Ada konsep takharruj /maufakat yang merupakan salah satu bentuk pembahagian harta pusaka yang sering dilakukan iaitu dengan bermuafakat atau perbincangan secara damai berdasarkan kepada persetujuan antara waris.
Kaedah ini seringkali berlaku yang mana waris-waris memutuskan untuk :
- Memberikan secara sama rata dalam pembahagian harta yang ditinggalkan
- Penolakan dalam kalangan waris
- Penarikan diri daripada menerima pusaka
- Persetujuan secara bersama dalam kalangan waris
Perlantikan Pentadbir Harta Pusaka
Ini adalah perkongsian daripada kursus yang diikuti. Semoga bermanfaat juga kepada anda yang baca blog UN.
Semoga kita semua jadi insan yang berilmu dan tahu cara pengurusan harta pusaka ini.