Assalamualaikum, hi korang.. thanks sebab singgah blog UN. Ini nak share pengalaman sepanjang UN menggunakan Korset Premium daripada Haio. Actually dah 12 tahun pakai. Korset yang sama UN gunakan sepanjang 12 tahun bagi tujuan kerja (pakai dengan uniform) dan juga selepas bersalin. Dulu set lain, 2020 ini ada set baharu yang mana ada 2 pieces iaitu theravest dan therapant by premium beautiful 360. Dah lama pakai , tapi ini kali pertama UN nak share pengalaman atau testimoni menggunakan Theravest dan Therapant by Premium Beautiful 360.
Keberkesanan ; Theravest dan Therapant
Selama UN pakai korset ini, theravest adalah yang paling selesa setakat ini. Kalau set yang lama dulu ada 3 pieces, ini memang tak dinafikan ketat sangat atau bahasa mudah sengkak oooo kalau pakai. Selama un ada 3 pieces korset yang lama, UN hanya pakai bahagian tengah je.. serius memang kurang selesa. Tetapi, bila dah pakai theravest, ini paling selesa.
Lebih istimewa lagi, theravest ni ada bahagian lengan yang boleh bagi fit, gelebeh-gelebeh kat tangan tu.. eh, ini UN la.. korang yang badan fit mungkin tak ada isu ini. Bab sembunyikan lengan besar memang pakaian atas ni membantu sangat. Kalau baca kat gambar atas tu, dikatakan pakai set ini boleh menghilangkan bonjolan lemak, ini memang nak mengaku, yes it works! Sebab dia ada besi penyokong belakang. Tak berselerak lemak-lemak belakang badan tu dengan pakai thera’v ni. Dan memang merampingkan pinggang. Walaupun bukanlah pinggang kerengga, tapi kan bila pakai thera’v ni, automatik badan jadi fit! Nanti tengok gambar kat bawah k.
Therapants ?
Ini lagi mau share, nampak orang promote selalu macam susah je mau pakai. Sampai bawah pula tu labuh dia. Memang awalnya tak yakin pun thera’p ni berkesan.
Biasa sebelum beli memang negatif thinking. Sebab dalam kepala duk pikir, hish susahnya nak kencing berak kan.. tapi actually bila dah pakai, memang selesa. Best tu, kalau pakai seharian pun tak terasa pun, its fit the body well. Sungguh, selesa walau kena bergerak kesana kemari. Badan tak jadi lenguh pun. Lagi kalau pakai therapants ni, kaki jadi runcing dan nampak kemas.
Pakai Korset bagi effects badan kemas dan tegap!
Korang dah tengok gambar kat atas kan. Ini effects pakai 1 set thera’v dan thera’p. Walaupun UN sejenis ragam dan besar, tapi bila pakai jadi kemas.
Okay, ni nak share, dalam kelas Bonda Prof Muhaya , dalam Ladies Club kan, bonda Zass anak-anak bonda iaitu kami-kami yang dalam club tu la. Malu sangat , actually kita wanita ni kena nampak kemas, badan kena fit , jangan mengegelebeh. Malu!
Bila kita kemas, automatik lebih yakin dengan suami, lebih confident dan nampak lebih ‘firm’. Niat kena betul tau!
Testimoni menggunakan Theravest dan Therapant
UN sendiri memang rangka besar dan sepanjang 12 tahun pakai selepas bekerja ni, UN merasakan pakai set korset daripada haio- premium beautiful ni sangat berbaloi.
Penjagaan dan ketahanan korset :
Beli 1 set tahan more than 10 years. Kena jaga baik-baik la barang mahal tapi UN yang lasak ni pun guna okay je. Cuma pantang jangan basuh dalam mesin basuh. Rendam-rendam dan sidai. Elok gunakan sabun yang dikhaskan .Tapi kalau guna sabun lain pun guna yang plant base, kadang sekarang UN guna je sabun Norwex. Rendam-rendam dan sidai , mudah kering.
Boleh kurus ke pakai Thera’v dan Thera’p?
Ini kesan berbeza keatas orang. Jika pakai tapi tak jaga makan, gemuk juga. Kalau pakai dan jaga makan, secar atak langsung memang boleh kurus. Bila pakai set ini, badan kita akan makan dalam jumlah yang terhad. KESANNYA, memang la boleh kurus, tapi kalau pakai pun, nafsu makan tak dapat di tahan, maka memang takkan kurus lah.
Berbalik kepada tujuan pakai Thera’v dan Thera’p.
Theravest dan Thera’p VS Korset di pasaran
Kalau tanya saya, ini paling best untuk tutup perut akibat atau kesan selepas bersalin. Yang boroi-boroi tu boleh sorok dengan baik, jika dibandingkan dengan korset biasa di pasaran, memang ada beza. Yang di jual di pasaran biasa tu tak ‘grip’ dengan baik malah tak ketat tu macam tak pakai korset. Susah nak story ni, kena cuba.
Kesan pakai korset ini, walaupun UN besar, akhir sekali selepas tamat latihan berat 70kgs, sehingga selepas beranak pinak ni pun, berat hanya naik 10kilo sahaja. Berat Un sehingga kini dalam 80 – 83 kg sahaja, perut tak adalah memboyot macam orang mengandung, serius memang berbaloi.
Suppliment sampingan untuk ibu / wanita yang aktif :
Dah pakai set korset ini lebih kepada penampilan luaran, untuk cantik dalaman at least ambil jamu. Un pun baru try je herba maharani ni, sesekali lupa juga makan. Tapi sepanjang makan ni, okay je. BADAN rasa sedap dan lebih mudah membuang rasanya. Kesan maybe typical atas orang yang berbeza. Un tak pandai nak cerita bab herba maharani, kena cuba sendiri, baru tau kesannya macamna.
Jadi , kalau korang masih berfikir nak beli ke tak thera’v dan thera’p ni, bagi UN yang dah lama pakai, memang berbaloi beli. sekali je keluarkan modal RM1300-1400 macam tu, tapi boleh pakai lama. Percayalah UN dah pakai lama, sejak 2008- sekarang. Memang membantu dalam penampilan harian dan untuk kesihatan tubuh badan. Mesti ada la korset ni.
Okay itu sahaja perkongsian ikhlas daripada pengguna tegar korset premium beautiful. Saya tak jual ya. Dealer-dealer ramai kat luar sana. Dan UN benarkan untuk share posting ini bagi kebaikkan semua wanita diluar sana, biar kita jadi wanita yang cantik luaran dan dalaman, kita cantik Allah sayang , suami sayang.. Bila badan sihat, ibadah pun boleh dibuat dengan baik. InsyaALLAH.