Selamat hari raya.. dah rasa kemeriahan nak beraya. Sekali pergi ke Pusat Pakaian Hari-Hari, memang ramai yang tengah shopping. Kami memang setiap tahun shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari, nak sedondon kan. Jadi beli di sini memang mudah.
Shopping Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari ; suka sebab staff mereka mesra.
Kami suka beli di Pusat Pakaian Hari-Hari sebab, kalau cerita bab layanan memang terbaik, staff mereka mesra dan sudi membantu memudahkan pencarian saiz dan design baju. Itu yang UN sendiri memang jatuh hati kalau nak shopping disini, termasuklah shopping baju sekolah anak-anak di Hari-Hari.
Pusat Pakaian Hari-Hari ; Banyak Pilihan Baju Raya Sedondon
Un suka shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari ini antara lain kerana sini macam one stop centre tau. Sebab boleh je shopping baju raya untuk satu keluarga. Untuk ibu ayah sehinggalah anak yang kecil. Pilihan banyak dan warna-warna pilihan yang ada pun banyak. Un tengok ramai juga rakan-rakan lain yang shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari. Antara yang shopping disini , Kak Saidila, Kak Salina dan Kak Nina Mirza. Semua ni geng yang memang kaki shopping baju raya di sini. Taste kami sama kan.. uols macamna?
Pilihan warna dan design pun banyak disini.
Bagi tahu je apa tema warna, nanti ada staff akan bantu. Serius happy sangat. Kalau baju melayu pun banyak je design, ada yang kosong ada yang corak dan ada juga yang design-design macam UN pegang tu. Semua lawa, kualiti pun bagus. Harga berbaloi. Jadi insyaAllah Hari-Hari akan sentiasa jadi pilihan UN tau.
Tada, dah siap shopping. Rambang mata tau, banyak sangat pilihan. Dah dekat nak raya ni, memang ramai. Korang kalau nak terjah kesini, boleh pergi awal-awal, mood anak pun baik, shopping mood pun sure okay je. Kalau petang masih boleh membeli belah, cuma orang ramai sangat, sungguh.. ramai orang membeli di P.P Hari-Hari. Nak tengok kemeriahan tu kan, korang pergi ke Reels UN di IG.
Kami suka sebab shopping disini berpeluang dapat sampul raya yang comel dan juga beg purple yang cantik gitu. Boleh lah guna beg purple ini untuk isi kain baju untuk bawa balik kampung, ini khas untuk belian RM200 keatas. Doa-doa boleh beraya dengan keluarga tahun ini ya. Untuk belian RM100 dan keatas ada free gift sampul raya. Comelkan?
Cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari
Kami dah, korang bila lagi? Kalau korang nak tahu Pusat Pakaian Hari-hari ini ada 85 cawangan , dan akan buka lagi 5 cawangan di Klang, Tampin, Kajang, Bukit Mertajam dan Kedah.
Bagi yang nak beli secara online boleh beli di www.ehari.com atau shopee Hari-Hari, boleh dapat diskaun 15% tau.
Semua dihujung jari. Mudah.. eh.. okaylah, kami dah settle, nak wish raya awal lagi. Tapi untuk elak saiz berkurang dan memeriahkan suasana ramadhan raya kita, jom sama-sama belikan anak-anak kita baju baru. Barulah semangat nak habiskan lagi 2 minggu puasa tu semakin membara. 🙂
Okay, ini dulu setakat ini. Jom2 shopping.. jumpa lagi next entry.