Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
baju sekolah murah di Hari-hari

Baju sekolah murah di Pusat Pakaian Hari-Hari

Posted on 12/02/201912/26/2022 by umminani

Syukur, alhamdulillah tahun ini dapat shopping baju sekolah awal. Dan kali ini jumpa kedai jual baju sekolah murah. Baju sekolah murah ini adalah di Pusat Pakaian Hari-hari. Dan memang aku kalau boleh nak cari sesuatu yang mudah , tanpa perlu aku masuk mall.

Sungguh, nampak sahaja Pusat Pakaian Hari-Hari Semenyih dah buat promosi baju sekolah, terus pasang niat, nak shopping pada hujung minggu. Lalu, Sabtu lepas, seawal 945 pagi aku dah tunggu depan kedai, tunggu kedai buka. Jadi lebih selesa dan mudah untuk aku shopping baju anak-anak.

Baju sekolah murah sangat di Hari-hari. Dan selain baju ada jual juga barangan sekolah lain disini juga dengan harga yang berpatutan. Harga baju sekolah disini antara harga RM19-RM36.00. Ada juga kasut sekolah, beg, dan pelbagai kelengkapan lain. Kalau nak cari seluar untuk sukan dan juga pakaian dalam untuk anak-anak, semua ada disini.

Baju sekolah murah dengan kualiti kain terbaik

Semangat nak naik darjah 1 tahun 2020

Baju sekolah di Hari-Hari ada 2 jenama iaitu Jony&Jeny dan No Problem. Ada perbezaan saiz@cutting baju Jony&Jeny dengan No Problem. Kos seluar M31.35 dan kemeja RM13.50 = RM44.85.

Kalau baju sekolah Jony&Jeny saiz @cutting lebih besar dan loose berbanding dengan saiz @ cutting No Problem. Tapi untuk sekolah dua-dua okay. Aku pilih untuk Angah satu Jony&Jeny dan satu set lagi jenama No Problem. Along pula jenis bidang besar, jadi aku pilih jenama Jony&Jeny untuk Along supaya dia lebih selesa.

Ada 2 jenis kain juga samada nak kain cotton atau kain licin, terpulang mahu pilih yang mana satu. Tapi yang pasti baju disini adalah warna putih nila, jadi secara amnya putih nila ini cantik dan tak cepat kusam. Sesuai sangat aku beli baju sekolah disini, dah la harga patut, malah kualiti pun okay. Puas hati.

Malah kalau nak songkok untuk sekolah, boleh pilih samada nak songkok biasa atau songkok lipat. Harga pun murah antara RM9-RM11.00 sahaja. Cukup lengkap bagi anak-anak. Untuk Sarah aku belikan tudung biru/putih dan hitam untuk pakai harian di tadika.

Anak aku sekolah pagi petang terus menerus, jadi baju tak perlu banyak, cuma perlukan baju putih 2 helai dan seluar sekolah yang gelap 2 helai. Baju Melayu sepasang seorang dah memadai, kerana hanya di pakai pada hari Jumaat.Kos sepasang tanpa sampin = RM27.10.

Manakala, hari sukan memang seharian anak-anak akan berpakaian sukan. Kualiti baju melayu pun okay, saiz paling kecil adalah 24 yang Angah pakai dalam gambar. Sesuai untuk darjah 1. Paling aku rasa puas hati, kali ini aku beli baju sekolah murah dan tak perlu tambah duit untuk bayar kos potong lengan dan kaki seluar.

Terima kasih Hari-Hari dah la jual baju harga patut, dan saizing memang menepati saiz anak-anak Malaysia. Syukur, jimat duit mak..hehehe

Staff Pusat Pakaian Hari-Hari sangat ramah dan mereka amat membantu parents dan anak-anak. Seronok shopping disini.

Promosi Kembali ke Sekolah :

Musim cuti sekolah kali ini, pusat pakaian Hari-Hari telah mulakan kempen “Kembali ke Sekolah”, tawaran adalah sehingga 31 Disember 2019.

  • Dengan setiap pembelian bernilai RM30 ke atas akan melayakkan korang menerima 1 kalender tahun 2020.
  • Dengan setiap pembelian bernilai RM120 ke atas akan melayakkan korang menerima stokin putih secara percuma.
  • Dengan setiap pembelian bernilai RM150 ke atas akan melayakkan korang boleh memilih sama ada ingin menerima 2 pasang stokin putih 2 pasang ataupun sepasang kasut putih. (aku pilih stokin 2 pasang/ adik dan kakak boleh gunakan juga).
  • Dan dengan setiap pembelian yang dibayar melalui CIMB debit/kredit kad pula, akan melayakkan korang untuk menerima tambahan diskaun sebanyak 15%. (bermula pada 1 Disember 2019).

Untuk mak ayah yang sibuk, boleh juga membeli di online www.ehari.com.my Belian secara online minimum RM50.00 layak untuk mendapatkan kos penghantaran percuma. Jimat sungguh. Selamat membeli belah, ingat baju sekolah, INGAT PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Facebook: www.facebook.com/harihari
Instagram: www.instagram.com/harihariofficial

4 thoughts on “Baju sekolah murah di Pusat Pakaian Hari-Hari”

  1. Marina says:
    12/04/2019 at 10:18 am

    Seronok diorang shopping kat pusat pakaian hari-hari ye

    Reply
  2. mas saari says:
    12/05/2019 at 11:29 am

    Kita memang suka beli kelengkapan sekolah kat Hari Hari ni, murah!

    Reply
  3. aboya says:
    12/07/2019 at 8:50 am

    memang murah.. promosi back to school pun berbaloi.. siap ada diskaun. . puas hati sungguh shopping sini.. setiap tahun memang cari HariHari je

    Reply
    1. Lya says:
      12/10/2019 at 4:39 pm

      Seronok tgk anak2 happy dah dapat pakaian sekolah baru. Hari2 mm best ..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Sambal ikan bilis belimbing buluh
    Published on 2023-09-26 By Ana Jingga
  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming 27 September 2023 LS22
    Published on 2023-09-26 By Azhafizah MN
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE, MUDAH DAN SENANG
    Published on 2023-09-25 By Nadia Johari
  • Restoran Baharu Kawkki Korean Flaming Chicken Dibuka di IOI Mall Puchong
    Published on 2023-09-25 By Bro Framestone
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
December 2019
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Nov   Jan »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
December 2019
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Nov   Jan »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme