IKEA Cheras niat nak window shopping..tapi

Ehm.. bila mai je hujung minggu anak-anak dah tanya “ummi esok nak p mana?” huhuuu, makanya hujung minggu dalam otak belum dapat rehat dah kena pikir nak ke mana hari Sabtu. Jadi bangun pagi tu, lepas setlekan baju sekolah untuk 2020, terus siap dengan niat nak window shopping je kat IKEA Cheras dan beli hanger jeeerrr.. tapi. ehmm.. niat ke IKEA Cheras niat nak window shopping tapi…

Kami sampai dalam 1015pagi, orang tak ramai..heaven nak main kat sini. tak berebut.. suka tau kat playground sini, bersih. Lepas bagi peluh sikit, barulah kami teruskan adventure kat IKEA.

Masing-masing punya cita-cita, nampak tak..nak itu ini.. sedangkan kat rumah dah penuh barang. Kalau ada sekalipun set macam ni, susah juga belajar sorang-sorang kat bilik, risau terbabas ke lain, bukan bertambah fokus..hahaha

Cik Sarah bab demand no.1, ummi beli ni..ummi beli ni. Beli dan sarah takkan dapat dipisahkan..gituu!

Tingkat untuk barangan ‘dobi’

Jalan-jalan ternampak shelf ini. Tak ada plan nak beli, tapi dah nampak tu macam best… Cik Abang tengok je dulu.. tak comfirm nak beli pun lagi.. tapi…

Lepas dia tengok-tengok, akhirnya dia cakap, “B nak beli la rak tu”… yeayyy.. i okay je..dan hasilnya seperti kat bawah. Senang nak pasang , mudah di jaga.. i like.

akhirnya terbeli yang ni – susun sabun / bekas-bekas pencuci

Soft toy kat sini berbaloi..memang i suka..huhuu, tapi niat awal taknak shopping kan..jadi …tengok je lah..

Cik Sarah dan impian nak set katil macam ni..hehehe anak oi..beli yang kecil ni, tak sempat nak rosak, awak dah besar. Maka, guna saja katil besar dalam bilik yang sedia ada tau.

“do not sit” bukan do not lay… hahahah gitu..jadi dia pun baring sedap je..adik!!!

Plan mamak bertukar…

Konon nanti along tak makan nasi lapar. JADI plan asal nak makan kat mamak maju je…hehehe ‘Ejen Ali’..punya penangan. TAPI bila lalu je food court tu, adoi tak tahan la..jadi “ter berbaris dan terpilih” sekian yang dalam troli.. ehm..tang mana nak jimat tak pasti..tapi tak pa..abang sayang belanja..hehehe

Seronok bukan main anak-anak tau..daripada tak membeli akhirnya bukan hanger je beli..macam-maca terbeli. Dari tong sampah sampailah ke rak. Dari nak window shopping dah hangus beratus ringgit..hahahah bcannot brain kalau kata nak window shopping ni. Lain kali jangan masuk IKEA k… p je taman ke mana-mana yang tak ada tarikan.. lepas balik dari IKEA, terus rehat dan siap sedia untuk ke TV AL HIJRAH pada 22/12/2019 hahahaha sekian cerita weekends kami 21/12/2019 (Sabtu).

8 thoughts on “IKEA Cheras niat nak window shopping..tapi”

  1. best lah dekat dgn ikea.
    last weekend aida ke rumah kakak.
    niat d hati nak singgah jap ke ikea cheras tu.
    hmmmm bila adik-beradik dah berkumpul, mcm2 program.
    tak dpt lagi nak jengah ikea 🙂

  2. Kalau dah ada kat IKEA jgn mimpi disiang hari la tanak shopping Nani. Hahahaha . Nanti ada jer benda yang terberkenan di hati yang nak dibelinya. Pernah gak pegi mula2 tanak bli tanak beli last macam2 yang dibeli sbb rambang mata tgk . Hahahaha .. penangan IKEA mmg power giler ahhh.

  3. haha.. huda hari tu pun sama, konon budget sikit jer lah dalam 1 ratus jer nk habiskan.amik kau, 3 ratus habis..g ikea ni memang bahaya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge