Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
Daftar anak darjah 1

Daftar anak darjah 1 -trajedi baju sukan…

Posted on 12/30/201912/30/2019 by umminani

Throwback pada 26/12/2019 – Khamis lalu adalah hari pertama Angah dengan rasminya menyarungkan baju sekolah rendah. Baju sekolah yang kami beli di HARI-HARI tempohari, sesuai sepadan Angah. Daftar anak darjah 1 tahun ini, kami sekeluarga pergi support Angah.

Sampai sahaja di sekolah, kami semak nama di papan kenyataan. Sebab anak-anak akan terus berada dalam kelas. Syukur, walaupun sekolah ini ada dua kelas sahaja, Angah masih ditempatkan di kelas pertama -1 Bestari. Mungkin atas result semasa ujian kelayakan yang lepas. Semak nama Along pun sama, masih ditempatkan di kelas yang sama 4 Bestari.

Ikutkan Along ada exam penentuan kelas bagi darjah 4, tetapi cikgu maklum tak jadi buat. Sebab ada parents yang tak tahu , nanti risau sekolah dipersalahkan. So anak-anak akan kekal di kelas seperti tahun sebelumnya. Tiada pindahan kelas setakat ini.

Hari pertama ini orientasi sahaja. Jadi sempat bagi ANGAH biasa dengan keadaan di kantin. Nanti nak beli makanan dah tak kekok lagi.

So far, dia okay je..tak ada masalah. Boleh biasakan diri, tengok dari jauh behave sangat. HARAPAN besar Ummi adalah, lepas ni dah boleh urus diri sendiri sebaiknya.

Cikgu tengah pesan, bawa seluar dan baju spare , bagi minggu pertama sekolah. Dan kasut sekolah, apa-apa kelengkapan lain pun cikgu suruh tulis nama guna liquid paper. Comel je kan..tak per, faham , nanti kalau tak buat gitu cikgu juga yang pening dengan karenah anak-anak kecil ini.

Ambil feel nak sekolah juga

Adik dengan kakak masuk sekali dalam kelas. Memang kosong pun kat situ, so boleh la duduk sambil mewarna kad baru beli kat koperasi sekolah. Ehm, asalkan diam sudah!

GELAGAT mak ayah 🙂 Comel je kan.

Kos bayaran yuran sekolah 2020 – Daftar anak darjah 1

Ehm.. semua total Along dan Angah tahun 2020 – RM1513.00. Kos adalah termasuk dengan bayaran yuran makan selama 10 bulan bagi 2 orang, t-shirt dan lain-lain keperluan kecuali PIBG. Sebulan RM50.00 sahaja. Jimat- anak-anak hanya bawa ke sekolah RM3.00 seorang untuk sessi sekolah. Tengah hari sahaja sekolah sediakan makanan.

Rumah Kuning tak hebat!!

Drama bermula selepas tahu yang Angah rumah sukan KUNING. Sedangkan Along rumah sukan biru. Jadi adalah ejekan daripada abang, buat adik sentap. Ehm..ada ke belum apa-apa cakap rumah kuning tak kuat..adoi.

Demi memujuk anak-anak yang menangis dan penat, balik dari sekolah belanja ais cream Cornetto di Speedmart Ecohill.:) Selamat bersekolah bagi anak-anak dan juga guru-guru di seluruh MALAYSIA. SEKIAN

8 thoughts on “Daftar anak darjah 1 -trajedi baju sukan…”

  1. Siti Norhidanah Mohd Miswan says:
    12/30/2019 at 1:58 pm

    aduhai sian nya tengok airmata tuh… yg abang pun saja je mengusik…
    hehehhe

    Reply
    1. umminani says:
      12/30/2019 at 3:14 pm

      biasalah, abg kalau adik melalak lagi dia suka..rasa macam dunia dia memang besar..yang pening mak nya..hahaha

      Reply
  2. Mrs. A says:
    12/30/2019 at 4:52 pm

    Alahai… beria ha air mata jantan jatuh hahaha…

    Reply
    1. umminani says:
      12/30/2019 at 4:59 pm

      hahaha kan…isu rumah sukan tak sama je pun.

      Reply
  3. abuikhwan says:
    12/30/2019 at 11:12 pm

    Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Anak-anak mula masuk sekolah, satu p engalaman yang mahal harganya. Teringat sama apa yang pernah dilalui. Gembira dan teruja. Tapi kesian pulak tengok air mata yang tumpah tu..hehehe

    Reply
    1. umminani says:
      12/31/2019 at 12:09 am

      Waalaikumussalam. ya pengalaman sekali untuk seorang anak. Air mata tu bukti betapa struggle mereka satu ketika itu.. next time bila tengok semula, ianya satu memori indah

      Reply
  4. Dorsett Pink says:
    12/31/2019 at 2:06 am

    Kesian tengok Angah menangis. Kalau saya, mungkin dah bertukar hijau tengok abang menyakat adik tu. Hehe. UN boleh besabar baguslah, i salute u. . Apa pun, best of luck untuk Angah

    Reply
  5. Azhafizah says:
    01/01/2020 at 1:56 am

    Aduhaiii abangnya pun mengusik adik..Semoga angah behave hari hari berikutnya.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Sambal ikan bilis belimbing buluh
    Published on 2023-09-26 By Ana Jingga
  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming 27 September 2023 LS22
    Published on 2023-09-26 By Azhafizah MN
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE, MUDAH DAN SENANG
    Published on 2023-09-25 By Nadia Johari
  • Restoran Baharu Kawkki Korean Flaming Chicken Dibuka di IOI Mall Puchong
    Published on 2023-09-25 By Bro Framestone
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
December 2019
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Nov   Jan »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
December 2019
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Nov   Jan »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme