IKEA CHERAS TAK ADA SALES AKHIR TAHUN!

Hari ini ada kesempatan bawa mak dan anak-anak jalan-jalan IKEA Cheras. Mak cakap , kali ini mai rumah Ummi baru nampak jam…hahaha biasanya Ummi hanya tengok jam di henset. Tapi hari tu Mr Suami cakap, beli jer la jam kat IKEA senang nak tengok jam. Ummi pun iyerkan aje.

Dan lepas Mr Suami cakap gitu beberapa bulan lepas, kami off day kami jalan-jalan ke IKEA Cheras dan beli jam yang sedia ada di rumah. Seronok mak mai kali ini , ada jam banyak…hahaha orang tua ni kalau duk rumah anak-anak kerjanya tengok jam dan tunggu malam, mak sapa macam mak Ummi juga? Balik pasal jam, 4 biji jam yang RM5.90 tu mak borong, walaupun murah mak cakap tapi bagus tengok Ummi pakai.

Ini 2 hero dan 1 puteri Ummi. Wah seronok depa try kerusi malas ni sorang satu. Masing-masing pilih warna pilihan. Harga satu kerusi ini RM99.00. Maaf yer anak-anak , Ummi bukan tak nak beli tapi tak nak semakkan rumah kita. Maafkan Ummi..hehehe

katil anak perempuan
Ini tema warna pink , pastinya pilihan Cik Sarah
PERABOT IKEA
Set katil bilik anak lelaki dengan perabot IKEA

Ini pula masing-masing sibuk dengan katil idaman dan deco ini pula mengikut citarasa kanak-kanak. Suka depa kalau dapat sorang satu bilik macam ini.

perkara wajib travel
Hishh, nak juga adik penyepit ini. Ummi suka penyepit ini kos 1 set RM3.90 ,bagus untuk klip kerepek , nescafe atau apa-apa sahaja bungkusan yang dah dibuka. Sesuai untuk kegunaan masa travel juga.

IKEA CHERAS

Last sekali Ummi belanja mak dan anak-anak makan di IKEA. Ummi beli 1 set meatball yang 20 biji RM18.00 , 1 Set ayam panggang RM13.90 Sup dan 2 keping garlic bread RM3.90 . Okay la untuk mak mencuba dan bawa anak explore makan di IKEA. Mak cakap

“Ni sahaja yang orang makan, sedap tera mana tak tau!” haahaha , mak ini la orang sini suka mak. Tengok tu, orang beratur tak putus nak makan, meja penuh. Tak sedap orang tak mai mak..hahaha”

Tadi sebelum balik tanya mak :

Mak tak letih ka jalan jauh ni?

Dak aih , aku jalan takpa… tadi  dah minum kopi pegaga tu yang bertambah cergas.

Hahahah berdekah aku gelak, patut la… mak umur 64 pun kuat jalan , tak merungut pun lenguh.

Ini wishlist Ummi untuk nak letak set sabun dan pencuci. Nampak kukuh , hanya RM75.00. Ummi dah wassap Mr Suami dan dapat greenlight. Mr Suami memang suka kelengkapan rumah, apa-apa yang best selalunya dia dulu yang beli. Sekian jalan-jalan untuk hari ini. 🙂

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge