Tawaran masuk TV Al Hijrah
Umminani

Tawaran masuk TV Al Hijrah : segmen Teh Tarik.

Alhamdulillah. Pagi ini kami di TV Al Hijrah untuk segmen Teh Tarik, TV Al Hijrah sembang tentang anak-anak ke sekolah.  Mula-mula dapat wasap tu dah tengah malam, tanpa fikir panjang terus terima tawaran masuk TV Al Hijrah : segmen Teh Tarik.

Rezeki juga dapat masuk tv percuma kan.. dan paling excited sebab dapat share ilmu dengan parents lain kat luar sana.

Hari yang di nanti tiba juga

Bila dah setuju untuk ke sana pada hari Ahad tu, anak-anak pun teruja. Malam sebelumnya semua tidur awal, dan bangun dengan mudah sekali. Boleh bersiap hensem-hensem lagi. *Pentingnya mind setting pada anak-anak, sebelum sesuatu acara bermula.(gambar sebelum live di tv).

Tawaran masuk TV Al Hijrah : segmen Teh Tarik. Rezeki jumpa Dr Tengku Asmadi – founder JUZ30

Kami sampai sahaja di TV Al Hijrah, aku dah nampak sebuah kereta merah yang mana aku seakan kenal kelibat empunya kereta. Tekaan aku tidak meleset sama sekali bila yang turun dari kereta tersebut adalah Dr Tengku Asmadi iaitu founder JUZQ30. Aku dah berniaga produk Dr Tengku sejak 2013, dan memang tak dijangka kami jumpa disini.

Sempat kami bualkan pencapaian anak-anak Dr yang cemerlang. Serius aku memang sangat terinspirasi dengan cara Dr Tengku didik anak-anak beliau. Boleh kata 9 orang anak Dr Tengku berjaya. Terbaru ada yang masuk sekolah tengku Kursiah dan juga ada yang dapat straight A’s dalam peperiksaan 2019. Dr sempat berkongsi yang anak-anaknya memang amalkan 2 sachet JUZQ30 sebelum pergi ke kelas setiap hari. Proven sangat keberkesanan produk Dr bagi pelajar. Aku pun dah habis stok, nak kena beli untuk final exam ini.

Perkongsian di TV Al Hijrah 2019

Tadi untuk sessi live, aku sebenarnya tak prepare apa sangat, sebab memang program ini santai. Jadi dalam 3 blok tu, apa yang di sampaikan adalah berkaitan, ragam anak sekolah, home sick dan anak ke asrama. Terima kasih TV Al Hijrah jemput kami ke borak Teh Tarik. Bukan aku je yang excited, anak-anak pun teruja sama.

Bila aku ditanya tentang ragam anak sekolah, aku memang tak ada masalah sebelum ni, jadi tak dapat nak share kenapa anak-anak meragam. Setakat ini, anak-anak aku amat berdikari. Hantar sahaja ke sekolah pada hari orientasi dan hari pertama persekolahan sampai ke pintu pagar sekolah dan mereka terus berjalan sendirian. Mudah sangat. Syukur. Nak lihat perkongsian aku dan suami kat tv boleh tonton di youtube :

Terima kasih pada rakan-rakan yang menyokong

Tanpa rakan-rakan dan keluarga yang menyokong aku takkan berada di mana aku berada. Ya, pencapaian aku dengan berblog ini adalah kerana aku menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari. Disinilah yang memberikan aku semangat untuk terus menulis tanpa sekatan. Ahli KBBA9 jugalah yang sentiasa menceriakan hidup aku. Dalam group wassap dah macam bersembang dengan keluarga.

Penutup 2019 – tq TV Al Hijrah

Terima kasih pada ahli keluarga juga yang memahami tugas Ummi. tanpa mereka aku takkan dapat lakukan beberapa kerja pada satu masa. Tq Sayang dan anak-anak.

Terima kasih TV Al Hijrah jemput kami ke borak Teh Tarik. Menjadi jemputan di tv bukanlah impian aku pada tahun ini. Tapi rezeki dan peluang yang diberikan tidak akan aku sia-siakan. Memberi manfaat kepada ramai orang bukan sahaja dengan wang ringgit tetapi dengan perkongsian pengalaman juga adalah sedekah.

Tawaran masuk TV Al Hijrah & Throwback : masuk tv

Catatan ini agak panjang dan banyak gambar nak simpan sebagai kenangan. First time dapat invitation begini bersama keluarga, amat berbeza dengan shooting ketika NONA TV3

dan Tumit Tinggi , TV1

Semoga kita semua lebih berjaya pada masa akan datang. Terima kasih pada semua yang menyokong UN dalam apa juga bidang yang UN buat. Doakan saya dan keluarga juga. InsyaAllah ada rezeki aku nak buat sesuatu yang terbaik dalam hidup untuk sejagat. 🙂

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge