Naik pangkat dari Inspektor ke ASP ; rezeki tak diduga

naik pangkat Inspektor ke ASP

Bismillahirrahmanirrahim, Allah… lama ambil masa untuk catat kenangan yang sungguh mengembirakan disini. Kenapa disini, kerana blog kekal selagi hayat ada dan ada yang maintain blog ini. Syukur tahun 2020, genap usia aku 35 tahun. Sungguh aku syukur pada usia ini, lengkap hidup aku dengan kerjaya dan keluarga. Alhamdulillah. Nak jadi cerita, pada tanggal 23 September , waktu maghrib..wassap aku di hujani dengan kata ucapan tahniah atas kenaikkan pangkat. Aku naik pangkat dari Inspektor ke ASP …Allah, memang menangis berjam-jam dan sehari semalam tak dapat aku lupakan saat itu.

Kisahnya, pada 23 Sept, waktu tu maghrib, sebelum solat, anak-anak tengah hampar sejadah. Aku baca wassap Dr Naime, isteri bos lama aku ucap tahniah atas kenaikkan pangkat. Tetapi tak diduga langsung, aku pun tanya ” Apa ni Doktor, jangan main-main”.. aku pun solat, yer la selalu orang melawak kan, dan kalau keluar pengumuman pun hari Jumaat. Kisahntya 23 Sept lepas baru Rabu.

Aku pun buka wasap ex-media, wassap group tempat lama aku di Trafik Bukit Aman. Tempat paling aku sayang dan minat bekerja. Dan Cik Azim, anggota lama hantar esiar, memang tak buka la awalnya tu.. sebab group ni banyak melawak. Tapi hati rasa macam sesuatu sangat. Maka, beranikan diri…. gugup pun ada, terus tengok tajuk (tak baca pun) , search no badan sendiri, yer la takut dimain2 kan. Dan ada highlight..dup dap dup dap…Ya Allah , aku tak salah, nama aku! Dan di kedudukan no.8 pages terawal. Allah rezeki apa kau bagi aku ini… terus mengalir air mata.

Anak-anak nak pelik, “Ummi kenapa?” “Ummi naik pangkat ASP…” sambil mengalir air mata.. Anak-anak peluk… Ummi sama dengan abah ke…? masing-masing tanya dan depa faham ASP tu apa..sebab abah depa dah pakai. Allah ya…syukur.

Rezeki tak diduga , sebab tidak mengharap

Sungguh bila Allah dah tetapkan rezeki, dapat juga. Dan rezeki ini adalah bukan yang diduga. Saya kurang mengharap kerana masih ramai senior-senior dalam pasukan yang lebih banyak memberi dalam pasukan. Jika dibandingkan dengan saya, Allah…sesungguhnya dia lebih tahu. Syukur ya Allah. Sampaikan untuk nak bagi tahu berita gembira pun sebak,teresak-esak call suami, call kawan-kawan yang baik dengan aku. Aku share dengan kak la, Puan Ijan dan Kak Cat, rakan-rakan sekelas dengan aku. Memang tak diduga dapat. Speechless sangat. Aku masa lepas solat maghrib terus sujud syukur. Rezeki Allah hantar pada saat dia tahu sesuai, bukan pada saat kita minta dan tak ready untuk menerima. Allah..allah..Alhamdulillah.

INTERVIEW INSPEKTOR KE ASP ; naik pangkat Inspektor ke ASP
Masa ini sama-sama hadir untuk interview ; ujian komputer di Maktab Cheras, oleh sebab ini juga kena Double Kawad sebab tak lapor keluar tugas kepada Timbalan OCPD Kajang tahun 2019. Bukan tak lapor tapi masa mencemburui pada masa yang sama beliau pun ada kayuhan di sebuah tempat. 🙂 Pengalaman.

Setelah setahun lebih interview ( 15/7/2019) > https://bit.ly/2FWy66J , maka hari ini terjawab.https://bit.ly/33SnxtB (Fb) Syukur, alhamdulillah rezeki tak pernah salah. Saya doakan rakan2 lainnya juga dapat rezeki yang sama satu hari nanti. Tahniah sahabat2 yang sama-sama berjaya, syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. 😭Alhamdulillah.

naik pangkat Inspektor ke ASP
23 September 2020 dapat tahu , pakai ini pada 4/10/2020

Sungguh support kawan-kawan sangat baik, tidak kira wassap atau Facebook dan juiga di Instagram. Aku syukur Ya Allah, hadir insan sekeliling yang baik dan banyak membantu.

Maka, atas rezeki kurniaan Allah ini, aku sentiasa doa agar, Allah tempatkan aku di tempat yang sesuai, untuk agamaku, untuk keluarga ku dan juga kerjayaku, negara dan bangsaku. Allah, dialah sebaik-baik pengatur. InspektorMAMA dalam kenangan, tetapi aku akan terus bagi khidmat terbaik kepada masyarakat sekeliling. Aku hanya mampu jadi diri aku dalam pa juga keadaan. InsyAllah , terima kasih yang mendoakan setiap langkah kejayaan sehingga hari ini. Syukur usia 35 tahun aku bergelar ASP – kalau dalam perkhidmatan awam dalam kelas 44.

Kenangan kali pertama tukar appulate dr Insp ke ASP. Nanti kita upload the whole story kat youtube. 🥰 (actually nak sebut OC Officer in Charge tersebut CO. Lain makna tu) > Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang menghantar emoji 🥰 dan ucapan. 😭 maaf masih tak sempat reply satu persatu. Sangat menghargai setiap ucapan. Maaf andai tersilap bahasa juga. Beloved Runner : Muazam Nawawi🥰#InspektorMama dalam kenangan.

Naik pangkat Inspektor ke ASP bukanlah sesuatu yang membanggakan ; amanah yang harus aku pikul.

naik pangkat Inspektor ke ASP
Tahniah kepada rakan seperjuangan, yang sama-sama dapat kenaikan pangkat ini. Ga,bar tahun 2009

Syukur, aku bukan sesiapa, yang hanya mengharap setiap bantuan itu daripada Allah swt, dia maha memberi dan maha mengatur setiap satu kebaikkan dan yang memakbulkan doa. Sama-sama kita bersangka baik atas setiap rezeki yang Allah swt kurniakan kepada kita. Alhamdulillah . Terima kasih kepada semua yang menjadi supporter dan tulang belakang un – terutama suami tercinta dan mak serta anak-anak. Tanpa kalian naik pangkat Inspektor ke ASP bukanlah sesuatu yang membanggakan. Rezeki untuk kita semua. Doakan UN selepas ini habis belajar dapat berkhidmat di lokasi yang dekat dengan agama, keluarga dan kasih sayang Allah sentiasa mengiringi UN. tq

9 thoughts on “Naik pangkat dari Inspektor ke ASP ; rezeki tak diduga”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge