Sambung belajar diusia tua
UMCCED

Sambung belajar di usia tua …

Ini impian dan cita-cita aku selepas aku terpaksa berhenti degree pada tahun 2014 gitu..sedih tapi itulah kehidupan, tidak semua smooth jer kan. Ada cabaran yang aku harus lalui.. dan kini 2019, Allah swt gantikan semula kerugian aku masa lalu dengan tawaran belajar DESS UM 2019. Jadi aku sekarang sedang lalui , proses sambung belajar diusia tua.. ๐Ÿ™‚

Sambung belajar di usia tua ini ada kelebihan dan kelemahan. Okay aku just nak share apa kelebihan dan kelemahan yang aku alami. Mungkin tak sama dengan orang lain, tapi ini personal yang apa aku hadapi. Biasalah ada yang best dan mestilah pasangannya perkara yang diluar jangkaan.

Kelebihan sambung belajar di usia tua.

Sebelum tu, aku tahun ini 34 tahun. Bukanlah tua, namun aku sedar kawan-kawan aku diluar sana lebih maju kedepan. Ada yang bergelar Doktor PHD lagi. Hebat! Aku masih baru nak mulakan semula.

Kelebihan :

  • Pengalaman ambil kos Diploma ACCT di UiTM dan Degree separuh jalan buat aku lebih matang cara belajar. Cara study, ambil nota dan fokus pada kelas lebih baik.
  • Usia begini lebih matang dan pengalaman bekerja membuatkan setiap keputusan yang diambil lebih baik dan rasional.
  • Corak pemikiran lebih bertumpu dan cara pengasingan/ separation of emotion lebih baik.

Kelemahan :

Bawa melawat asrama ummi.
  • Keluarga dan anak-anak mestilah sanggup berkorban juga. Dan paling banyak bekorban merekalah. Ada kalanya, aku memang tak balik rumah demi menyiapkan task dan juga persediaan untuk ujian dan presentation.
  • Makan dan minum cukup untuk keluarga memenuhi keperluan bukan kehendak. (Nak makan sedap , aku bawa makan kat luar.)
  • Kena ada persediaan kewangan yang baik, walaupun belajar dengan sponsor daripada kerajaan, tetapi itu hanya melibatkan kos yuran, pengangkutan, makan minum dan asrama. Untuk tujuan pembelajaran, nota dan assignment, adalah kos sendiri.
  • Terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin, fokus dalam kelas amatlah penting. Saat dalam kelas adalah masa untuk buat nota sehabis baik, supaya bila sampai masa untuk exam dan ujian, hanya membaca nota yang ditulis. (kelas petang biasa mengantuk, kena struggle lebih ;).

Apapun untuk sambung belajar diusia tua ini kena ada support system yang baik. Malah kawan-kawan satu kumpulan belajar juga memainkan peranan penting. Masing-masing dah matang, kena elakkan mainan emosi dan juga pertelingkahan yang mungkin boleh memusnahkan emosi dan keseronokkan belajar.

Percanggahan pemikiran memang ada, cuma kena lebih bijak menyesuaikan diri dan juga boleh menilai mana lebih penting untuk diutamakan.

Next, dalam kerjaya seharian sebelum belajar kita dah banyak praktikal. Dan bila sambung belajar begini, penting untuk elakkan sikap pentingkan diri sendiri. HARUS pegang pada prinsip “dont kill your friend”. Mentally dan emosionally kena faham bahawa semua yang sambung belajar di usia tua ini dah ada kerja, cuma datnag belajar sebab nak tambahkan pengetahuan.

Jadi, kalau korang yang ada apa pun level pendidikan tu, pergilah sambung belajar. Pilih kos yang sesuai, bukan ikutan. Semoga apa pun yang dipilih bukan sahaja akan jadi sumber ekonomi, tetapi akan menaikkan taraf pemikiran dan juga kehidupan. InsyaAllah. Dont worry, sambung belajar diusia tua ini senang dan sangat enjoy. Percayalah..cabaran tu sikit je..tapi manisnya tu nanti ..woww sangat. ๐Ÿ™‚

2 Comments

  • Lya

    Alhamdulillah nani .. Tahniah dapat sambung belajar . Semoga nani terus maju ke hadapan insyaAllah. Kuatkan semangat okey. InsyaAllah anak2 boleh buat yg terbaik jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge