Food Menu Recipe,  Umminani

Cara buat capati tepung atta; untuk hidangan keluarga

Assalamualaikum. Kembali bersua di muka blog..ewah bukan muka buku okay. Ini oleh sebab kita masih dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat daripada wabak COVID19, maka selagi mampu cuba sehabis baik untuk masak dan makan makanan yang dimasak sendiri. Kali ini Un nak share cara buat capati guna tepung atta. Un bukan pakar okay, tapi ini cara UN.

Un first time

Ini first time buat , agak keras adunan. Its okay, cuba lebih baik dari tak mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Tepung atta, Garam dan air suam 250 gm. Kalau korang beli tepung yang sama macam ini, hati-hati kalau ikut menu kat bahagian belakang pakaging. Un mula-mula ikut resepi pada pakaging, huh memang tak jadi keras kejung. Sukatan air tak betul. So korang uli macam biasa sampai lembut. Biarkan doh tu seketika dalam sejam bagi sebati.

Cara buat capati tepung atta dan Cara Uli :

Cara nak uli senang sangat, buat bagi nipis dan kena pastikan tepung tu lembut, jangan keras. Kalau asal tepung tu keras kejung, maka hasilnya juga keras dan liat.

cara buat capati

UN guna kuali legend je..senang. Cuma kalau kat kedai ada kain yang digunakan untuk tekap pada roti supaya kembung. Ini pun kira okay la untuk makan bersama keluarga.

Tada inilah hasilnya yang dimakan bersama sambal sardin. Anak-anak suka, UN happy gituu..penat tau buat..kalau ada yang komplen memang sentap mak : ) Capati sekarang kalau makan di kedai cecah RM2.00 sekeping, dapat pua sardin kuah jer pun, sedangkan perlukan sedikit usaha boleh makan dengan puas dan mengenyangkan. Anak-anak Un dah besar, jadi memang Un lebih suka masak, jimat dan pada masa yang sama dapat buat sama-sama dengan anak-anak. Berbaloi dan makanan yang dihasilkan daripada air tangan ibu pasti lebih bersih suci dan dapat mengikat jiwa anak-anak dan suami, setujukan. So, andai ada masa jom kita buat sendiri. Melainkan kalau dah tak sempat sangat barulah kita usahakan membeli.

Selamat mencuba.

Resepi lain :

Resepi Roti Manis – Mat Gebu

Doh Pizza Guna Bahan Murah

Uli guna Breadmaker Rusell Taylors

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge