Assalamualaikum, hari inidah lebih sebulan kita melalui PKP Covid 19. Dan dalam tempoh ni, UN memang suri rumah sepenuh masa.Masa inilah juga nak test skill masak. Permintaan anak-anak nak makan pizza homemade dan roti, jadi mula-mula buat dengan cara tradisional. Jadi juga sebenarnya, tetapi nak mudah, tengok-tengok husband offer untuk belikan pekakas elektrik. So, UN terbeli 3 pekakas baru daripada Rusell Taylors. Kali ini nak share pengalaman guna Rusell Taylors Bread Maker – Roti Homemade Gebu.


Harga UN dapat RM399.99. So far in bajet. Dan masa UN try pun sangat puas hati. Tak sangka juga hasilnya berjaya 🙂 Ingatkan kecil je barang nya, rupanya besar juga. So kena ada space untuk letak supaya daput pun nampak kemas dan selesa.
Resepi Roti Gebu guna Rusell Taylors Bread Maker


Resepi roti Homemade :
Bahan-bahan :
500gm tepung high protein
1 tsp garam
2 tsp yis kering
1 sudu besar mentega
2 sudu besar gula
180ml air
Cara buat roti homemade guna Rusell Taylors Bread Maker senang je, campak je semua dalam bekas, lepas tu pilih menu dan tunggu siap. UN pilih menu ‘Quick’ 2 jam, 500gm untuk 1 roti yang kali pertama Un buat.

Tada, ini dia hasil yang pertama untuk hidangan suami. Cewahhh..tq sayang, kalau you baca blog i:) So, korang kalau ada hajat nak buat sendiri boleh beli brand sama, cuma…semalam try macam bising sikit..nanti try lagi. 🙂 Nanti un ada masa UN share buat capati dengan mesin ini okay . Nak tengok resepi lain , rajin-rajin tengok instagram UN : #UNMASAK
Un bukan pakar, tapi boleh sekadar nak masak untuk keluarga. Hehehe simple dan sihat gitu : ) Semoga terus istiqamah untuk masak ..gitu … 🙂 bye.. Breadmaker untuk new bies baca disini, saya dah ada 2 yeayy, alhamdulillah. Beli tau! Tapi you survey harga tau, harga keep changes … semoga dapat harga yang murah… 🙂
best nya ada breadmaker! boleh buat donat jugak kan!
boleh dah masuk wishlist ni. senang nak buat resepi mcm2 lepas ni
ya…sholud include dalam wishlist 🙂
Dah x payh beli roti kat luar kan..
ya betul, lagi pula kos murah 500gm tepung boleh dah 20biji gitu,sesuai utk anak2 kecil macam saya
wow! macam best jer gajet ni. saya nak beli tapi malas nak menroti. huhu
gajet paling senang… campak2 siap 🙂
kena rajin buat roti sendiri sbb Gardenia pun ada waktunya sukar diperolehi.
abam kie, ya..lagi pula anak2 suka..dan boleh buat pelbagai.
Dulu dana ada jugak BM ini, sempat juga masak beberapa jenis roti dengan BM ini sebelum rosak dek kerana lama sangat duduk dalam kotak. Macam2 boleh buat dengan BM ini kak
ya ka..berapa lama Dana pakai? tahan tak untuk jangka masa panjang?
Menarik pula, sebab tak pernah terfikir pula nak guna bread maker sebelum ini.
cik lagi pakar daripada saya..saya beginnner ginilah 🙂
Best tu dapat bread maker. Senang boleh meroti anytime. Cantik kejadian rotinya tu
alhamdulillah ada masa boleh meroti.
I was confused about getting one. They way that you proved that they are convenient to have has convinced me to get one 🙂 I really appreciate it.
thanks, happy cooking.