pulut durian di kajang semenyih

Semalam Un teringin sangat nak jamah pulut durian. Oleh sebab tak sempat nak mencari durian, maka beli lah set yang dah siap dimasak. Aku beli pulut durian di Kajang/ Semenyih ni secara online sahaja.

Photo kedua : Aku dapat durian keras. Maka, aku cakap (dalam wassap la),  dengan penjual  dengan hati rasa macam nak marah sebab seolah-olah ditipu. Aku tanya dia , ” Sis memang jual pakej pulut dengan durian keras ke?”…kasar bunyinya kan.

Durian yang diganti pada hari kedua.

Jadi, si penjual cakap nak ganti 1. Aku serba salah nak terima walaupun 1. Tapi dah bayar,maka aku setuju untuk dia ganti 1.

Lepas tu hari ini ( 4/5/2020) , dia buat aku sebak weh. Dia gantikan aku 3 pek. Katanya dia nak berkat dalam cari rezeki, dia salah mungkin sebab tak check kualiti Durian tu. Aku pula serba salah, sebab dia belanja 3 pek tu.

Bila aku tanya kawan-kawan, PakYa a.k.a PapaAmyzal cadangkan untuk hilangkan rasa bersalah, nanti order lagi untuk bayar semula nilai yang.dia sedekah. Gitulah lebih kurang kaedahnya.

Apapun rezeki Allah swt luas sangat. sebab, semalam jiran belanja nasi ayam 3 pek dekat aku. MasyaAllah, semua tu tak ku jangka. Sebab katanya, dia dah order nasi ayam, pada masa yang sama laki dia pun beli nasi untuk anak-anak yang kat rumah. Maka, rezeki berlebihan tu, Kak Ayu bagi pada kami. Jadi, aku pun kongsikan rezeki pulut durian tu dengan Kak Ayu pula.

Kejadian sehari sebelum pula, ada anggota batalion 19 ,Haiqal namanya. dia kata dia memang baiki aircond. Jadi sebab mau bantu dia, suami pun call la dia untuk baiki aircond, jika sebelum ni aku hanya percayakan kedai Cina yang biasa aku buat. Atas niat suci kami pun buat dengan anggota ni. Tapi malangnya, dia kata aircond inverter tak bagus, susah baiki, aku dah semacam dah. Tak sehaluan apa aku pikir dengan laki aku sendiri pikir. Maka, dia kata ada part nak kena tukar…okay agree je laa, ingatkan dia bagus. Tapi lepas dia balik, aku geram la…aircond panas, tak ada kesan pun nak sejuk, atau ada perubahan daripada sebelumnya. Dah la part pe

Aku jenis tak sabar, jadi aku call la Chong, yang selalu service aircond lat rumah aku. Chong buat chemical service, dalam sejam setle. Sejuk gedi lepas tu tau. Tak tak berkuap la kami dalam rumah. Aku apa lagi, terus la bagi tau laki aku.. geram!

“B, bagitau dia, jangan jejak lagi rumah ni!” Geram!

Sampai laki aku cakap, tu la kalau dah marah orang..muka tak mau tengok hahahahaa…

Tapi aku tak minta balik bayaran yang dah bagi. Mungkin melalui penipuan dia, dia sebenarnya perlukan duit. HUSNUZON!

Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, walaupun cara dia dapatkan bukan dengan cara yang betul. Yakin dengan rezeki Allah.. dia beri dia ambil…semua berbalik kepada Allah swt.

9 thoughts on “Kisah Penjual Pulut Durian”
  1. Betul tu, dalam rezeki kte ad rezeki org lain. Cuma ada kalanya terkurang kat mana2 tapi lebih pun tak mana2

  2. Syukur, Rezeki pelbagai bentuk datangnya.
    Sesekali diberi lebih mungkin untuk dikongsi pada yang lain tanpa kita sedari. Alhamdulillah…

  3. Saya pun kalau jd perkara mcm UN alami mmg cepat rasa marah. Sebab kita bayarkan.. niat nk tolong tp tulah semuanya berbalik pada rezeki Allah.

    1. Bab durian tu bgus dia na cari rezeki dengan berkat. Bgus peniaga macam tu. Smeog diabterus murah rezkei. Yang aircond tu husnozon tapi lepa sni takyah panggil lagi.. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *