Cafe untuk instagrammers di KL ; Cafe Kleptokrat sedia makanan sedap & port bergambar lawa-lawa

CAFE UNTUK INSTAGRAMMERS

Bosan dengan menu yang sama hari-hari? Dan tak tahu nak makan apa yang menyelerakan? Samalah kita, asyik-asyik nasi. Itu je yang mudah. Kalau ya pun fast food yang memang dah kerap makan. Dan ini nak share lah, alang-alang kami dah pergi kan..benda baik kena kongsikan, gituuuu! Kami dah jumpa Cafe untuk instagrammers di KL. Boleh OOTD , shooting dan makan sedap-sedap kat sini. Mana sangka kedai yang tampak biasa sahaja daripada luaran, tetapi sediakan makanan yang superb sedap! Bak kata orang putih, ” Dont Judge Books by its cover!!”.

Kemana hujung minggu atau cuti sekolah ? >> disini pun best

Menu sedap di Cafe Kleptokrat

Nasi ayam @ namanya Rice Bowl (Edamame, Pickled Vegetables, Braised Radish, Egg and Miso Soup) + Chicken Teriyaki and Sweet Onion. Rm19 – antara yang best kat sini. Ayam teriyaki memang sedap. 

Kalau datang sini, wajib try nasi ini, sedap sangat, terutamanya ayam @ Chicken Teriyaki . Ayam sahaja dah buat kenyang sebenarnya. Syukur. Ingat wajib try!

Harga promosi untuk makan di Cafe Kleptokrat :

Selain daripada harga makanan, makanan yang disajikan pun memang sedap dan rasanya lain daripada yang lain. Susah nak explain bab keenakkan makanan disini. Ada beza dengan makanan kat tempat lain.

Promo – sehingga  15 August 20% 
Kalau ambil gmbar – 10% (masukkan di sosial media dapat extra 10% off. Jimat, total boleh dapat 30% off. 

Very special pizza. Mana ada jumpa kat tempat lain pizza sedap dan fresh begini. Dibuat menggunakan Sourdough , homemade gitu. Rugi tak try.

Ofkos, nak makan kena ambil gambar dahulu. Gini la perangai kan..tak habis-habis bergambar. Anak-anak dan suami kena tunggu dulu sebelum nak makan. hehehe mujur family i faham minat i tau.

Jemu dengan nasi, kami order Grilled Cheese Rm16 – Cheddar cheese, caramelised onion, sliced tomato. Cheesy sangat.. sedap makan masa panas-panas. + LongBlack Coffee.

Ini Kleptokrat Big Breakfast , ada Sourdough toast, green salad, cherry tomato, sous vide egg, butter, homemade jam, smoked salmon, capers.

Note : Actuallykan…. kannn..kan.. hari ini (masa hari pergi cafe) misrable sikit. Nak celebrate birthday suami, birthday dia 23/7 hari tu.

Psst nak.sambung kepoci… kan cakap banyak port bergambar. Banyak port lawa-lawa. Inilah antaranya… best weh!!! Design lama, bangunan lama dan semua deco dalam ni ala-ala 70an gitu. Memang best untuk bergambar dan berehat .

Disini bukan je makan sedap-sedap…tapi tempat.yang sangat lawa untuk #instagramers shoot gambar. Banyak port lawa-lawa. Korang tengok gambar kat atas tu, pernah jumpa tak semua barang-barang tu? Un masih ingat lagi, zaman un tengok tu masa sekolah rendah. Bedak nyonya pun ada lagi zaman tu lebih kurang tahun 1995 gitu.

Konon nak pakai lelawa…lahhh.. pakai shawl..pusing sana pusing sini.. tengok jam dah makan masa 15minit. Ehmm…cannot go!! Last-last buka almari >> tudung sarung juga yang dirembat. Hampa nampak ka….tudung tu 1001 kedutan?? Aku lahhh… biar kedut asal pada bahagian muka nampak confiden. Gitu.. Last-last yang kedut seribu ini menemani hari ku dari pagi sampai nak masuk maghrib.Orang lain banyak peel macam aku dak??? 

Cafe untuk instagrammers di KL : inilah yang UN maksudkan

Sini banyak tempat lawa dan cantik untuk ambil gambar dan OOTD. Tapi UN penat dah nak posing. Siapa yang nak sangat gambar lawa dan berseni ditemani background lawa – boleh ke Cafe ini . Cafe ini adalah Cafe untuk instagrammers di KL, boleh bergambar dengan background lawa dan berseni sangat.

Psst : ni kat @cafe_kleptokrat juga. Kat bahagian depan kedai macam biasa je, tapi kat dalam best. Otw nak naik ke bahagian atas, ada lorong yang korang akan lalu. Mural pun lawa-lawa, jadilah untuk nak posing 1 atau 2 keping gambar OOTD.

Bab keselamatan dan kebersihan jangan risau. Ada toilet dan ada sinki untuk cuci tangan dan untuk urusan apa-apa berkaitan. Kita kan kena kerap cuci tangan, jadi amalkan selalu bila dah terpegang pelbagai benda, terus cuci bersih-bersih. #Kitajagakita.

Promo – sehingga  15 August 20% 
Kalau ambil gmbar – 10% (masukkan di sosial media dapat extra 10% off. Jimat, total boleh dapat 30% off. 

Cafe ini pun tengah buat promo, boleh datang makan dan jagan lupa penuhkan bateri telefon. Pastinya banyak gambar nak shoot disini. Buat kenangan, tambahan lagi jika makan dengan orang yang tersayang. Okay, kami dah kesini, awak bila lagi.. apa-apa pun boleh cari mereka di Instagram  @cafe_kleptokrat . Bye, jumpa next destinasi untuk makan dan jalan-jalan.

3 thoughts on “Cafe untuk instagrammers di KL ; Cafe Kleptokrat sedia makanan sedap & port bergambar lawa-lawa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge