Kali ini percutian Ummi dengan keluarga ke Cameron Highland bukan sahaja kecoh tapi penat dengan anak-anak. Yer la, dulu masa datang sini , anak baru seorang . Tapi kini dah 4 orang. Ada sahaja kerenah depa nak Ummi dengan abah turuti. Sebabkan Cameron Highland ini terkenal dengan Strawberry, maka Ummi la pandai berjanji dengan Angah pergi sana nak petik sendiri Strawberry.Penat berjalan di Cameron Lavender tak habis lagi, kami sambung petik strawberi di sini.

Sampai je kat Cameron kami pun cari la ladang strawberry untuk petik buah yang masak. Satu-satu kami singgah, buah dah tak ada! Bukan sebab disini dah pupus buah Strawberry tapi sebab dari awal cuti sekolah ramai pelancong yang datang, maka buah-buah ini dah masuk ke perut ramai orang!! Geram jer rasa!

Kami pun pergi ke Ladang Teh untuk menikmati suasana Ladang Teh yang menghijau. Dan malam pertama kami hanya lepas di Cameron Square sahaja. Di sini sesuai untuk duduk dan menikmati suasana yang sejuk serta tenang.

Petik Strawberry dan Beli mana baloi?

Sebabkan Angah ini jenis yang kena ikut apa kehendak dia, Ummi dengan Abah terpaksa juga cari Ladang Strawberry untuk anak. Sebelum balik , kami singgah di Ladang Strawberry depan jalan masuk ke Copthorne. Alamak lupa snap nama ladang tu. Maaf la, sebab masa ini dah penat lepas berjalan ke Cameron Lavender.

Kos untuk masuk dan petik RM30.00 untuk 500gm sahaja. Kalau terlebih pungut kena la bayar lebih. Ummi pandai pulak bajet, 500 gm cukup sebekas yang diberikan dan kena tambah RM1.00 sahaja . Makna terlebih berat sikit jer. Hish, itupun tak boleh free kan!

Nak pungut kena gunakan gunting, dan gunting tangkai. Anak-anak ini suka explore, dapat petik sikit pun depa dah puas hati sangat. Ummi geram tengok buah-buahan di ladang ini merah belaka. Disini akhirnya dapat petik, setelah 2 tempat masa hari pertama kami singgah semua dah tak ada buah.

Kalau la Ummi tak turut kehendak anak-anak, ketidak puasan hati itu akan berbunyi sehingga lah beberapa minggu, jadi benda baik Ummi turuti juga!.

Balik dari petik disini, kami singgah sekali lagi untuk beli bekal untuk mama dan bekal bawa balik ke rumah. Ummi pilih SCorner juga untuk membeli. Disini selesa dan tak crowded. Selesa dan harga juga berbaloi.

Lepas membeli , kami teruskan perjalanan balik , mak pening dan muntah masa turun.  Jadi kami pilih untuk singgah lunch di Restoran Melayu di Tapah sebelum naik highway. Nasi Ayam disini sedap. Nanti nak bercuti lagi ke sini, tapi tunggu anak-anak besar sikit. Lebih selesa insyaAllah.

6 thoughts on “Janji Ummi nak petik Strawberry, kena juga di turuti !!”
  1. hehe.. bestnya. ktorg hr tu kt strawberry farm korea tu, xde buah pun nak petik. macam muda2 je lagi. tp nsb dpt mkn free gak sebekas. puas hati klu leh mkn terus kt ladang stoberi cameron ni. balik umah kang masam.

    1. yer betul tu, ni pun jam masa depan Castus Valley… tapi tak lama sangat jem..kira okay lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *