Malam pertama kami ke Cameron, lepas dinner kami solat maghrib dan isyak dulu.
Sebab Ummi tak berapa minat nak bawa budak-budak ini jalan ke pasar malam atau downtown depan IPD Cameron Highland ni, maka Ummi pilih untuk berehat dan menikmati suasana di Cameron Square.
Kami jalan ke Cameron Play Land. Sini sesuai untuk hiburan anak-anak. Ummi tak layan anak-anak bermain disini, biasa sahaja mainannya.
Nak main betul-betul bole ke Genting Highland. Disini layan mata sahaja. Mainan disini ikut kepala, dari RM5-RM6 bagi 1 permainan/person. Jadi, kami pun pilih untuk duduk dan rehat di depan Cameron Square.
Old Town White Coffee di Cameron Square Lokasi “Lepak Best”
Lepas tu, nak lebih sedap duduk dan berehat, kami minum air di Old Town White Coffee. Anak-anak Ummi layan smoothie seorang segelas.
Seronok la depa, dapat sorang satu lagi. Bukan selalu Ummi belanja air mahal ini untuk depa.
Sambil minum, inilah masa Ummi sembang dengan anak-anak dan nasihat depa. Ayat Ummi selalu ulang “nak sesuatu cepat atau lambat , anak-anak Ummi pasti dapat. Jadi kena berkelakuan baik-baik. Rajin solat dan baca buku.” Sampaikan depa dah boleh hafal ayat Ummi.
Bila dalam kereta, Ummi selalu tanya “Nanti sampai rumah buat apa dulu?” Along dengan Angah cepat jer jawab “Mandi dan solat Ummi!”.
Bagi Ummi nampak macam pesanan biasa, tapi inilah fokus kehidupan yang Ummi nak terapkan dalam kehidupan mereka setiap hari.
Okay, lepas kami duduk minum di Old Town White Coffee kami terus ke Tanah Rata. Disini semua anak-anak dah lena dalam kereta. Ummi dengan Mr Suami sahaja yang masih segar. Kami duduk sebentar kat luar kereta di dataran berdepan dengan Terminal Freesia.
Menikmati malam bersama suami paling menyeronokkan. Rasa release kepala otak ini seketika. Lagi best kalau bangun malam bersama untuk tahajjud. So, plan akan datang nak bilik lebih besar untuk bersama keluarga di sini. Rasa macam nak booking apartment pula, nak feel macam menetap disini dengan masak-memasak. Selesai malam pertama di Cameron Highland tahun 2016. Esokknya kami ke Cameron Lavender.
Seronoknya dpt bermalam di cameron highlands.. dgn husband pulak tu… tentu rasa macam pergi honey moon kan? 😉