Yamaha T-Max – Skuter sports
Kegilaan terhadap motor tak dapat nak di nafikan lagi. Duduk di KL ini bosan asyik dengan jalan yang sesak boleh menyebabkan bosan. Jadi pilihan Ummi adalah dengan menunggang motorsikal. Sekarang ini hanya dengan SYM VTS 200. Itupun kalau nak ikutkan kelajuan , memang tak laju cuma selesa sahaja. Semalam ternaik YAMAHA TMAX 530 di Booth Bike Nation . Serius teruja dan best ooooo!
Spesifikasi Yamaha TMax
Enjin: 530cc, dua silinder sebaris, empat strok, penyejukan cecair, DOHC, empat injap
Transmisi: Automatik CVT, V-Belt
Kuasa maksimum: 46hp @ 6,750rpm
Tork maksimum: 52.3Nm @ 5,250rpm
Ciri keselamatan: Brek ABS, brek parkir
Berat: 221kg
Kapasiti tangki: 15 liter
Harga: Sekitar RM65,000
Tempat duduk utama cukup lebar dan mempunyai bahagian sokongan belakang. Ini kalau di tambah dengan box belakang lagi..huh.. dapat bayangkan betapa layanzz naik motor ini.. Doa-doa nak juga satu hari nanti. Mesti jalan jauh pun tak terasa.. Ummi memang suka motor, kalau nak cerita pasal kereta ehm… boleh la tapi untuk naik bersama keluarga.
Exzosnya fuh! Mengancam ..ini belum start dan press! Yang bestnya sistem brek adalah menggunakan syatem brek ABS. Lebih selamat ketika hujan dan menarik.
Honda ini 2nd dream la..heheh tak salah nak berimpian. Yang pasti memang best gila! Doa-doa yer Ummi dapat TMAX satu.