taman bunga lavender cameronPotrait kenangan bersama keluarga tersayang. Macam-macam aksi anak-anak Ummi

Tiket Masuk ke Cameron Lavender

Hari kedua percutian kami , kami pilih untuk ke Cameron Lavender. Ini semua sebab hasil google Ummi dapati lokasi ini salah satu tarikan utama di sini. Masa ke sini dulu  Cameron Lavender masih belum wujud. Masa tu hanya pergi Rose Valley. Tiket masuk RM8.00 bagi dewasa dan RM5 bagi anak-anak 5 tahun keatas. Semalam kami lepak di Old Town White Coffee di Cameron Square, best juga sejuk.

Ada di jual ice cream lavender RM6.00 satu. Ummi tak beli pun, aklau beli satu mana lah nak cukup, rombongan Ummi kan ramai. Untuk anak-anak depa hanya tau ice-cream, jadi belanja depa ice-cream biasa dah cukup. Nilai lavender tu depa tak dapat nak cerita lagi.

Sini ramai orang ambil gambar nak masuk semata-mata untuk ambil gambar sahaja. Lavender ada pelbagai jenis, nak lebih tahu kena jalan sorang-sorang dan slow-slow..maafkan daku sekali lagi, tak dapat nak cerita jenis-jenis bunga lavender yang ada disini.

Nak naik  ke atas wajib la berjalan, kalau nak bawa orang tua yang pakai wheel chair boleh cuma kena tolak sedikit untuk naik.

taman bunga lavender cameron
Potrait kenangan bersama keluarga tersayang. Macam-macam aksi anak-anak Ummi

Di bahagian atas ini ada bunga-bunga daisy dan ada tempat untuk bergambar sahaja.

Sesuai untuk yang suka bergambar, nak bagi rating tu dalam 3/5 sahaja. Kali kedua mungkin dah tak masuk kesini, sebab kalau dah kali ke dua dah bosan, tengok bunga yang sama, bukan boleh sentuh mahupun petik. Sekadar bergambar sahaja.

Artikel berkaitan :

Petik Strawberi di Cameron

Ladang Teh Di Cameron Highland

Rose Cinta dari Suami

Ummi dapat Rose Cinta dari Suami. Hehehe bila uols last dapat bunga? Ummi last dapat hadiah bunga hidup ini tahun 2009 kot.

Sebab Mr Suami cakap , bunga buat apa bagi layu jer! Baik bagi benda lain, tu sebab birthday pun dapat Ice-cream jer. Ummi tak minta mahal-mahal pada hari-hari istimewa Ummi, biar murah asalkan memang niat suami nak bagi. Sebab hari tak istimewa dah dapat hadiah mahal!

Eh..masa dapat ini, rasa nak menitis air mata juga lol! Memang aura bunga betul lah! Thank you sayang, I love you too.

Galeri Gambar Di Cameron Lavender

Waze : Cameron Lavender Taman Tringkap, 39100 Brinchang, Pahang, Malaysia

One thought on “Cameron Lavender – Mata tak puas memandang!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *