Ummi suka aktiviti lasak. Dan sebab tu Ummi sendiri jarang hadkan anak-anak daripada ikuti sebarang program yang melibatkan alam dan tanah. Waima, balik kampung sekali pun, kau nak main tanah, nak main masak-masak dengan anak-anak orang menyewa Ummi biarkan jer.
Ada orang kata, biar anak main tanah kuman..bahaya! Eh..Ummi dulu siap main selut bagai alhamdulillah selamat sampai hari ini. Nak main apa pun main lah, asalkan lepas tu mandi dengan bersih.
Kalau bawa anak-anak pergi pameran ke , atau apa juga aktiviti memang Ummi biar jer depa nak cuba. Selagi tak bahayakan nyawa. Ala, kita dulu zaman 80an main lagi teruk dari sekarang. Mainan semua luar rumah, okay jer.. jadi patut ke bila sampai masa anak-anak kita nak kongkong depa?
Masa kecil ini la nak bentuk jiwa anak. Kalau kita manjakan sangat dengan anak-anak ini risau depa tak boleh nak hadapi dunia nyata. Dan sebenarnya bagus untuk anak teroka alam, main tanah, main pasir…kan otak depa berfungsi tu..sebab tu nak main. Gajet semua tu , kalau boleh elakkan secara berpanjangan. Ummi bagi juga anak-anak main gajet..tapi ada masa. Kalau sejam, sejam tu lah untuk tengok youtube dan sebagainya. Nak download games?? Jangan harap… Hahahah Sorry anak!!
Mak ayah lain cuba kongsikan pengalaman…boleh ke biar anak main tanah dan teroka alam?
Zaman kita dulu kecil2 main aktiviti luar rumah.. main dalam semak, atas pokok, dalam parit.. semua ada..
Tapi zaman dulu tak byk berita anak2 kena culik.. tak mcm zaman sekarang. Byk berita yg cukup menakutkan..