Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Keluarga bahagia punca dari ayah yang berjaya?Setuju?

Posted on 12/23/201612/23/2016 by umminani

Bukan mudah nak jadi ibu dan ayah yang hebat. Namun begitu bukan susah juga nak jadi ayah yang hebat. Dalam keluarga kecil Ummi ada 3 anak lelaki yang Ummi dengan suami perlu berikan lebih perhatian. Bagaimana nak capai keluarga bahagia?

Gabungan 3 keluarga, Ezza Azlan dan Shiqeen Sattar

Abah…panggilan anak kepada suami. Begitu besar pengorbanan yang kadang tanpa Ummi sendiri sedari. Dulu mudah bil adanya bibik, segala kerja rumah urusan bibik. Namun, bila bibik dah balik ke Medan kami terpaksa melakukan sendiri.

Urusan rumah, urusan siapa? Isteri atau suami?

Ya, lelaki kurang bercakap dan bersembang kosong! Ummi akui..dan suami pula bukan jenis yang suka buang masa begitu sahaja. Setiap masa pasti akan digunakan untuk perkara yang terisi. Ummi? Balik kerja, terus ke dapur dan persiapkan makanan untuk anak-anak sebelum di ambil dari rumah pengasuh.

Siapa yang lakukan kerja rumah? Maaf, bukan Ummi ! Ummi punya masa yang agak limited. Dari cuci baju sehinggalah sidai dan lipat , mengemas bilik dan satu rumah kerja suami. Bukan malas, tapi suami rajin sebab kasihan Ummi yang kena melayan anak-anak makan, cuci najis dan sebagainya.

Bukan mudah untuk kami uruskan 4 orang anak dalam satu masa. Ya, nampak mudah tapi perlukan pengorbanan dan kerjasama.

Personaliti 4 beradik dalam satu keluarga bahagia

Bab anak, dari usia 6 tahun , 4 tahun , 2 tahun dan 9 bulan. 3 lelaki dan 1 perempuan . Mereka tak susah nak dididik. Paling mudah  di akui , yang perempuan. Cik Sarah mudah di lentur , mudah di suruh dan di ajar. Tapi garangnya, macam Ummi.

Along. mudah disuruh. Hati kapas dan banyak mengalah dengan adik-adik. Biarkan kadangkala terpaksa beri hak sendiri untuk adik-adik. Banyak pengorbanan anak sulung. Terima kasih Along.

Angah, seorang yang manja dan pandai mengambil kesempatan. Selagi Ummi dengan abah tak hiraukan dia ada sahaja perilaku yang bakal di provok. Namun, sebabkan dia manja  ada teknik yang abah mereka gunakan untuk pancing hati .

Adik, wajah mewarisi angah. Sikap masih belum nampak lagi kearah mana. Pastinya yang bongsu Ummi dan abah didik semuanya sama.

Bagaimana Suami ku mendidik anak?

Peluk dan solat bersama-

View this post on Instagram

A post shared by Muazam Nawawi (@muazamnawawi)

Setiap hari adlah hari yang sibuk bagi abah. Tapi waktu maghrib dan isyak bukan lagi waktu sibuk. Malah waktu ini, jika kita segerakan solat, masa akan dirasakan lebih panjang. Sebab itulah, kebiasaannya suami akan ajak anak-anak solat, baca quran dan lepas solat semua orang wajib duduk, doa, bersalaman dan solat. Nampak ringkas tapi inilah yang  menghasilkan anak yang baik budi pekerti.

Pukulan –

Ya tak dapat dinafikan mereka ada menerima pukulan. Tetapi masih menurut pertimbangan sewajarnya . Ketika Islam memutuskan bahawa pukulan adalah cara terbaik mendidik anak, sesungguhnya pukulan ini adalah tidak berlebih-lebih.

Bersantai bersama-

View this post on Instagram

A post shared by Muazam Nawawi (@muazamnawawi)

Ketika hujung minggu adalah masa sesuai untuk bermain dan bersantai bersama. Adakalanya , ayah yang rapat dengan anak akan menjadikan anak lebih dengar kata dan juga berkelakuan baik.

Bawa ke rumah teman atau majlis

View this post on Instagram

A post shared by Muazam Nawawi (@muazamnawawi)

Di saat anak-anak sedang membesar, anak-anak kerap kali dibawa ke majlis bertemu dengan rakan Ummi dan Abah. Pada masa yang sama, mereka di ajarkan untuk memehami akan keperluan mencari teman yang baik dan persekitaran yang baik .

Ini penting untuk anak-anak faham betapa mereka perlu menjadi baik dan berada dalam kelompok kawan-kawan yang baik demi kejayaan masa depan mereka.

Hadiah sebagai ganjaran-

View this post on Instagram

A post shared by Muazam Nawawi (@muazamnawawi)

Oleh sebab dari awal anak-anak tidak dibiasakan dengan mainan, maka mereka hanya dpaat mainan atau apa juga kehendak mereka selepas melalui satu-satu fasa kejayaan. Untuk capai kejayaan  kenalah berusaha. Maka, hadiah yang diimpikan akan jadi kenyataan takkala mereka telah bersedia.

Bukan mudah untuk didik anak lelaki seramai 3 orang dan 1 anak perempuan. Namun, ada orang hebat berjaya didik 9  dan 10 anak kenapa kita yang anak sikit tak boleh… jadi semuanya bergantung kepada nawaitu dan juga iltizam kita . Apa kita nak anak kita jadi 10tahun akan datang  adalah apa yang kita rancangkan pada masa kini. Jom lebihkan doa untuk anak-anak.

 

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Siaran Langsung PSM MAKASSAR vs SABAH Live Streaming Score Piala AFC 2023
    Published on 2023-10-04 By Azhafizah MN
  • Murah-murahnya petai kat Sungkai
    Published on 2023-10-04 By Ana Jingga
  • 8 Khasiat Butterhead Lettuce Ramai Tak Tahu
    Published on 2023-10-04 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Mencari Prebiotik ? Aku syorkan Manna dan Tayebat !
    Published on 2023-10-04 By Ben Ashaari
  • Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Ke-30: RM500,000 untuk Kanak-Kanak Kurang Berkemampuan
    Published on 2023-10-04 By azni
  • KEJOHANAN GOLF AMAL RMHC MALAYSIA KE-30 BERJAYA MENGUTIP DANA RM500,000
    Published on 2023-10-04 By Nadia Johari
  • Kenapa Pilih Fly High Education Centre Untuk Tuisyen Online
    Published on 2023-10-03 By Lya Imtiyaz
  • Prudence Foundation Lancar SAFE STEPS Kids Climate Change
    Published on 2023-10-03 By Bro Framestone
  • Percuma!!! Permainan Memasak Kanak-kanak Dalam Talian
    Published on 2023-10-02 By Mohaz Sue
December 2016
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Nov   Jan »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
December 2016
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Nov   Jan »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme