Raya PKP bermakna raya yang mesti diraikan dirumah sahaja. Pergerakkan keluar masuk kemana-mana daerah pun tak dibenarkan, bukan itu sahaja, nak ke rumah jiran pun takut kena serbu dengan polis dan ambulans.
Jadi untuk memastikan dalam apa juga keadaan , kami masih dapat rasa suasana raya maka photoshoot sahaja yang akan tinggalkan kenangan dan memori dalam jiwa dan minda kami sekeluarga. Tarikh hari raya 2021 – 13 Mei 2021
Photoshoot raya dengan Wawa Bridal – Wedding Planner
Tanpa perancangan pun nak ada photoshoot. Kebetulan pada 8hb Mei 2021, dalam kesibukan nak siapkan tugasan asignment Ummi, suami terbaca ada sessi photoshoot di Bandar Rinching dengan harga RM69.00 sahaja bagi 30 minit.
Ummi la yang nekad, dah kebetulan ada orang tarik diri jam 3pm tu. Memang jadi rezeki kami, walaupun Wawa tak angkat call, tapi nekad cari butik tu dengan kuasa waze. Rupanya dia ingat kami tak jadi sebab last minit.
Prop bagus, jurufoto pun bagus, dalam tempoh 30 minit dengan kerjasama anak-anak yang baik walaupu dalam keadaan sedang berpuasa, semua nya jadi mudah. Alhamdulillah. UN sejenis suka edit gambar sendiri, jadi memang menggunakan kepakaran sendiri sahaja, hanya ambil gambar raw daripada jurufoto. Syukur gambar lawa dan tahap kepuasan hati tu 500% hahahaha! Tq Wawa dan Zairul Jurufoto yang sangat berkemahiran tinggi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada kami sekeluarga.
Team Raya Johor ke Team Raya Perlis?
Setiap kali raya kami biasa undi samada nak join #TeamRayaJohor atau #TeamRayaPerlis , TAPI akhirnya macamana undi pun akan ramai nanti pilih raya ke Perlis. Suasana raya masih wujud di Perlis, dengan convoi raya, masakan kampung dan suasana kampung yang tak pasti sampai bila akan meriah. Selagi tok ada, memang tok akan cuba yang terbaik untuk anak cucu, esok nanti, belum pasti. Atas pertimbangan pelbagai pro dan contra, kami memilih beraya di Perlis lebih banyak dari sebelah Johor 🙂 Syukur , tapi masih balik ke Johor, walaupun bukan pada hari raya pertama. Bukan apa bagi chance pada orang lain beraya dengan tok dan opah, jadi kasih tak berbelah bahagi.
Bila tengok gambar kat atas ni , rasa mereka dah meningkat usia. Daripada dalam dakapan dan pandai berdiri sendiri dan urus diri. Ummi sedih juga, saat ini akan jadi kenangan nanti. Masa shoot ini, masing-masing tengah imagine Along kahwin dan tengah tunggu kakak ipar datang . hahah atu boleh bergelak tu. Nice kids! Ummi sayang semua.
Raya PKP : Baju raya daripada Pusat Pakaian Hari-Hari
Bagi meraikan hari raya tahun ni, kami bertuah kerana dapat pakaian memakai koleksi baju raya keluaran Pusat Pakaian Hari-Hari. Set pakaian hari raya yang cantik dan kemas. Semasa shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari ini, rambang mata, akhirnya daripada kebiasaanya kami memilih baju melayu, kali ini sempena Raya PKP 2021 kami pilih set baju Kurta bersama seluar.
Harga Baju Raya di Hari-Hari
Range harga daripada RM54- RM76 bagi set baju kurta. Dan baju kanak-kanak perempuan dalam range RM50 – RM80 sepasang.
Kualiti Baju dan Design
Bila anak-anak sarung je ke badan, nampak seri baju tersebut. Tambahan bila mengayakannya pada hari raya, nampak class gitu. Kami merakam gambar di studio lagi untuk menampakkan kemeriahan raya PKP 2021 ni.
Raya PKP tinggalkan memori mendalam dalam diri
Puas hari bila tengok gambar tahun ni, cantik dan memang meninggalkan kesan memory dalam diri masing-masing. Saat meraikan hari raya seperti tahun-tahun yang dah berlalu pergi ,takkan kembali, raya PKP ini mengajar kita erti bersyukur dan meraikan masa sekarang.
Kata orang kita yang control masa dan suasana, bukan suasana yang mengawal kita. Jadi walaupun beraya dalam suasana RAYA PKP, kami tetap meraikannya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.
Baju raya : Pusat Pakaian Hari-Hari
Studio Photoshoot : Pelamin Semenyih 019-2200479
Rugi lah Ai tak g photoshoot juga. Cantik-cantik gambar.
alhamdulillah tq AI
cantiknya baju raya dari pasaraya hari-hari. x perlu ke butik 5 stars utk berbelanja raya, kan?
P.S. Jom join GA yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.
http://www.zukidin.com/2021/05/happy-birthday-giveaway-by-abam-kie.html