Isu pandemik ini sedikit sebanyak menggganggu sistem pembelajaran anak-anak. Siapa setuju? Saya walaupun dirumah dan belajar secara online tetapi masih tidak dapat pantau anak-anak setiap malam atau setiap masa. Tugas tersebut suami yang pikul. Maka, walaupun penat suami kena harungi juga sessi kelas malam dengan anak-anak. Tetapi setelah kami bincang akhirnya,kata putus dicapai untuk mencari Kelas Tuisyen Online bagi tahun 2021. Walaupun jika nanti sessi persekolahan dah buka, tetapi kelas tuisyen tetap akan diteruskan. Ini bagi memastikan sekurangnya anak belajar luar daripada norma biasa.
Kenapa mencari Kelas Tuisyen Online?

Sosialisasi. Ini antara sebab utama. Sejak PKP, anak-anak hanya lalui sessi quizizz dan juga latihan sendirian yang diwassap oleh guru-guru sekolah. Cukupkah? Walhal kami yang pelajar universiti pun masih memerlukan lecture daripada pensyarah. Inikan pula anak-anak, mana boleh mereka belajar sendiri. Seperti mana kita tahu, suasana sekolah anak-anak ada level tertentu. Maka, untuk pastikan anak-anak kita berada luar daripada kebiasaan dan cara pemikiran mereka, anak-anak harus di sosialisasikan dalam suasana yang baharu.
Kawan-kawan baru dan guru serta yang paling penting teknik pembelajaran yang mudah dan lebih cepat untuk pemahaman. Semasa saya berada di tepi Along semasa zoom class, sungguh mak yang teruja apabila cikgu yang mengajar memberikan tips sehingga dalam bahasa mudahnya, petik jari dah boleh jawab punyalah. Tengok je dah tahu jawapan. Mudah, jimat masa dan ini adalah penting teknik sebegini diajar supaya dalam peperiksaan senang untuk menjawab.
Sejak dulu, bab pelajaran anak memang menjadi perkara penting dalam hidup saya. Itu sebab sejak anak-anak umur 4 tahun mereka dah lalui sistem pembacaan bacalah anakku. Alhamdulillah 3 orang dah melepasi tahap asas bacaan dan alhamdulillah anak-anak UN boleh membaca sebelum ke darjah 1. Maka, melihat kepada sistem pembelajaran sedia ada, kami setuju untuk berkorban dan menghantar anak-anak belajar diluar daripada sistem biasa sekolah. Lebihkan usaha, pasti rezeki juga berganda.
Kenapa kami pilih Kelas Tuisyen Online di Fly High Training Centre?

Niat mencari kepada jalan ilmu. Kami sebagai mak ayah tak boleh berharap kepada sistem persekolahan sahaja. Diluar sana ramai lagi guru-guru pakar yang boleh berkongsi ilmu dan kepakaran. Maka, hasil rekomendasi daripada sahabat akhirnya kami bertemu jodoh dengan Fly High Training Centre. Kelas yang kami cari bukan sahaja cari secara maya tetapi dalam doa kami. Akhirnya kami ketemu sesuatu yang sangat menarik.
Guru-guru di pusat ini adalah mereka yang pakar dalam bidang masing-masing. Pusat tuisyen ini memberi input yang maksima seperti menyediakan soalan-soalan tahun sebelumnya dan soalan-soalan ramalan. Malah guru-guru yang disediakan disini adalah guru-guru berpengalaman dan jadi rebutan!!!! Inilah sebab utama
Pernah seorang guru berkata:
Untuk beri anak bijak, kami pihak sekolah tak mampu untuk didik anak cemerlang. Semakin mereka naik darjah ada diantara mereka jadi susah menerima pelajaran. Sebab itu keputusan sekolah tidak memberansangkan. Tambahnya lagi, masa dan peruntukkan sessi persekolah tidak cukup untuk guru-guru mengajar.
Dalam kelembutan bahasa, tetapi mengguris jiwa ibu dan ayah.
Rezeki mengamalkan kehidupan “magic”

Sejak itu, hati nekad. Walau apa juga caranya Along dan Angah mesti melalui proses menghadiri kelas tambahan dan tuisyen. Sekali lagi alhamdulillah, setiap yang kami doakan akhirnya ALLAH swt makbulkan, bukan sahaja lorongkan rezeki biasa-biasa, tetapi luar biasa. Kelas yang dicari sangat mencapai hasrat kami ibu ayah. Paling membuatkan saya terharu sehingga menitis air mata kegembiraan adalah apabila ada hamba Allah yang sangat pemurah, whatsapp saya untuk sponsor pembelajaran Along sepanjang tuisyen ini berlangsung bagi tahun 2021. Dan mungkin ini asbab amalan yang Allah swt suka.
Buat apa yang Allah suka, Allah akan mula beri apa yang kita suka – Zuhairi Nopiah
Tiada lagi nikmat nak didustakan. Allahuakbar, semalaman menangis sebak!
Okay back to the main story.. maaf terlalu emosi sebab yang perkara yang nak, apa yang didoakan ALLAH swt makbulkan. Alhamdulillah. Syukur.
Senarai & Pakej Kelas Tuisyen Online di Fly High Training Centre


Selain daripada pakej kelas seperti di lampiran 1, ada juga kelas khas Bahasa Melayu kepada pelajar tahun 6, tingkatan 1,2, 3,4 dan 5 . Cikgu Ghalib adalah tenaga pengajar yang mahir bagi peperiksaan khas UPSR/PT3 dan SPM.

Kelas Online Melalui Aplikasi Zoom

Kelas online melalui aplikasi Zoom adalah kelas yang paling menarik pada waktu ini. Okay ini saya nak tunjukkan beberapa bukti yang mana cara pengajaran yang diajarkan adalah sangat berbeza dengan pelajaran disekolah. Malah ianya lebih mudah dan tidak memerluka masa yang panjang untuk anak-anak selesaikan soalan yang diberikan.
Bukti :
Bila join kelas secara ZOOM ini, bukan sahaja anak belajar, mak pun teruja. Mudahnya congak-congak dapat jawapan. Alhamdulillah kami dipertemukan dengan kelas Tuisyen Fly High ini.
Bayaran adalah daripada RM25.00 seminggu untuk 2 sessi dan sehingga RM350.00-RM400.00 sebulan bagi pakej keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan.
Feed back dari lepas UPKK pula, kata ALong:
Bestlah Ummi, memang senang. Tadi ustazah ajar faham je.. lepas tu ustazah bagi quizzi, 50 soalan tapi ustazah tunggu.. Along malu sikit je… “
Hehehe ayat last tak tahan!
Overall inilah yang dicari-cari. Semoga kalian yang membaca artikel ini dapat kemudahan rezeki untuk hantar anak-anak Tusiyen seperti ini. Rezeki anak-anak dah ditentu, kita sebagai mak ayah juga yang mencorakkan mereka dan dorong mereka untuk berjaya. Saya yakin dan percaya, jika niat mencari redha Allah, ke jalan Allah insyaAllah pelajaran dan ilmu yang dikejar akan menjadi ilmu yang bermanfaat dan berkat untuk anak-anak. Dan mereka jua dapat mengamalkannya dalam kehidupan mereka. Percaya atau tidak, jika kita lazimi anak-anak dengan suasana yang kondusif dan persekitaran ilmu, insyaAllah permainan game bukan lagi fokus utama.
Sama-sama kita berusaha, kejayaan anak-anak adalah kejayaan kedua orang tuanya juga.
Untuk yang masih mencari sessi kelas tuisyen 2021 secara online boleh melayari Facebook : Fly High Training Centre
Menariknya. Dengan tuisyen online macam ni, anak ada feeling g sekolah sket. Sekarang ni dah banyak subjek yang lupa. Aduhai. Moga ada rezeki nak subscribe utk Hannah.
wassap je kat nombor tu, kalau kurang kemampuan katanya ada diskaun diberikan.
Bagus along .. nampak bersemangat dia nak dengan tuisyen oinline kan .
memang sangat perlukan kelas tuisyen secara online ni.Kalau nak anak lebih maju ke depan.Tak boleh nak harapkan cikgu-cikgu sekolah je yang bantu untuk anak pandai.
Jadi kita kena ada inisiatif sendiri untuk anak-anak berjaya dengan daftarkan mereka kelas tuisyen ni.Sekarang kira dah jimat kos sebab semuanya online kan?
perkongsian menarik.. sangat bermanfaat.