Hujung minggu penuh dengan aktiviti. Kami seperti biasa dalam 1 bulan ada 1 hari kami akan ke Pasar Chow Kit untuk membeli barang-barang basah, ikan , sotong, ketam , udang dan sayur-sayur. Disini lebih murah. Selepas penat membeli belah, kami mencari makanan di Kg Baru. Kami dah cuba Nasi Lemak WanJo dan Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru.

Actually masa kami datang bulan lepas tak perasan pun kedai ini, maka kami makan di Nasi Lemak Antarabangsa.

Lauk pauk memang menyelerakan. dan bila makan pun best rasanya. Cuma dalam waktu PKP ni ramai juga orang , kena lebih jaga SOP dan berhati-hati dengan keadaan persekitaran.



Nasi lemak kerang dan nasi lemak sotong + air nescafe tarik – semuanya kos RM16.3O. Satu pinggan nasi dalam RM7.00

Kalau korang nak datang sini, korang waze atau maps Nasi Lemak WanJO sahaja. InsyAllah sampai. Parking kereta limited, ada kena bayar 1x masuk RM5. Kalau nak lepak masuk dengan motor lagi senang.
Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru




Kedua-dua nasi lemak di Kg Baru ini ada rasa tersendiri. Yang Nasi Lemak Antarabangsa lebih pedas dan ada pilihan ubi goreng dan sebagainya. Cuma yang tak tahan pedas, pasti kurang minat makan disini.
Berbanding dengan Nasi Lemak WanJ0, nasi macam sedikit dan sambal tak pedas. Kalau bawa anak-anak yang tak suka makan pedas okay. Untuk yang nak mencari makanan pedas, Nasi Lemak Antarabangsa yang terbaik.
Sekian review 2 pilihan nasi lemak yang best di Kg Baru.
dah lama giler saya tak makan nasi lemak antarabangsa ni. rindu nak makan kat sana lagi
best ke kedai nasi lemak yang ada macam-macam jenis lauk dan sambal…
teruja nak cuba semua hehehhe
tapi lama dah tak makan kat sini, lama gila tak sampai kampung baru
biasa dgr nasi lemak wanjo tp tk pernh try
I really love this idea! My son asks for tv right away in the morning. He is not allowed to watch it until after lunch. I can’t wait to start this.
Thanks for comment.
Nasi lemak antarabangsa memang mahal lauk ayam goreng sambal dan sedikit ubi kentang RM15 bersama 1 botol mineral kecil
Serik dah nak mkn kat situ..rasa pun tak sedap