Niat dah nak tukar langisr baharu yang dah lama, cuma tak cukup masa nak kesana kesini. Ini pun beli pada sebelum raya. Sabtu / raya hari Khamis, maknanya beli pada 8 Mei 2021. UN pilih langsir jenis blackout di MK Curtain , langsir blackout adalah langsir yang diperbuat dari fabrik jenis blackout. Kain untuk langsir lebih berat daripada kain langsir biasa. Jika lihat tekstur pun lebih lembut dan beralun tau.

Cuma semasa UN accidently stop kat MK Curtain kat Ecohill ni, stok tak banyak dah. Katanya a week before that, ada promo raya. Maknanya bukan rezeki UN laa..
5 tahun dah usia curtain lama

Pejam celik rupanya curtain lama ni betul-betul lama. Ada 2 warna , 1 lagi kuning air, yang tu buat mas anak masuk rumah ni tahun 2013. Dan yang ni buat selepas tu. Masa tu custom made kat kedai langsir area Pekan Kajang. Kos masa tu untuk 1 set 60″ dan 1 40″ dah RM500 juga.

Rupanya ada curtain yang harga patut juga di MK Curtain. UN beli 1 unit 60″ dan 2 unit 40″ kos RM424.20 termasuk 1 reel yang 30 inci kot, dan juga penyangkut curtain. Agak berbaloi untuk dapat ganti yang baharu walaupun bukan sejenis curtain berenda-renda. Yang stok baru pun ada, tapi ada yang renda. Tema macam kurang sesuai dengan tema rumah yang ada kayu dan pokok-poko hijau.
MK Curtain pilihan UN

So, akhirnya Un pilih warna hijau. Nampak suasana sikit berubah lah daripada biasa. Biasa kelabu/ cream, ini pun tak tahu lah berapa lama nak guna warna hijau.. huhu Dah tau lokasi nak shopping curtain ni, ligat lah sikit pas ni. Senang tak payah nak tempah. Tapi tak thaulah kot nanti-nanti mood nak tempah pula. ‘
MK Curtain di Semenyih

Apapun langsir kat sini memang dah standard saiz. Mudah sangat, Beli ikut ukuran tingkat samada 2 panel atau 1 panel. MK Curtain memang memudahkan. Jahitan pun cantik, kain lawa dan kemas, kira pasang jer terletak cantik.
Kalau ada sesiapa nak cari curtain segera, boleh cari di MK Curtain. Atau nak yang cantik lagi, boleh customade, kain-kain disini memang lawa, siap ada upah pasang.
UN duk berangan , kot ada rumah baru 4 tahun lagi, nak tempah 1 set yang cantik lah disini. Berangan je, dan nak cari yang sesuai dengan siling jenis tinggi. Fuh, mesti lawa dan nampa mewah kan.. Cewah berangan nak rumah baru, rumah sedia ada ni simpan untuk masa depan anak-anak nanti.
Berangan je!
Okay , siapa yang mencari langsir boleh cuci mata di https://www.mk.com.my/
hahah langsir pun dah lama nak tempah, asyik beli yang ready made tak lawa. dah plan nak tempah kat nilai . malangya huhuhu covid lah pulak