Permohonan PJJ upm

Belajar sambil kerja bukan suatu perkara mudah. Tetapi dengan azam dan nekad, benda sukar akan jadi mudah. Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), setiap individu berpeluang mengikuti program pengajian ke peringkat pra-siswazah yang dikendalikan oleh Education and Training Sdn Bhd (UPMET). Program ini merupakan satu langkah untuk membantu negara melahirkan pekerja yang proaktif, berpengetahuan dan berkompetensi tinggi. Setelah mencari kursus yang terbaik, akhirnya saya sendiri memilih untuk belajar secara secara PJJ dan memohon untuk PJJ UPM.

Jadual kelas PJJ UPM Flexible

Jadual kelas sangat flexible. Dalam tempoh 6 bulan hanya 2 kali kelas bersemuka .Tetapi setiap bulan akan ada kelas tutorial untuk memastikan pelajar boleh bersua dan merujuk pensyarah jika ada permasalahan dalam pembelajaran.

SEPANJANG PKP ini kelas diadakan secara online, Edmodo dan juga perkembangan terkini adalah melalui group WhatsApp mengikut subjek.

PJJ UPM 2021 – Kursus Yang Di Tawarkan

UPMET mengendalikan enam program bacelor, iaitu Bacelor Sains Pembangunan sumber Manusia (BSHRD), Bacelor Sains Pembangunan Manusia (BSPM), Bacelor Komunikasi (BCOMM), Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu (BABM), Bacelor Sastera Bahasa Inggeris (BABE) dan Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (BPTESL).

Pengambilan program Bacelor PJJ ini adalah pada Mei dan November. Permohonan terbuka sepanjang masa dan boleh dibuat secara dalam talian.

PJJ UPM 2021,PERMOHONAN  secara online sepanjang tahun.

Perkara utama adalah dengan membuat permohonan dahulu. Dan pihak UPMET akan hubungi kita melalui email. Ini contoh email yang pertama kali UPM hantar.

Anggaran YURAN PJJ UPM

YURAN PJJ UPM

Penawaran Kursus Bacelor Komunikasi

Bag Bacelor Komunikasi , senarai kursus yang ditawarkan akan disenaraikan.

PJJ UPM 2021,PERMOHONAN  secara online sepanjang tahun.
PERMOHONAN  secara online sepanjang tahun.

Bagi yang sedang mencari peluang sambung belajar, semoga ini membantu kalian untuk mendapatkan maklumat lengkap. Semasa saya mencari awal tahun dahulu , saya tidak banyak maklumat. Semoga perkongsian ini akan memudahkan urusan anda sekurang-kurangna 30 % daripada kecelaruan boleh terungkai.

Jika ada sebarang pertanyaan biasanya boleh berhubung dengan UPMET iaitu bahagian yang menguruskan pendidikan bagi PJJ. InsyaAllah setiap persoalan akan dibantu untuk diselesaikan bagi yang berminat untuk sambung pelajaran dalamm mode PJJ UPM. Bagi yang tanya bagaimana belajar pada usia dah meningkat? Boleh baca disini ? Sambung Belajar Di Usia Tua

Address: Block D, UPM-MTDC Technology Centre UPM, Jalan Universiti 1, Putra Square, 43400 Serdang, Selangor

Phone: 03-8959 3408

2 thoughts on “PJJ UPM 2021, bagaimana nak memohon?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *