Vacuum Philips Amway – SpeedPro Max Aqua – Sangat Efisien Untuk Bersihkan Rumah Dengan Cepat. Dulu skeptikal juga, tetapi bila dah ada, sangat membantu.

Kelemahan : Vacuum Philips Amway

  1. Bateri habis bateri kalau guna Turbo – Tapi puas guna turbo daripada guna level 1 dan 2. Hahahaa, so kalau dah guna TURBO tu, bateri kenalah charge selalu ya.
  2. Kena drill tempat sangkut vacum. Ini kena ada drill la, kalau tak ada drill macam bersepah jugalah letak merata tempat. Jadi, mesti cari drill dan tempat yang sesuai untuk sangkut vacum ini.

Kelebihan :

Ye, memang bebaloi beli. Walaupun lama nak kena charge, tetapi mudah untuk di gunakan. Kalau guna Turbo memang tak cukup ruang bawah sahaja, tetapi kalau guna level 1 dan 2 , cukup untuk atas dan bawah. Berbaloi beli.

Lagi pula, jika ada anak kecil atau kanak-kanak bawah 12 tahun, yang kerap tumpahkan makanan vacuum Philips Amway amat sesuai digunakan. Anak-anak pun boleh buat sendiri untk hilangkan serabut atau sisa yang tumpah di lantai. Contoh, keropok, kulit kacang dan lain-lain habuk halus.

Mudah digunakan di celah atau tempat sempit.

Vacum Philips Amway  - review

Kawasan sempit pun sedap nak guna, kita tak terikat dengan wayar dan juga ada lampu yang boleh suluh habuk bawah-bawah almari atau tempat sempit.

Vacum Philips Amway Review

Bila gunakan vacuum ni, boleh je harapkan anak-anak buat kerja rumah. Cuma pesan depa berhati-hati la guna, barang berharga kan, nak dapat bukan mudah. Bila ada kena guna dengan baik.

Vacum Philips Amway

So far setakat penggunaan UN , puas hati 80% la, kalau dapat bateri yang tahan lama lagi baik. Bateri cepat sangat habis. Lain2 overall okay, siapa suka mop lantai tiap-tiap hari wajib ada vacum ini. Celah-celah kerusi pun mudah nak vacum dengan alatan lain atau accesories lain yang dibekalkan.

Harga : RM1343.00 harga UN beli . Harga asal RM1600+ Kalau tak silap. So better contact personal shopper anda atau agent yang di percayai.

Setakat ini UN pakai barang-barang AMWAY alhamdulillah okay. So kalau ada dok tengok steamer Noxxa atau Iron boleh beli, memang rekemen sangat-sangat, berbaloi dengan nilai wang di belanjakan. Semoga kalau anda yang berhajat memiliki vacum ni, dimurahkan rezeki dan dapat milikinya satu hari nanti. InsyaAllah ada rezeki, tulis dan buat visualize, even barangan rumah pun. Apa kita rancang, fikir, insyaAllah akan dapat dengan izinNYA.

2 thoughts on “Vacuum Philips Amway Review ; Bersihkan Rumah Dengan Cepat”
  1. Mudah betul ada vacuum style macam ni. Tak susah nak vacuum mana mana. Kalau tidak nak kena bawa wayar meleret dan tukar plug kalau tak sampai. Bab bateri tu kalau ada improvement better jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *