Review

Tudung Sekolah Awning Lembut Untuk Anak

Hampir menutup tirai sekolah tahun 2016 , ibu ayah dah siap merancang untuk belian pakaian sekolah di tahun depan. Syukur  kini dalam merancang perbelanjaan keluarga bagi menghadapi tahun baru ada kemudahan online. Amat mudah bagi ibu yang bekerjaya boleh membeli belah baju anak-anak tanpa perlu ke kedai.  Ummi sendiri dah mula planning untuk membeli baju Along sebagai persediaan darjah 1 tahun hadapan.

tudung sekolah awning lembut istimewa - 1

 Dalam sibuk bersiap sedia untuk Along , Ummi berkenan tengok tudung sekolah untuk anak perempuan. Bukan apa, Ummi kan suka tengok Cik Sarah bertudung daripada Tudung Si Comel ini, sekali bila Hq beritahu ada juga tudung sekolah Ummi yang suka. Niat dah ini nak belikan satu untuk Cik Sarah tahun depan untuk ke kelas Iqraq. Tahun ni di maafkan lagi sebab batu 2 tahun kan. Tunggu Cik Sarah 3 atau 4 tahun baru boleh ajar secara serius bertudung.


Ummi nak anak-anak Ummi belajar menutup aurat dari kecil Teringat masa kecil dulu, Ummi darjah 1 dah pakai tudung sepenuhnya. Jadi , kalau mak Ummi mampu ajar Ummi pasti anak-anak Ummi lebih baik. Untuk ibu-ibu di luarsana jik amasih mencari di mana nak beli tudung sekolah anak-anak, Ummi cadangkan Tudung Si Comel sebagai pilihan Utama..

TIPS MENGAJAR ANAK PEREMPUAN PAKAI TUDUNG DARI KECIL

1. Pakaikan tudung seawal umur mereka. Beli la saiz yang bersesuaian dengan mereka.

2. Konsisten suruh pakai setiap kali keluar rumah. Konsisten sangat penting. Lagi-lagi masa awal nak ajar mereka. Means dari bayi lagi la. Keluar jek wajib pakai. Jangan onn off pulak.

3. Ajar pakai tudung bukan ummi dan abah yg suruh pakai, tapi Allah yang suruh pakai.

4. Rasa tak perlu lagi ajar dengan siapa kena tutup aurat. Pening pulak dorang nanti. Yang penting keluar rumah kena sarung tudung. Mcm anak saya, kalau dalam kereta dah tanggal tudung sebab tidur … Tapi bila turun kereta mereka akan cari tudung utk pakai… Nanti dh besar boleh dah ajar. Dengan sepupu kena tutup aurat dll.

5. Beli la tudung cecomel untuk dorang suka pakai. Dulu-dulu sangat susah nak cari tudung kanak-kanak tau. Lagi zaman Nabeelah kecik, rasa masa tu banyak tudung-tudung dari Indonesia jek. Sekarang dah mudah dah… Tudungsicomel.com, Fathiyah`s Dreams pun ada banyak…

Ajarilah anak-anak anda dari dorang kecil. Dari umur mereka tak pandai argue lagi kenapa kena pakai tudung. Bila dah tahap dorang banyak persoalkan macam-macam, masa tu dah mencabar untuk dorang konsisten pakai.

Serius cakap bila sesuatu perkara sudah sebati dengan mereka. Kita tak perlu nak suruh dan paksa-paksa dah.

-Perkongsian MamaAlya.com

Doakan Maisarah juga istiqamah ya. Jumpa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge