Saya dan keluarga

Happy Birthday Angah ke – 6

Sebelum melahirkan dia, 2/3 kali ulang alik dari Perlis ke Aloq Setaq. Mula-mula plan nak bersalin di Klinik Dr Suraya, tapi Dr Suraya refer ke Kedah Medical Center. Rupanya, dah nak bersalin baru tau, dia songsang.

6 tahun, 2019

Ketika menunggu kelahiran dia, dah tersedia bibik. Bibik sampai 2 minggu sebelum dia lahir. Lahirnya dia, tersedia semua. Segala nya bibik uruskan. Manja yakmattt dengan bibik. Perangai tu terbawa sampai besaq.

First time pergi kelas malam masa umur 4tahun.

La ni ada adik pun sama. Nak berkepik bawa tiakkk ummi. Manja , banyak cakap + cerdik pun dia juga. Banyak sabaq laaa hai.. ciri anak kedua tu terserlah pada dia!

Apapun Ummi harap dia besaq jadi anak soleh. Happy Birthday Superman!

Hadiah Birthday Rm20, sepasang baju Superman. 😃, asal dia bahagia. Beli kostum ini di Kenanga Wholesale. Biar murah asal happy.

*Yang lain menumpang sambut birthday dengan costum jugak. 🤣 Dan lokasi kami sambut birthday kali ini di Cheese Banjir, Desa Pandan. Rasa out!

Happy birthday Angah ke 6 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *