Alhamdulilllah allah uji sebab sayang. Minggu lepas 13-16/5/2024 dah sakit tekak. Masa ni makan papain dah okay. Tiba-tiba hari Jumaat malam sakit lagi. Ya allah. malam pertama okay lagi. Lepas tu,hari Sabtu masih boleh jalan-jalan pergi makan lagi. Bila petang je, dah tak tahan sangat. Makan papain macam kurang pula berfungsi.
Suami ajak ke Klinik Amani. Situ juga tempat kami cucuk sebelum ke Umrah. Alhamdulillah klinik Amani ini bersih dan ada sistem keahlian. Rasa macam okay lah harga disini. Jumpa Dr, Dr bagi ubat cair kahak dan juga spray Difflam untuk legakan keradangan pada tonsil.
Bayangkan sakit tekak ni, effect dia besar tau, dah la tension nak makan tak berapa nak boleh, nak bercakap pun tak boleh. Maka, hati mula la rasa ‘lemas’ dan tak selesa. Sepanjang malam tak boleh lena. Bila tak boleh lena, fikiran pergi merata. Merana sangat.Tapi sakit ‘rasa lemas, dan seolah-olah anxiety ini macam tak boleh bawa bincang. Kena cool down diri sendiri, pasang bacaan quran dan zikir boleh membantu.
Berbalik kepada sakit tekak, bila spray difflam ini rasa kurang la sikit. Harapnya dapat la membantu mengurangkan keradangan. Isnin dah nak kerja macam biasa, kalau boleh nak dalam keadaan sihat dan kompeten untuk jalankan lain-lain tugas. Doakan UN dan semua yang sakit diberikan kesembuhan, amin.