Assalamaualaikum kawan-kawan. Sejak terlalu sibuk dengan dunia kerjaya, keluarga dan belajar, UN tak banyak habiskan masa untuk menulis disini. Kadang ada niat nak menulis cuma hati belum sampai. (susah nak faham kan?). Sahabat, kadangkan, untuk memahami kita bukan orang dekat dengan kita, sebenarnya orang yang mungkin tiada ikatan darah pun dengan kita. Pernah dengar, family doesn’t have to be blood?
Dulu saya tak faham pun, sebab tak suka melayan orang. UN sejenis yang selalu mengutamakan orang lain daripada diri sendiri, kadang sampai lupa self love. Sampailah satu tahap, bukan lagi tidak mahu membantu sesiapa terutama darah daging, tetapi bila terlalu memberi sehingga di pijak-pijak (secara tidak nampak), hati mula terasa dan sedar akan apa sebenarnya berlaku. Persoalan demi soalan muncul, apakah aku ini hanya sebagai penyelesai masalah mereka? Bila aku susah tiada siapa pun di sisi aku! Sehingga kesedaran ini, sesuai dengan usia, aku membawa diri, berdiam lebih baik daripada berbicara.
Sehinggalah tahun 2023, bukan kerana jawatan dalam apa-apa organisasi, tetapi bagi aku allah swt dah tentukan segala kebaikkan atas aku. Aku berada dikalangan mereka yang baik, boleh share segala nikmat dan cerita. Ada masa aku pendam, ada ketika bila aku mula selesa aku meluahkan rasa di hati. Sesungguhnya apapun, dalam sudut hati , tiada sesiapa pun aku dendam, aku cuma mahu menyendiri dalam dunia aku. Aku ditemukan dengan bos yang baik, boleh dijadikan sebagai emak, kakak dan sahabat untuk meluahkan rasa.
Pada siapa ingin aku tumpang bahu?