Thu. Apr 16th, 2026
Kami rindukan Along, selamat berjuang di medan perjuangan ilmu.
Kami rindukan Along, selamat berjuang di medan perjuangan ilmu.

Seminggu lebih bertarung untuk sihat. Maisarah demam campak, umi sebagai penjaga pula demam. Demam bukan yang biasa-biasa, demam yang sesungguhnya panas, batuk dan berkahak. (2) kali juga ke klinik untuk check up. Redha, demam dan sakit itu kan penghapus dosa.

Seminggu tempoh masa cuti sekolah kali ini, Along balik kami tak kemana-mana, hanya di rumah. Namun begitu, syukur Along dah besar dah memahami situasi keluarga.

Apapun syukur setelah 10 hari berlalu, kami semua dah berjaya lalui saat getir, sakit dan demam. Along pun dah kembali ke asrama. Buat pertama kali umi tak dapat hantar ke stesen keretapi sebab demam kuat masa hari Sabtu tu. Sedih dan kesian tengok Along survive sendiri. Tapi umi tahu Along kuat.

Esok birthday Along ke-13, Umi, abah dan adik-adik mendoakan kejayaan buat Along , kesihatan yang baik dan apa sahaja Along buat diasrama dilindungi Allah swt. Happy Birthday Along

Happy Birthday Along. Kami rindukan Along, selamat berjuang di medan perjuangan ilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *