Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
Raudhah Montessori Centre Sessi 2022 ;Majlis Konsert Dan Konvokesyen

Konvokesyen Raudhah Montessori Centre, Semenyih

Posted on 02/15/202302/15/2023 by umminani

MAJLIS KONSERT DAN KONVOKESYEN RAUDHAH MONTESSORI CENTRE SESSI 2022 pada 11 Feb 2023 | Tanpa komitmen dan kerjasama daripada pihak yang terlibat, penganjuran program seperti ini tidak akanberlangsung dengan jayanya. Selain itu dengan adanya penganjuran majlis seperti ini ianya juga adalah satu program yang penting untuk mengeratkan silaturrahim, hubungan kekeluargaan di kalangan warga RMC termasuk ibu ayah, guru-guru dan anak-anak. Terima kasih semua kerana telah berusaha untuk merealisasikan program pada hari ini.

Hadiah di Hari Konvokesyen Raudhah Montessori Centre

Tahniah Ben (Adik) kerana berjaya dapat tempat kedua. Alhamdulillah, yang penting pandai membaca dan mengira untuk bekalan masa depan di sekolah rendah. Tahniah juga, sebab dalam bermain dapat Anugerah Nilam kerana berjaya menghabiskan bacaan sepanjang setahun di Raudhah Montessori Centre Semenyih.

konvokesyen  Raudhah Montessori Centre
konvokesyen  Raudhah Montessori School
RMC 2022| RAUDHAH MONTESSORI CENTRE

Moment ini adalah kenangan untuk diingati, semasa akhir konsert semua anak-anak berada di pentas, dan mereka berjalan mencari ibu ayah. Tak nampak langsung bunga yang dibawa, pandai berahsia ya. Boleh dikatakan semua ibu ayah yang hadir, terkejut dengan acara ini. Betulkan yang surprise itu best.

Terima kasih Guru-guru RMC

Terima kasih kepada semua guru-guru dan tenaga kerja di RMC secara keseluruhannya, kerana telah berusaha sehabis daya untuk memastikan kelancaran pendidikan anak-anak kami sepanjang mereka belajar di RMC bagi tahun 2022.

RAUDHAH MONTESSORI CENTRE SESSI 2022 - guru-gur rmc

Pengalaman Di Raudhah Montessori School

Selain daripada dapat melihat perkembangan pendidikan mereka, kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru  kerana pada masa yang sama telah memastikan keselamatan anak-anak terjaga dengan baik daripada sebarang kecelakaan.

Tanpa kesungguhan dan komitmenguru-guru terutamanya,  saya yakin dan percaya anak-anak tidak akan mencapai kecemerlangan seperti mana mereka ada hari ini.

sepanjang setahun anak berada di RMC ini, saya amat berpuas hati dengan cara pengurusan dan sessi pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan. Kami ibu ayah bukan sahaja dapat mengetahui perkembangan pendidikan anak-anak , tetapi aktiviti yang dijalankan pada setiap hari ketika sessi persekolahan juga dapat dipantau melalui group wassap.

Tindakan ini secara tidak langsung memberikan kami keyakinan bahawa anak-anak diberikan layanan serta perhatian sebaiknya sepanjang mereka dipertanggungjawabkan di bawah guru-guru RMC. Saya yakin dan percaya bahawa RMC mempunyai guru-guru yang sangat integriti dalam usaha mendidik dan bagi melahirkan anak bangsa yang bijak dan berbudi bahasa tinggi kearah sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.

Potrait Kenangan – ucapan untuk guru-guru RMC

KONVOKESYEN TADIKA
Raudhah Montessori Centre Sessi 2022  ;Majlis Konsert Dan Konvokesyen

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru RMC kerana telah berusaha dan mendidik anakanda bongsu kami,  Muhammad Afeef Mudzakkir Bin Mohd Muazam di RMC Semenyih sebaiknya sehingga berjaya menamatkan pengajian peringkat ini dengan baik.  Daripada tidak tahu membaca sehingga lancar membaca, daripada sikit doa dan surah hafazan, jadi lebih  banyak jumlahnya. Alhamdulillah. Terima kasih guru-guru RMC.

Kalau mencari buah asam,
Biar lebih jangan kurang;
Rajin, tekad, sabar dan iltizam,
Kejayaan pasti akan menjelang. 

Menyusun pantun memakai rima

Rima dibuat menjadi kisah

Setahun di RMC bersama

Tibalah masa untuk berpisah.

RAUDHAH MONTESSORI CENTRE SESSI 2022
RAUDHAH MONTESSORI CENTRE SESSI 2022
RAUDHAH MONTESSORI CENTRE SESSI 2022

Letih berjalan di tengah pekan

Singgah sebentar di gerai siti

Terima kasih kami ucapkan

Atas segala jasa dan bakti, GURU-GURU RMC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Konvokesyen Raudhah Montessori Centre, Semenyih
  • Restoran Mak Kimbong Bangi – Birthday Angah ke-10
  • Hari Sukan Sekolah Raudhah Montessori School (RMC)
  • Hari Keluarga Pematuhan Standard JIPS, Bukit Aman
  • Baju sekolah di Hari-Hari

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Resepi gulai siput sedut belimbing buloh
    Published on 2023-03-14 By Ana Jingga
  • Lirik Lagu Amir Jahari - Hasrat (OST Filem Imaginur)
    Published on 2023-03-14 By Azhafizah MN
  • Santai ngopi RICHIAMO, Elmina Temu Business Centre
    Published on 2023-03-14 By Azian Elias
  • 11 Khasiat Daun Ubi Keledek (Tinggi Nutrisi Berbanding Bayam!)
    Published on 2023-03-14 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda
    Published on 2023-03-14 By Ana Suhana
  • Terasa Berada di Spa dengan Ginvera World Spa Shower Scrub
    Published on 2023-03-13 By Qaseh Dalia
  • Nak Info Travel dan Review Makanan Sedap? Blog Ini Tidak Akan Menghampakan Anda!
    Published on 2023-03-13 By sohoque
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan    

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan    

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme