Alhamdulillah, kadang kan benda dirancang susah nak jadi. Bila tidak dirancang tetapi Allah swt yg atur,semua berjalan lancar. Perjalanan yang tidak dirancang untuk percutian ke Pulau Langkawi 2023.
| Perjalanan musafir kami, hanya tercetus pada ptg Jumaat 3/3/2023, bila adik (Ben) cakap dah lama tak tengok burung helang besar. Memandangkan cuti sampai 7/3/2023 maka, Un pun cakap dengan abah mereka. Maybe boleh consider untuk trip ke Langkawi.
Carian Tiket untuk Percutian ke Langkawi
Maka bermulalah carian tiket, di website tiket untuk ke Langkawi dari Kuala Perlis ada je pada 5/3/2025 tapi untuk balik ke Kuala Perlis pada 7/3/2023 terlalu awal. Jadi kami bincang untuk naik di Jeti Kuala Kedah.
Alhamdulillah, tiket ada, naik di Kuala Kedah jam 10.30pagi pada 5/3/2023 dan balik pun di Kuala Kedah pada 7/3/2023 jam 4.00petang. Puas la berjalan di Langkawi. Tambah tolak dapat la 3 hari kami di Langkawi. Tiket pergi balik 3 dewasa, 4 kanak-kanak adalah Rm325.00.
Sewa kereta | Kami sewa Grand Livina kawan dapat Rm150.00 untuk 3 hari. Alhamdulillah di kelilingi orang baik dan rezeki jaga orang tua.
Pemilihan Hotel : Malibest Hotel di Pantai Cenang, Pulau Langkawi
Hotel pula, memandangkan kami nak stay in kat area Chenang, hasil carian google kami decide MALIBEST Hotel sebab ada swimming pool tepi laut. Yes, recomended dan berbaloi. Bilik besar dan mudah access ke tepi laut dan swimming pool. Pagi petang boleh jalan tepi laut sambil menikmati deruan ombak dan angin lalu.
Malam pula, jalan bawah hotel dah boleh pergi Shopping Chocolate dan tengok persembahan “fire show”. Berbaloi untuk stay lat Malibest. Memang best.
Untuk travel ramai macam ni, makan minum seharian (tak mewah, tapi cukup untuk cover perut lapar), kos sehari makan Rm150. InsyaAllah kenyang.
So, bagi mereka yang plan nak bercuti le Pulau Langkawi harap membantu memilih di mana nak naik feri dan nak pilih hotel.
Makam Mahsuri
Ini kali ke 4 atau 5 ke Makam Mahsuri. Pertama kali rasanya masa honeymoon tahun 2009. Masa tu Makam Mahsuri ini masih cantik dan rumah replikas masih utuh dan kemas. Tahun berikutnya pergi pun rasanya masih cantik. Tapi bila Kembali ke sini tahun 2023, rasa macam taka da yang menjaga dengan rapi. Mungkin faktor kewangan untuk baik pulih tiada atau peruntukkan ada Cuma ambil masa untuk baiki kerosakan dan melakukan pemeliharaan rumah replika.
Untuk ajarkan anak-anak sejarah, boleh la bawa mereka kesana. Maybe kalau hujung minggu mungkin lebih meriah. Kami kesini hari Isnin, jadi masuk dan melawat sahaja tanpa ada persembahan kebudayaan/teater. Untuk proses pembuatan kuih tradisional masih ada, jadi boleh menonton secara live.
Telaga 7 Pulau Langkawi
Oleh sebab masa amat mencemburui kami, jadi tak sempat untuk mendaki telaga 7. Untuk lain kali, maybe boleh aturkan susun acara pada hari ke-2 , waktu pagi naik ke Telaga 7. Kami sempat pusing tengok pintu gerbang sahaja. Jadilah, next trip boleh kesini pula.
Shopping
Untuk shopping, rasanya ada kedai Choclate di Pantai Cenang, depan Dataran Cenang tu. Nama kedai tak ingat, tapi barang murah. Untuk DAIM – yang 200gm dapat 3 pek RM30.00. Kedai lain taka da jual yang 200gm, yang banyak stok 280gm. Kami singgah juga HIG – tapi macam tak best macam dulu, ntah kenapa. FEFERO pun tiada stok. Kami pusing di deretan ‘shop lot’ baru jumpa FEFERO. Harga dalam RM25.90 untuk 1 kotak yang original dan oreo.
Pantai Pasir Hitam
Kali pertama kami singgah, memang cantik kawasan ini. Pasir memang hitam, dan bersih. Tiada orang mandi, mungkin kerana keadaan muka bumi tak sesuai. Berbaloi untuk jalan-jalan ambil angin disini.
Taman Legenda Pulau Langkawi
Sebelum balik, kami sempat la singgah di Taman Legenda Langkawi. Puas berjalan 3 hari di Langkawi untuk percutian kali ini. Untuk trip kali ini, kami tak singah naik Cable Car. Ini kerana baru je naik masa selepas PKP. Begitu juga dengan 3D Art in Paradise Langkawi. Masih segar dalam memori setiap perjalanan kesana. Lain kali boleh ‘repeat’ lagi. Alhamdulillah. Itenari percutian di Langkawi