Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
Langkawi Travel Bubble SOPs;

Langkawi Travel Bubble SOPs; Pulau Langkawi

Posted on 10/24/202110/24/2021 by umminani

Jom bercuti. Setelah sekian lama kita semua bersama-sama menghadapi pandemik Covid-19 ini, akhirnya kita semua rakyat yang telah lengkap 2 dos vaksin boleh melakukan rentas negeri. Kebenaran yang diberikan amat bermakna untuk semua lapisan masyarakat. Ada yang ambil peluang untuk berjumpa mak ayah dan ada yang berpeluang untuk melakukan rentas negeri dan bercuti bersama keluarga. Dengan kebenaran melancong dibawah program Langkawi Travel Bubble , kita sebagai rakyat Malaysia pula mestilah sentiasa mematuhi SOPs untuk keselamatan semua. Orang ramai yang ingin melakukan perjalanan ke Pulau Langkawi MESTILAH sama-ama mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan agar Gelembung Pelancongan Langkawi ini berjaya.

Langkawi Travel Bubble : Bercuti ke Langkawi

Langkawi Travel Bubble SOPs;

Julai 2020, kami berkesempatan untuk merentas negeri ke Pulau Langkawi. Ketika itu, telah dibenarkan untuk merentas negeri. Menikmati suasana perjalanan ketika pandemik Covid-19 amat berbeza dengan tahun sebelumnya. Apapun dengan peraturan dan SOP yang ditetapkan rakyat Malaysia juga lebih berdisiplin.

Kalau ada perancangan nak pergi ke Langkawi dengan menaiki Feri, kena lebih banyak bersabar. Tambahan dengan anak-anak yang kecil. Bukan apa, keselamatan perlu diutamakan. Anak-anak ni macamana pun mereka nak suka je, nak happy bergerak sana sini. Jadi kita mak ayah yang kena jaga keselamatan mereka, dengan memastikan hand sanitizer sentiasa ada. Salah pegang je, kena sanitize tangan.

https://umminani.com/2020/08/percutian-ke-langkawi-bersama-keluarga/

Dalam apa juga keadaan, ketika melakukan pergerakkan rentas negeri untuk perlancongan dan juga balik melawat keluarga, keselamatan diutamakan. Sebagai anak dan ibu kepada anak-anak. UN risau juga. Jadi semasa dalam perjalanan sentiasa ingatkan mereka untuk terus berdisiplin ketika berada dalam feri. SOP yang amat dititik berat adalah pemakaian face mask dan juga sentiada sanitize tangan setelah menyentuh permukaan lain kemungkinan boleh menyebabkan virus hinggap.

Langkawi Simbolik Ketenangan , Pulau Lagenda.

Langkawi Simbolik Ketenangan , Pulau Lagenda.

Kalau dah jejak kaki ke Langkawi, walaupun helang ni agak jauh, tetapi ianya simbolik kepada Pulau Langkawi, Pulau Lagenda yang terkenal ini. Jadi kami pun tak lepaskan peluang untuk bergambar disini walaupun keadaan masa ni matahari hampir berada di atas kepala kami. Demi sebuah kenangan, kami melangkah juga kesini. Kalau tak, tak terasa deep into the heart yang body dah sampai ke sini. 

Cable Car,Langkawi – Langkawi Travel Bubble naikkan semula kawasan ini.

Langkawi Travel Bubble SOPs

Beri pengalaman menarik kepada anak-anak adalah sesuatu yang bermakna bukan sahaja kepada kita, tetapi bagus kepada proses tumbesaran anak-anak. UN kan, kadang tu memang la niat nak berjalan bawa anak-anak untuk lihat dunia, tetapi tak duga pun yang mereka akan ingat setiap detik apa yang berlaku di sesuatu tempat mereka melawat.

3D Art Langkawi – Boleh biar anak explore mengikut kreativiti mereka, dan mereka masuk dalam dunia ‘art’ yang terhidang di dinding dan lantai dewan pameran disini.

Contohnya, UN pun dah lupa pegang apa, lihat apa yang berada bukan pada pemandangan yang jelas atau benda bukan depan mata. Tetapi anak-anak mereka ni walaupun berlari sana-sini , tepi depa boleh ingat setiap yang dilihat. Dan even abang usik adik, ada benda hilang pun depa boleh ingat. Siapa menangis, siapa hilang facemask dll la. So, setiap kali kami sekeluarga tengok balik wayang gambar percutian dengan keluarga, memang meriah, banyak yang anak-anak boleh recap semula percutian mereka.

Moment macam ini sangat penting, dan UN takut, takut anak-anak membesar dan mereka dewasa dengan cepat. Kerana apa? KERANA ikhlasnya jiwa anak-anak ketika kecil bercerita, reaksi dan pergerakkan mereka akan membuatkan hati mak ayah merindui setiap saat dengan anak-anak. Walaupun ada kalanya bingit tetapi itulah kemeriahan sebenar sebuah keluarga.

The Datai Langkawi – Hotel Idaman

Dapat menikmati suasana pemandangan begini sungguh dapat memberikan suatu rasa tenang dalam jiwa. UN kalau dapat stay disini dah terbayang pagi-pagi buat morning affirmation kat sini, syok nya. Lepas tu buat Latihan pernafasan dan juga pasak balik center kehidupan, mesti power! Sebab berada dalam suatu kawasan yang tenang dikelilingi aura hutan dan laut.

Dah tak sabar nak bercuti kan? UN dah check out hotel The Datai Langkawi untuk plan staycation pada masa akan datang. Pastinya dapat Bersama keluarga atau berdua pun best. Huish! Berimpian nak stay sini, impian kan percuma! The Datai Langkawi – penginapan impian 2022.

Apapun selamat merancang percutian ke Langkawi, semoga ketegangan, stress dan tension terperap dirumah hampir 2 tahun ini dapat di lepaskan dengan percutian di tempat menarik dan dekat dengan alam yang cantik , mempersona dan pastinya hadiah terindah daripada Allah swt.

Selamat bercuti! Sokong perlancongan tempatan – Langkawi Travel Bubble 2021

8 thoughts on “Langkawi Travel Bubble SOPs; Pulau Langkawi”

  1. Azni says:
    10/24/2021 at 7:11 pm

    Alaaaaaa… nak jugak pi langkawi… lama dah tak pi UN

    Reply
  2. Mizi says:
    10/24/2021 at 7:51 pm

    Best nyer dpt pergi langkawi

    Reply
  3. Akashah Kassim says:
    10/24/2021 at 7:54 pm

    Gambar menarik
    Percutian pun best.
    Bestnya bercuti

    Reply
  4. Ben Ashaari says:
    10/24/2021 at 8:04 pm

    Nanti nak gi gak bawak famili.. terbang je kot..heee.. lama tak terbang.

    Reply
  5. Nadia johari says:
    10/24/2021 at 10:20 pm

    lama tak pergi. Nanti keadaan terkawal sikit, kumpul duit, bolehla pergi.

    Reply
  6. idaaa says:
    10/25/2021 at 12:16 pm

    bestnyaaaaaaa .. yang dok kedah ni pon tak sampai langkawi lagi tauu . heee

    Reply
  7. Marina says:
    10/25/2021 at 12:20 pm

    Nak repeat langkawi jugak lagi ni.

    Reply
  8. azni says:
    11/18/2021 at 5:56 pm

    bestnya.. lama tak naik kapal terbang pi langkawi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Sambal ikan bilis belimbing buluh
    Published on 2023-09-26 By Ana Jingga
  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming 27 September 2023 LS22
    Published on 2023-09-26 By Azhafizah MN
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE, MUDAH DAN SENANG
    Published on 2023-09-25 By Nadia Johari
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
  • Pengalaman Sertai Larian FITMALAYSIA Kuala Lumpur 2023
    Published on 2023-09-24 By Bro Framestone
October 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Sep   Nov »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
October 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Sep   Nov »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme