Trip Percutian ke Pulau Kapas, pergi dan balik hari. Alang-alang kami bercuti ke Terengganu, kami usahakan juga untuk menakluki Pulau Kapas. Jadi barulah cuti lebih bermakna.
Ini bot yang membawa kami dari Jeti Marang ke Pulau Kapas. Trip paling awal jam 9.00 pagi dab waktu balik ada beberapa waktu, seingat UN 2.00petang , 5.30petang.
Harga Tiket dan Pakage
Untuk percutian ke Pulau Kapas, dari Kuala Terengganu , anda perlu pergi ke Jeti Marang. Tiket boleh beli awal atau boleh beli di Jeti Marang. Untuk kami yang first time nak kesana, UN beli tiket secara online. Jumpa seller ini pun daripada group facebook.
Harga Tiket seperti dibawah :
Harga Tiket : RM240.00
Snorkeling : 100.00 (untuk 2 dewasa dan 4 kanak-kanak + warga tua RM10.00)
Add on: Kayak RM20.00 /jam
Kos lain :
Sarapan RM52.00
Parking di Jeti Marang RM6.00 /day
Mainan anak RM10.00
Tikar RM20.00 (sebab last minute plan, so kena beli di Jeti).
Total 1 kepala, ANGGARAN kos : RM70.00 termasuk makan dan minum.
Penting untuk Trip Ke Pulau Kapas
Untuk orang dewasa sure tak ada masalah. Perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas ambil masa dalam 20 minit perjalanan. Ini pun bergantung kepada keadaan cuaca.
Pakaian yang perlu dipakai, seeloknya semasa pergi dah pakai baju mandi siap-siap. Bagi lelaki tiada masalah, kalau wanita seeloknya pakai seluar juga, kalau nak photoshoot lawa-lawa nak pakai skirt, nanti sampai di Pulau Kapas, salin pakaian disana.
Sebabnya, untuk turun naik boat, nanti kena melangkah dan panjang tangga. Jadi eloknya berseluar. Mak UN yang berusia 69 tahun pun gagahkan juga memanjat tangga tau. So nak pergi pulau macam ni kena kuat semangat dan kena ada keazaman tinggi, tak boleh manja-manja. So far, untuk perjalanan ke sana tak sempat nak ‘mabuk’ laut pun. Lagi pula boat jenis open air.
Makanan, masa kami kesana tak banyak kedai buka lagi. Jadi dah plan dari awal juga untuk bawa bekalan. Kami beli nasi minyak, nasi dagang dan nasi lemak untuk bekalan seharian. Bila ke pulau, keadaan panas terik buat kita cepat dahaga, jadi better bawa bekalan air mineral banyak. Kalau kami yang 7 orang ni, UN bawa air mineral kecil dalam 15 botol juga. Main laut akan lebih banyak terhidrasi, jadi memang terasa nak air sahaja.
Trip Snorkeling ke PULAU KAPAS
Betul ke kalau ke Pulau Kapas tak perlu nak ambil package snorkeling? Ini pengalaman kami, untuk first time kami memang tak ambil package snorkeling. Sebab rata-rata bila baca di blog mereka kata ada ikan dan boleh je nampak ikan di tepi-tepi pantai. Semasa kami kesana, ditepi pantai tak ada ikan. ATAU salah kami sendiri tak jemput ikan datang.
Jadi kami add on , snorkeling dengan tour company kami, dapatlah kami ke Taman Laut untuk snorkeling. Untuk kesana ada waktunya, so kena ikut masa yang ditentukan. Jarak dari pantai ke Taman Laut dalam 5-10 minit. So, kita akan dibekalkan dengan jaket dan peralatan snorkeling. Berbaloi, dan untuk bagi pengalaman kepada anak-anak wajib bawa mereka kesini. Anak UN yang 5 tahun, adik tu tak takut langsung, memang tabiklah. Dia anggap macam terjun dalam swimming pool je kot, si kakak memang takut, sepanjang masa menangis, HILANG TENTERAM orang lain dengar suara dia saja..haha!
Add on aktiviti lain :
Untuk percutian dengan keluarga, nak panjat Bukit Singa macam tak berkesempatan. Maka, untuk bagi pengalaman berharga kepada anak-anak , boleh add on aktiviti berkayak disini. Kos sewaan RM20.00/jam.
Kalau ke Terengganu, memang wajib singgah ke Pulau Kapas. Berbaloi dan kos pun affordable untuk percutian singkat dengan keluarga. Remember, family is everthing, masa dengan anak-anak semasa kecil adalah masa yang berharga, Masukkan butiran emas bukan racun yang membakar jiwa. Selamat bercuti. Untuk bermalam boleh dapatkan info disini ; Pulau Kapas