jambatan angkatJambatan Angkat Terengganu

Pergi ke Terengganu kini ada tarikan terbaru iaitu Jambatan Angkat Terengganu. Jambatan ini dibuka pada Ogos 2019.

Jambatan Angkat Terengganu ini adalah mercu tanda ikonik baharu yang pertama seumpamanya di tanah air dan Asia Tenggara.

Jambatan sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut yang menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir itu adalah komponen dalam pembangunan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC).

Galeri Jambatan Angkat Terengganu

Sejak di buka, pihak pengurusan membuka peluang kepada orang ramai untuk naik ke Galeri Jambatan dengan bayaran RM5.00 seorang (dewasa dan kanak-kanak) sama sahaja.

Terkini, dibuka galeri pemeran lukisan di bahagian galeri yang berada di tingkat 3 jambatan. Pengunjug boleh menikmati suasana dan pemandangan jambatan dari sini.

Risau anak pegang..mahal lukisan – lukisan kat sini.
Lukisan ini dijual kepada pengunjung yang berminat.

Berada di tingkat jambatan angkat ;

Berada di tingkat 3, atau skybridge ini pengunjung boleh menikmati pemadangan Kuala Terengganu dari sini. Boleh lihat pembangunan dan kemajuan Terengganu pada 2020.

Jambatan Bergegar??

Ketika kami nak balik, ada bot besar lalu, tetapi jambatan tidak diangkat. Cuma boleh rasa gegaran jambatan ini.

Gambaran jika jambatan ini dibuka dan diangkat bagi laluan kapal atau bot. Ianya hanya di buka apabila ada permintaan dari kapal.

Kawasan sekitar untuk merehat kan minda

Kawasan sekitar untuk merehat kan minda – suasana petang sangat mendamaikan. Ramai orang datang kesini memancing dan merehatkan minda bersama keluarga.

Jambatan Angkat Terengganu waktu malam

Mula dibina pada Ogos 2014, jambatan angkat terpanjang di dunia itu yang disokong dua menara setinggi 15 tingkat di bahagian kiri dan kanan dan boleh diangkat di bahagian tengah untuk laluan kapal bakal menjadi satu lagi tarikan pelancongan dari dalam dan luar negara.

Bagi mereka yang belum pernah kesini, ambil peluang untuk lihat sendiri keindahan dan kemajuan teknologi bagi membina sebuah jambatan yang hebat ini. – Next Pasar Payang

Nota: Sebelum ke Terengganu kami ke Kelantan dan beli bahulu Kelantan- Baca disini 🙂

2 thoughts on “Trip ke Jambatan Angkat Terengganu – sampai jua akhirnya”
  1. Ntah bila la Mrs. A nak sampai sini.
    Mujurlah ada kawan-kawan blogger yang kongsi pengalaman ke sini seronok membacanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *