Percuti di Kelantan sangat menyeronokkan. Kalau masih mencari hotel, Un nak cadangkan Grand Puteri Hotel. Hotel benar-benar di tengah bandar Kuala Terengganu dan sangat dekat dengan masjid. Boleh solat jemaah di masjid berdekatan bagi kaum lelaki.
Hotel ini menjadi tumpuan tetamu terutama yang beragama islam dan mereka yang datang secara berkumpulan. Tidak kurang juga ada keluarga kecil yang memilih untuk bermalam disini.
Lokasi hotel sangat strategik, 5 minit dari hotel ke Dataran Syahbandar dan KT Walk.
Facilities hotel sangat memuaskan. Pastinya keluarga gembira dan anak-anak juga selesa.
Keadaan Bilik yang selesa
Bilik kemas dan walaupun deco kurang moden dan cantik, tapi sesuai dengan harga. Booking bilik melalui Agoda hanya RM95+ sebilik.
Pemandangan malam yang cantik
Waktu malam, lokasi ini sangat cantik. Malah jika anda lapar, ada KFC yang buka sehingga lewat malam dan jarak ke Seven7E hanya 3 minit berjalan kaki sahaja.
Grand Puteri Hotel Swimming Pool – lelaki dan wanita berasingan
Ini kali pertama un pergi hotel yang kolam renang lelaki dan wanita dipisahkan kepada 2.
Pro: Selesa bagi kaum wanita
Conts : Agak payah bagi keluarga yang nak bawa anak-anak kecil bermain. Sebab kaum ibu biasanya bersama kaum ayah untuk menjaga anak-anak bermain.
Kolam anak-anak tak besar, tetapi rasanya awal dulu memang tak dikhaskan untuk kanak-kanak. Mungkin selepas mengambil kira keperluan, ruang mandi anak-anak diletakkan besi penghadang di bahagian bawah. Supaya paras air sesuai dengan anak-anak. Cuma, ada ruang antara besi buat anak-anak tak selesa bermain.
Bermain disini-anak-anak memerlukan perhatian daripada ibu ayah. Risau boleh berlaku kemalangan yang tidak diingini. Seronok bermain, dan berakhir dengan kegembiraan.:) Elakkan sebaliknya kejadian tidak diinginkan.
Overall okay, cuma bukan hotel pilihan jika nak bermain di swimming pool bersama keluarga. Grand Puteri Hotel Kuala Terengganu hanya sesuai bagi golongan dewasa yang nak tumpang bermalam sebelum berjalan-jalan di kawasan sekitar. Bagi golongan dewasa, inilah hotel terbaik.
yg dekat Masjid Abidin…kanak2 mmg suka main kt pool, itulah kan kena selesa & selamat..ibubapa pun x resah..
betul tu, un kalau cari hotel biasanya memang cari yang super selesa dan ada kolam renang untuk anak-anak. jadi anak-anak tak meragam sangat.
kalau kami ke KT selalu nampak hotel ini tapi tak pernah singgah bermalam, suami selalu suka duduk kt hotel tabung haji… kira murah betul lah kak sewa biliknya tu tak sampai rm100 pun… cuma tang kolam mandi tu tak berapa sesuai untuk yang berkeluarga….
ya betul. untuk keluarga kurang sesuai.. tapi kat bahagian dalam overall okay je
mungkin hotel ambil kira keselamatan kanak2 kot. wallahualam. apa pun ibu bapa memang kena alert lah pasal anak2 ni 😀
hotel menarik untuk yang nak tumpang bermalam.. part kolam mungkin kena cari hotel lain pula kan
Katilnya nampak besar kingsize ya
Oh! kalau macam tu sesuai untuk Mrs. A ni ehh! hahhaaa… anak-anak Mrs. A dah remaja ialah ibu dia pun remaja purba dah